Blog ini tidak ada tips untuk jadi kaya malam ini juga.

Cek Adalah Ciptaan Orang Islam

Posted: July 8th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat | 6 Comments »

Saya selalu terfikir, Islam kan pernah menguasai sebahagian besar dunia. Malah, laluan sutera (Silk Road) pernah wujud yang menyambungkan tamadun Islam dengan tanah besar China. Itu belum campur kehebatan Kesultanan Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa.

Salah satu ciri penting tamadun adalah kuasa ekonomi. Apabila sebut kuasa ekonomi, maka kita bercakap mengenai urusan perniagaan yang sangat luas dan besar nilainya. Bila sebut mengenai perniagaan, maka ia akan melibatkan aliran keluar masuk duit.

Adakah para saudagar dahulu kala akan membawa berpeti-peti dinar emas dan dirham perak ke mana-mana, secara terbuka ?

Saya tidak fikir ia sesuatu yang memudahkan urusan jual beli.

Kalau nak beli setakat beberapa potong pisang salai yang dijual berhampiran istana Melaka, ok lah.

Tapi kalau mahu beli satu kapal penuh dengan pelbagai pisang dan rempah ratus dan akan dihantar ke India ? Yang mana nilainya mungkin beratus ribu dinar. Adakah mereka akan bayar cash on the spot ?

Rupanya, pada zaman dahulu mereka telah mencipta satu kemudahan yang dinamakan sakk dalam bahasa Arab yang bermaksud nota-nota kredit untuk memudahkan urusan jual beli yang melibatkan volume yang bukan sekadar satu dan dua darham.

Sakk kini dikenali juga sebagai cheque.

Alah, buku cek yang anda akan dapat kalau buka akaun semasa di bank-bank tu. Yang mana anda boleh tulis sejumlah amaun untuk dibayar kepada pihak lain. Kalau baki dalam akaun tak cukup, selalunya bank boleh bagi satu kemudahan lain yang dinamakan overdraft.

Dan dalam trade finance, memang banyak kewujudan dokumen sebegini untuk memudahkan urusan jual beli.

Wow.

Apa lagi ciptaan orang Islam yang disorokkan dari pengetahuan kita ?

* Sumber: 1001 Inventions: Muslim Heritage in Our World

6 Comments »


6 Comments on “Cek Adalah Ciptaan Orang Islam”

  1. 1 Amin007 said at 1:17 pm on July 8th, 2009:

    tapi sekali imbas macam sebut kek
    rupanya cek :D

    tapi kalau ada cek, mesti ada banking kan
    jadi bentuk macam mana laa bank di zaman kegemilangan islam yer???

    Pakdi: Betul tu..

  2. 2 dobit127 said at 8:03 pm on July 8th, 2009:

    ganas….

    dulu2 pun hang tuah sains cek…macam mane gamaknya rupa sain hang tuah tu…

    nasib baik xde ASb… kalau x abis di OD kan bank2 tu

  3. 3 Syahman said at 7:33 am on July 9th, 2009:

    Menarik! amat banyak sebenarnya yang dirahsiakan dari pengetahuan umat Islam tentang perkara2 seperti ini. Bila kita baca sejarah tentang pembuatan dan rekaan tertentu, pasti bukan orang Islam. pabila kita kaji kembali..Nama orang Islam juga akan muncul.

  4. 4 yasir said at 11:52 am on July 9th, 2009:

    baru ku tahu…..

    1001 inventions muslin heritage tu buku ker pakdi?..

    mcm best jer…

  5. 5 Amin007 said at 12:34 pm on July 19th, 2009:

    ada lagi ker ciptaan orang islam dari sudut ekonomi?
    bukan ker kerajaan melayu melaka tu pusat tumpuan?
    tak kan laa takde sorang anak melayu yang ada uat ciptaan baru kot???

  6. 6 Apa Itu Bank ? (3) | Pakdi.my said at 10:01 pm on September 11th, 2009:

    [...] fungsi yang amat penting dalam tamadun manusia. Seperti mana yang telah saya tulis dahulu, cek itu sendiri merupakan ciptaan orang Islam untuk memudahkan urusan jual [...]


Leave a Reply