Cerita Free Market (7)
Posted: August 25th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: ASB, Ekonomi, Pelaburan | 6 Comments »Dulu, masa PAS-PKR-DAP tidak memerintah mana-mana negeri, ramai pimpinan mereka sungguh seronok dengan blogger. Maklumlah, blogger ramai yang tak suka BN.
Sekarang, bila PAS-PKR-DAP dah mula memerintah 5-1 negeri, kelihatan ada pimpinan mereka mula dah tak seronok dengan blogger. Maklumlah, blogger yang sama pun kutuk mereka.
Tetapi saya yakin, blogger yang menulis dengan kualiti akan lebih diyakini, berbanding blogger sampah.
Apa yang berlaku dalam pentas politik tempatan hari ini, adalah contoh apabila rakyat berpeluang membaca dan mendengar cerita kedua-dua belah pihak.
Buka Utusan Online, keluar cerita Pakatan Rakyat berpecah.
Baca Harakahdaily, eh, Barisan Nasional rupanya yang berpecah.
Akhir sekali, rakyat akan menilai dengan kedua-dua berita itu dengan sebaiknya. Rakyat bukan bodoh macam dulu. Ramai yang dah mengaji tinggi-tinggi. Kalau dua-dua pihak tak hormat intelektualiti rakyat, tunggulah balasannya.
Flow of information sebegini adalah amat penting dalam ekonomi.
Gula takde. Gula susah nak dapat. Gula mahal. Dan sebagainya.
Saham A naik. Saham B kekal. Saham C turun.
Hartanah ni par market value. Hartanah tu below market value. Hartanah sinun mahei bebeno la.
Itu semua berlaku sebab adanya maklumat tertentu yang disebarkan dan disorokkan.
Dan antara maklumat yang saya paling nak tahu adalah …
Macam mana amanah saham PNB e.g. ASB, ASW dll boleh bagi consistent return setiap tahun ?
Kalau majoriti pelabur keluarkan duit serentak, macam mana ? Kalau EPF diorang tak bagi keluar macam tu aje… ada syarat. Sebabnya …
Hehehe …
Share6 Comments »
Tags: ASB, free market
hanya ‘mereka’ yang mengetahui…
Ntah-ntah amanah saham PNB ,ASB, ASW dll ne pun ponzi..ponzi bank ..kah kah kah..
Setuju!
duniadalamcermin.wordpress.com
Awat tak teruskan pakdi.. Hehehehe..
Apa pun, pada saya.. Semuanya ada pro n con.. Hehehehe
sebabnya?
*ahaks!
macam kata siti biarlah rahsia
mungkin ada maklumat agak bahaya untuk disebarkan kepada umum
kalau tak, tak kan Menteri Besar Selangor keluar kenyataan rasmi lagi pasal SPRM ni. akhirnya …