Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM 67 bilion untuk 2 pelan stimulus ekonomi. Macam-macam yang telah dirancang melalui, antaranya skim khas siswazah.
Apa yang paling ditakuti adalah pengangguran. Justeru, kerajaan perlu merangsang ekonomi untuk memastikan ada kerja untuk orang bisnes dan seterusnya dapat memberi lebih banyak peluang pekerjaan.
Apabila orang tiada pekerjaan, mereka tiada gaji. Apabila mereka tiada gaji, bagaimana mahu bayar hutang-hutang bank ? Dan apabila bank-bank bertindak menuntut hutang …
Malaysia tidak terkena krisis ini secara langsung, tetapi Malaysia tetap menerima kesan tersendiri apabila rakan-rakan dagang Malaysia sudah tidak mampu lagi berbelanja dengan kita.
Saya sudah menerangkan beberapa kali isu sub prima ini, tetapi kali ini saya terjumpa video youtube yang dapat memberikan gambaran secara visual pula. Mungkin video ini dapat membantu anda lebih nampak apa itu krisis ekonomi dunia yang sedang melanda hari ini.
Oh ya, sebenarnya pasaran kredit sebegitu telah wujud pada awal 1980an lagi. Ia banyak bemula dari firma Salomon Brothers, sebuah investment bank yang besar di Wall Street dan kini merupakan salah satu subsidiari Citigroup.
Nak join bisnes, melabur, kena faham sedikit sebanyak undang-undang. Paling tidak undang-undang berkaitan dengan bidang anda.
Sebabnya, apabila undang-undang berubah, cara kita buat bisnes dan melabur pun sudah berubah.
Contoh mudah, tanah leasehold. Kalau baca buku pelaburan hartanah yang tidak Malaysia centric, mana ada diorang akan bagitau apa mau buat, apa yang boleh dibuat dengan hartanah leasehold.
Nak contoh lagi … ni Malaysia ada DEB. Sikit-sikit mesti bumiputera. Sebab itulah syarikat orang Cina, India ambil pekerja bumiputera, ambil partner bumiputera. Kalau mahu lebih untung, diorang cari kontraktor Ali Baba. Terpaksa maa. Mau hidup la dey tambi.
Jadi, kalau DEB dihapuskan anda fikir anda akan dapat jadi partner, bekerja dengan mereka mudah-mudah ?
Ingat, apabila undang-undang berubah, you have to change your game play.
Krisis sub prima dan skandal Pak Man Telo Wall Street telah memberikan anda banyak pengajaran mengenai bisnes dan pelaburan. Saya akan berkongsi bersama anda 5 pengajaran penting untuk renungan bersama.
1. Orang Bijak Pandai Pun Tidak boleh Dipercayai
Jangan percaya orang super smart. Ops. Ini mungkin terlalu umum. Tetapi kini boleh menjadia new rule of thumb. Mereka jadi terlalu pandai sehingga melupakan perkara paling asas.
Bon dalam pasaran subprima yang telah digredkan menjadi AAA, AA+, BBB+ dan sebagainya yang kelihatan super sophisticated dan super technical itu adalah produk sampah. Toxic loan.
Ia dicipta oleh super smart people yang dibayar dengan super handsome wages dalam bank pelaburan yang lahir dari pelbagai universiti yang cemerlang.
Ia dibeli oleh super smart people yang menguruskan institusi kewangan yang lain yang lahir dari pelbagai universiti yang tidak dapat dimasuki oleh orang yang tidak berapa pandai.
Ya, sejarah berulang kembali. Sir Isaac Newton, yang mengasaskan teori graviti juga pernah terlibat dalam skandal pelaburan dalam zamannya. South Sea Company Bubble pada 1720.
Bernard L Madoff pula merupakan bekas Pengerusi Nasdaq. Dia telah menipu super smart people yang lain dalam institusi kewangan dunia. Dan super smart people ini tidak tahu pun sebenarnya Madoff ini tidak melaburkan duit mereka. Apa yang mereka mahu, Madoff berikan pulangan setinggi mungkin kepada mereka. Untuk menjadi Pengerusi Nasdaq juga semestinya bukan dari orang bodoh-bodoh.
Jumlah kerugian mereka melebih $USD 1 trilion dan skim Pak Madoff bernilai lebih $USD 50 bilion dan sedang menyusahkan seluruh dunia.
Dan not so super smart people adalah mangsa utama mereka kerana mereka telah percaya kepada super smart people ini untuk menguruskan segala wang mereka termasuk insurans dan tabung persaraan mereka.
Jadi, jangan terliur dengan sebarang pelaburan produk kewangan, tawaran pelaburan, peluang perniagaan yang anda tidak faham satu benda pun.
Biarkan ejen-ejen datang mengutuk anda sekalipun, tetapi jangan sesekali meleburkan wang anda dengan mereka.
Biarkan sahaja mereka menunjuk-nunjuk cek yang mereka dapat, kereta mewah yang mereka bawa, akaun bank mereka, jangan terpedaya.
Ambil masa sedikit untuk mempelajari pasal kewangan dan pelaburan dari buku-buku yang dijual dan seminar yang banyak dianjurkan.
Be open.
Akan ada orang datang kepada anda menyatakan insurans adalah yang terbagus dan ada yang menyatakan unit trust adalah yang terbaik. Just listen to them and ask a right question.
Sebenarnya diri anda adalah pelaburan yang terbaik. Bukan produk.
Invest in yourself.
4. Master The Basic Investment Rule
Rule # 1 : Don’t lose money
Rule # 2 : Remember the first rule
Anda mesti tahu yang keuntungan dibuat semasa anda membeli dan bukan semasa anda menjual.
Bukan buy high and sell higher. Ini g.a.m.b.l.i.n.g
Bukan diversify just for the sake of diversification. Ini i.g.n.o.r.a.n.t
5. Riba menghancurkan ekonomi
Daripada Ibn Mas’ud, Rasulullah saw bersabda, “Walaupun hasil dari riba itu banyak, tetapi akhirnya ia akan mengecil (habis).” (Ibn Majah dan Ahmad)
Bank pelaburan konvensional yang bertaraf multinational yang mempunyai puluhan ribu pekerja habis semua keuntungannya sekelip mata.
Sekiranya Islam dikatakan terrorism, jumud, diskriminasi dan gelaran buruk lainnya, maka kita boleh namakan perlabelan itu sebagai satu salah faham, tidak tepat, fitnah atau pun misnomer. Maka kita perlu merujuk kepada Quran dan Hadis untuk melihat adakah Nabi Muhammad saw dalam risalah dakwahnya menyuruh umatnya menjadi pengganas ?
Malangnya pada masa yang sama, kebanyakan umat Islam pun bersikap 2 x 5, apabila berlaku krisis sub prima ramai yang menuding jari kepada sistem “kapitalis”. Tanpa melihat dan merujuk kepada idea asal “kapitalis” itu sendiri.
Cuti panjang beberapa hari lepas, saya ada terbaca 2 idea dari pemikir-pemikir capitalism baru-baru ini. Iaitu mengenai …
1. 100 % reserve banking system
2. Gold standard monetary system
Hal ini memeranjatkan saya kerana saya sudah lama didakwahkan dengan idea kapitalis jahat, tamak dan haloba. Memandangkan saya ini degil sedikit orangnya, maka selalunya saya akan baca dulu apa-apa sumber langsung untuk mengesahkan dakwaan sistem kapitalis ini jahat.
“Death is a natural part of life. Rejoice for those around you who transform into the Force. Mourn them do not. Miss them do not. Attachment leads to jealously. The shadow of greed, that is.”
(Master Yoda in Star Wars Episode 3 : Revenge of the Sith)
Bila kita tanam pokok buah misalnya, kita akan jaga, siram, baja dengan baik, dengan harapan pokok itu akan membesar dan mengeluarkan buah satu hari nanti. Tapi kita faham, pokok itu akan mati juga. Sama ada ditebang oleh kita, diserang penyakit atau sebab-sebab semulajadi.
Hari ini, kemelesetan ekonomi berlaku dengan lebih cepat. Begitu juga dengan kepesatan ekonomi. Oleh kerana ia berlaku dengan cepat, maka lebih ramai orang keliru. Lebih ramai orang takut. Sebabnya mudah, wujudnya kemajuan teknologi maklumat.
Maka, ramai orang mencadangkan dan tidak kurang yang mendabik dada …
Recent Comments