Cerita Free Market (9)

Posted: November 4th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi | 1 Comment »

Saya fikir istilah yang lebih tepat dalam topik ini adalah de-limitation dan bukannya de-regulation.

Kita memerlukan kerajaan untuk menghukum pihak yang menipu.

Jadi, bila ada fraud regulation, baik dia menipu komisen 10 sen ke atau menipu komisen 10 juta, maka dia wajar dihukum.

Tetapi kita tidak memerlukan kerajaan untuk menentukan berapa harga sebiji karipap atau berapa ramai menjadi pemborong gula.

Justeru, adalah tidak adil untuk kerajaan yang tidak terlibat dalam berniaga karipap untuk mengehadkan harga jualan karipap Makcik Munah hanya 30 sen.

Sudah tentu lebih tidak adil kerajaan hanya beri lesen pengeluar gula terhad kepada Pakcik Kuok dan Pakcik Mokhtar yang seterusnya mewujudkan monopoli dalam pasaran tempatan.

Share
1 Comment »

Tags: , ,

One Comment on “Cerita Free Market (9)”

  1. 1 ridhwan said at 2:17 pm on November 5th, 2009:

    kerajaan juga perlu perkenal (dan kuatkuasakan) anti-competition law, supaya peniaga tak boleh pakat fix price..


Leave a Reply