Cerita Dulu
Posted: July 19th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, Me, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 12 Comments »Beberapa tahun lepas, saya pernah menjadi ejen saham amanah. Tapi saya tidak bertahan lama menjadi ejen. Saya tidak fikir saya sesuai menjadi ejen dengan keadaan industri yang tidak begitu memihak kepada anda, pelanggan.
Sejurus selepas menjual, saya mendapat komisyen setinggi 3% sedangkan para pelanggan saya belum tentu dapat untung.
Ya, ia sangat baik untuk saya tetapi tidak baik untuk anda, pelanggan.
Saya fikir sesuatu yang sekiranya saya membuat “projection” keuntungan 10%, maka selepas anda, pelanggan mendapat 10% baru lah saya mendapat upah saya.
Dan sudah tentu, keadaan industri sekarang tidak membenarkan ejen to be paid based on investment performance.
Jadi, anda perlu tahu perbezaan salespeople dan so-called-consultant atau advisor atau planner.
Baca: Some Dirty Tricks By (Unscrupulous) Financial Planners
12 Comments »
Saya faham keadaan tuan. Dulu, saya pun unit trust consultant.
Tapi, saya jenis yg byk membaca, lalu hasil bacaan dan pengalaman sendiri, saya berhenti dari unit trust.
Maaf cakap, saya rasa duit tak berkat. Deep in my heart, i think “financial planner” should earn on and when customer make money, not earn money just based on transaction based.
Tuan patut teruskan mendidik masyarakat
Hmm menarik unless pelanggan itu benar benar paham apa yang dilakukan dan ianya diberikan info yang sepenuhnya dan servis yang baik dari consultant…
Pakdi,
jadi ejen takaful la
Jadi, anda perlu tahu perbezaan salespeople dan so-called-consultant atau advisor atau planner.
salespeople = jurujual
so-called-consultant = perunding tunggu panggilan aje
advisor = penasihat
planner = perancang
betul ker perbezaan ke 4 pekerjaan ni pakdi???
Jika kita benar² mahu keluar dari kepompong kemiskinan, jgn segan² untuk bergelar ‘agen itu ini’ asalkan tidak menipu org dan jujur terhadap diri sendiri, insyaAllah hidupkita akan diberkati…
Pakdi,
Hmm…Afyan dah offer untuk jadi ejen Takaful tue…
Tapi saya rasa dengan karektor Pakdi…lebih sesuai jadi Financial Advisor…atau Financial Consultant atau Financial Planner…pilih la mana satu…yang penting beri perkhidmatan bukannya jual produk semata-mata..
Macam mane Pakdi…SETUJU ke???
Itu cerita Pakdi dulu-dulu, sekarang ni dengar-dengarnya “menyeludup” ke dalam bank
Betul ke Pakdi?
Apa ‘menyeludup’????
Menyeludup apa????
Afyan boleh cerita detail…
Ungkapan ‘menyeludup’ nie tampak kurang enak didgr… acik rasa baik pakai ungkapan ‘menyelinap’ lagi bagus… hehe…
Thinkerich,
Biarlah Sdra Pakdi membuat pengumuman rasmi.
Kita tidak perlu membuat sebarang spekulasi serta mendengar khabar-khabar angin
Salam.
Saya seorang unit trust consultant untuk CIMB Wealth Advisors.
Alhamdulillah, client saya kebanyakkan dah dapat return terutama yg invest waktu gawat dulu.
Salam,
Selalunye, bile pakdi post sumthing, saye akan banyak yang bersetuju dgn beliau.Sbb, kebanyakan yang beliau ckp hampir semua betul dan masuk akal.Mcmn pun, untuk entry yang kali ni saya sedikit tidak bersetuju.Bagi saye, itu sumer adalah upah kerana memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.
Ye, mmg betul keadaan industri sdkit tidak memihak kpd pelanggan, tetapi sbgi UTC yg bertanggungjawb, kite akn support pelnggan dari mule smpi akhir, dgn mmberikan nasihat, perkhidmatan dsb.Dan, yuran yg dikenakn adalah sekali je.Adakah berbaloi?Itu kena tanye pada UTC tersebut, kenapa die buat mcm tu…