Cerita Free Market (8)
Posted: August 29th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat | 3 Comments »Seorang CEO pemaju hartanah komersil ada bercakap dalam satu pertemuan…
[Saya dah olah balik sedikit sebanyak]
“Tanah wakaf ni dulu banyak dibuat oleh Muslim trader. Muslim entrepeneur. Di Malaysia ni, macam di Pulau Pinang, KL banyak tanah yang diwakafkan oleh Muslim Gujerat trader. Aktiviti wakaf ini sangat menggalakkan pada zaman dahulu, tapi bila wakaf dijadikan satu institusi kerajaan, lama-lama kita tak nampak lagi kelebihan bersedekah melalui konsep wakaf ni.”
Isu yang sama saya pernah baca dalam tulisan Dr Monzer Kahf mengenai wakaf. Apabila kerajaan ambil alih jadi pentadbir wakaf, peranan wakaf dah tak jadi macam dulu.
Share3 Comments »
Tags: awqaf, cash awqaf, cash waqaf, free market, wakaf, wakaf tunai
Hmm..apa yang jadi sekarang ni PakDi???
Saya pernah menulis tentang ini pada zaman dahulu (sudah lupa letak di mana :p), berkenaan UIA menggunakan nama ‘endowment fund’, bukan nama ‘tabung wakaf’ untuk wakaf kepada pelajar demi mengelakkan ia ditadbir kerajaan.
Ramai pak Arab membatalkan niat untuk berwakaf di Malaysia kerana konsep wakaf Malaysia yang perlu ditadbir kerajaan.
sekadar nak tanya, adakah wajib di malaysia kalau nak wakaf kena serah kepada kerajaan?
semasa aku sertai induksi, ada seseorang dari jabatan wakaf kata kat johor ada satu syarikat kendalikan harta wakaf ni. lupa pulak nama syarikat tu