Cerita Free Market

Posted: December 15th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa, Sub Prima | 6 Comments »

Sekiranya Islam dikatakan terrorism, jumud, diskriminasi dan gelaran buruk lainnya, maka kita boleh namakan perlabelan itu sebagai satu salah faham, tidak tepat, fitnah atau pun misnomer. Maka kita perlu merujuk kepada Quran dan Hadis untuk melihat adakah Nabi Muhammad saw dalam risalah dakwahnya menyuruh umatnya menjadi pengganas ?

Malangnya pada masa yang sama, kebanyakan umat Islam pun bersikap 2 x 5, apabila berlaku krisis sub prima ramai yang menuding jari kepada sistem “kapitalis”. Tanpa melihat dan merujuk kepada idea asal “kapitalis” itu sendiri.

Tetapi apabila diminta menerangkan apa itu ekonomi Islam, sedikit sangat pula yang ingin dan sudi menerangkan dengan jelas.

Ekonomi Islam hanya isu pembahagian kekayaan ?

Ramai yang hanya menyentuh isu pembahagian kekayaan (wealth distribution) dan tidak pula menyentuh isu pengumpulkan kekayaan (wealth accumulation) atau penciptaan kekayaan (wealth creation).

Maksudnya, kalau PETRONAS untung RM 60 bilion. Maka ramai yang kata, semua untung itu kena beri kepada rakyat. Semua pakat petik Quran dan Hadis pasal keadilan sosial. Kek ekonomi PETRONAS kena potong sama rata Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seterusnya.

Tetapi bagaimana seharusnya PETRONAS berniaga ikut Islam sehingga boleh untung RM 60 bilion, tidak ramai yang ulas. Tidak ramai yang nak petik ayat Quran dan Hadis mengenai prinsip bisnes dalam Islam.

Bagaimana Islam suruh berniaga hingga PETRONAS boleh jadi world-class corporation yang boleh untung RM 60 bilion, tidak ramai yang ulas. Tidak ramai yang nak petik ayat Quran dan Hadis pasal pengurusan bisnes dalam Islam.

Apa yang ramai tahu, kalau dah untung RM 60 bilion, maka kena kongsi dengan semua orang. Kalau tidak kongsi maka itu namanya “kapitalis”. Haram jadi kapitalis. Tamak. Haloba. Pentingkan diri sendiri. Monopoli. Kedekut. Eksploitasi pekerja. Tidak berkebajikan dan sebagainya.

Siapa pencipta istilah kapitalis ?

Adam Smith selalu disebut sebagai pengasas Bapa Kapitalis.

Ironinya, Adam Smith dalam buku-buku dan penulisannya, dalam menerangkan idea free market, dia tidak pernah menggunakan perkataan “kapitalis” dalam menerangkan ideanya.

Capitalist, atau capitalism ini adalah gelaran yang diberikan oleh Karl Marx itu sendiri. Karl Marx adalah seorang yang mengemukakan idea pengurusan ekonomi yang berlawanan dengan idea “kapitalis”.

Perang Dingin sebenarnya adalah pertembungan idea kapitalis (Amerika)  vs idea sosialis (Soviet Union)

Idea Asas Kapitalis

Anda boleh merujuk kepada post yang lepas di sini.

Idea kapitalis adalah, anda sebagai penternak lembu (pemilik harta) mempunyai sepenuhnya hak dan kebebasan terhadap lembu-lembu (harta) anda.

Anda ingin jual lembu anda ?

Anda ingin bela sampai mati ?

Anda ingin derma kesemua lembu anda ?

Anda nak jual lembu anda dengan harga RM 1 ?

Anda nak jual lembu anda dengan harga RM 10,000 ?

Terpulanglah.

Kerajaan tidak ada hak untuk menyuruh anda menjual lembu tersebut dengan harga siling atau harga lantai. Kerajaan tidak boleh halang anda jual lembu tersebut. Apatah lagi apabila kerajaan menuntut semua lembu-lembu anda yang anda telah bela dari dulu dengan usaha keras anda untuk dikongsi bersama dengan orang lain.

Free Market

Free market adalah istilah lebih tepat berbanding capitalism.

Capitalist sering merujuk kepada pemodal, peniaga. Sedangkan ideanya bukan idea yang memenangkan peniaga 24 jam dan menindas pengguna dalam mencari keuntungan. Ia adalah dimana kedua-dua pihak, peniaga dan pengguna boleh mendapat yang terbaik untuk perniagaan dan keperluan kepenggunaan masing-masing.

Kenapa isu ini ingin dibincangkan

1. Saya berpendapat idea free market sebenarnya lebih hampir dengan idea Islam dari idea sosialis. Sekiranya elemen riba’ dibuang dalam sistem ekonomi “kapitalis” dan institusi zakat diperkemaskan, maka itulah sebenanya idea ekonomi Islam.

2. Sabda Rasulullah saw, “Hikmat ialah barang cicir orang mukmin. Di mana sahaja dia menemuinya, dia lebih berhak mengambilnya.” (Riwayat al-Tirmidhi). Kita tak boleh bersikap sebab idea itu kelihatan datang dari orang kafir maka ia bukan idea yang mesti ditolak mentah-mentah. Entah-entah idea free market ini ada diceduk bulat-bulat dari buku seperti al-Kharaj, al-Amwal dan juga al-Hisbah ?

3. Memperbanyakkan intelectual discourse. Jadi anda yang tidak bersetuju dengan idea-idea yang bakal ditulis nanti boleh saja membangkang sesuka hati anda. Itu adalah lebih baik.

4. Bersetuju dengan free market bermaksud “perlindungan” seperti DEB, tanah rizab Melayu, kuota bumiputera dan sebagainya perlu dihapuskan. Maka, anda harus bersedia apabila keistimewaan melalui DEB ditarik balik. Ia boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Dan bagaimana sebenarnya free market boleh membantu orang Melayu dan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik.

5. Supaya anda berfikir.

Oh ya, post ini bersiri. Ini baru mukaddimah.

Share
6 Comments »

Tags:

6 Comments on “Cerita Free Market”

  1. 1 Amin007 said at 11:23 pm on December 15th, 2008:

    rasanya ni macam menjawap persoalan
    http://www.pakdi.my/blog/ekonomi-islam-recession-proof/
    .
    kalau bab isu pengumpulkan kekayaan (wealth accumulation) atau penciptaan kekayaan (wealth creation). rasanya pada zaman nabi sendiri ada sahabat yang dapat mengumpul harta kekayaan yang teramat banyak sampai beribu2 unta
    .
    kurma madinah adalah kurma yang terbaik sekali. tapi aku tak pasti apa kaitan peperangan tabuk dengan kurma madinah. :D
    .
    pasaran bebas??? aku rasa isu yang orang selalu anggap walaupun tak betul, peniaga lebih untung dari pembeli. padahal ada kalanya peniaga jadi pembeli, pembeli jadi peniaga.
    .
    jadi apa yang aku faham jika elemen riba’ dibuang dalam sistem ekonomi “kapitalis” dan institusi zakat diperkemaskan, maka itulah sebenanya idea ekonomi Islam atau pasaran bebas
    .
    tapi kalau taknak pakai nama berbentuk islamik, ada kesan ker pada ekonomi? kalau dapat laksanakan pasaran bebas, adakah dia terhindar dari kemelesetan ekonomi???

  2. 2 pakdi said at 10:33 am on December 16th, 2008:

    nanti ada sambungan lagi. teruskan membaca ye.

  3. 3 weber said at 9:34 pm on December 16th, 2008:

    sistem kapitalis la yang banyak membangunkan negara ni..
    kita banyak bergantung dengan FDI.. dan FDI tu sendiri adalah manifestasi sistem kapitalis…
    tapi saya rasa kita kena bagikan dulu apa yang boleh dijadikan harta persendirian (private wealth) dan harta awam (public wealth). saya sendiri rasa tak patut kalau air dijadikan komoditi perniagaan sedangkan air adalah keperluan asas hidup. kalau nak ‘charge’ pun, cukupla sekadar nak lepas gaji pekerja, ‘maintenance’, kos operasi. kalau ada lebih tu, tolak la balik kadar bayaran.
    sistem perumahan pun bagi saya patut diubah. bukan kontraktor yang mintak kebenaran untuk bukak tanah, sebaliknya pihak kerajaan yang bukak tanah pastu panggil kontraktor untuk ‘tender bid’. pastu luluskan rumah sederhana yang mampu dibeli orang ramai. kalau sesapa nak merasa duduk rumah besar macam kat bukit antarabangsa tu, beli tanah sendiri, lantik kontraktor sendiri. nak murah sikit, pakat ramai-ramai beli tanah pastu lantik kontraktor sendiri.

  4. 4 pakdi said at 10:17 am on December 17th, 2008:

    weber, pasal penswastaan air tu akan disentuh dalam post akan datang. sebelum tu mungkin boleh baca dulu post ini

    http://www.pakdi.my/blog/kenapa-biarkan-kotor/

    konsepnya awalnya ada berkaitan di situ.

  5. 5 Cerita Free Market (3) | Pakdi.my said at 12:19 pm on December 17th, 2008:

    [...] Free Market (3)Cerita Free Market (2)Dividen & Bonus ASB 2008Cerita Free MarketGaji Minima ~ MalaysiakiniBerapa Jumlah Simpanan Yang Patut Anda Ada?Berapa Nilai Perlindungan [...]

  6. 6 Cerita Free Market (4) | Pakdi.my said at 4:10 pm on December 23rd, 2008:

    [...] negara OPEC ini majoritinya adalah negara umat Islam yang sering menyalahkan “kapitalisma” apabila berlaku krisis [...]


Leave a Reply