Posted: February 23rd, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Skim Cepat Kaya | 26 Comments »

Apakah contoh “skim di internet” sebegini yang anda tahu?
Share
26 Comments »
Tags: infinity downline penipu, infinity downline scam
Posted: February 9th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Emas, Pelaburan, Skim Cepat Kaya | 29 Comments »
Masih ada rakyat Malaysia yang berfikir, “Syarikat masih bayar, jadi itu bukan skim cepat kaya.”Itu adalah kesilapan dan kefahaman yang salah.
Saya ulang, itu adalah satu kesilapan dan kefahaman yang salah.
Kerana modus operandi skim cepat kaya memang akan bayar dulu sekejap sebelum cabut macam kafe-kafe skim cepat kaya dan skim-skim lain yang telah banyak menipu orang selama ini.
Sila baca berita berikut dan cari satu kesilapan besar yang dibuat oleh individu-individu yang terkena kali ini yang dalam mengejar “keuntungan” emas. Sila kongsikan pendapat anda dalam ruang komen.
Dengan mengambil sedikit masa untuk belajar sebelum mula melabur, insyaAllah, kalian boleh mengelakkan menjadi mangsa seterusnya.

Siapa yang tahu “kata kunci” dalam skim penipuan pelaburan emas ini sila kongsi dalam ruangan komen ya!
Share
29 Comments »
Tags: irc, island red cafe, island red cafe scam, Skim Cepat Kaya, skim pelaburan emas, skim simpanan emas, stevens corner, stevens corner scam
Posted: November 14th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Cari Duit, Perancangan Kewangan, Skim Cepat Kaya | 9 Comments »
Laporan dari Utusan:

80% mangsa adalah professional lelaki. Ini fakta yang mengejutkan.
Bukan kes orang tak lulus SPM yang kena tipu.
Semoga kalian mengambil pengajaran.
Siaran Ulangan: Orang Bijak Pandai pun Tertipu
Share
9 Comments »
Tags: Albert Lee Kee Sien, Amir Hassan, pelabur, SC, swisscash
Posted: September 9th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Skim Cepat Kaya | 4 Comments »
Di Malaysia ni, banyak benda baik tetapi diubah menjadi tidak baik.
Sebab itu anda perlu faham basic business, basic investment. Kalau tak memang boleh kena tipu kaw-kaw punya.
Contohnya multi-level-marketing (MLM). MLM cuma satu kaedah marketing yang sangat berbeza dengan kaedah marketing tradisional. Walaupun tauke kedai runcit dan ejen MLM, kedua-duanya menjual sabun, tapi kaedah pemasarannya berbeza. Dan kelihatan ada pihak mempergunakan sistem MLM ini untuk mempromosi skim cepat kaya. Luar nampak MLM, tapi di belakang adalah skim penipuan.
Read the rest of this entry »
Share
4 Comments »
Tags: francais, francaisor, MLM, Skim Cepat Kaya
Posted: May 5th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Perniagaan, Semasa, Skim Cepat Kaya | 10 Comments »
Apa yang saya tahu, jawatan penasihat Syariah ini ada kerana wujudnya institusi kewangan Islam. Dan industri kewangan itu sendiri merupakan satu industri yang heavily regulated, walaupun ianya institusi kewangan konvensional. Cuma untuk institusi kewangan Islam, maka ada satu lagi jabatan penting yang mengawasi dari sudut halal dan haram. Selalunya disebut sebagai Syariah compliance department dan sewaktu dengannya.
Mereka yang mengetuai jabatan syariah sebegini adalah mereka yang competent dalam isu-isu syariah. Mereka ini bukan melantik dirinya sendiri sebagai Penasihat Syariah dan sekalian istilah lainnya, tetapi mereka dilantik, dipilih dan diperakui kelayakan mereka oleh orang di dalam industri itu sendiri bagi memastikan sesuatu produk kewangan itu adalah patuh Syariah.
Setakat yang saya tahu, belum ada lagi Professional Syariah Advisor Council (saya cuma namakan sahaja) atau yang sewaktu dengannya yang bertindak seperti Majlis Peguam, Lembaga Jurutera Malaysia, Institut Lanskap Arkitek Malaysia, Institut Akauntan Malaysia, Malaysia Medical Association dan badan-badan kerjaya profesional lainnya yang mengawal selia semua kegiatan ahlinya yang berdaftar di bawah badan profesional tersebut.
Read the rest of this entry »
Share
10 Comments »
Posted: February 3rd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Semasa, Skim Cepat Kaya | 6 Comments »
Takpe.
Peguam program pelaburan tu kan ada.
“Penasihat Syariah” dia pun boleh bantu.
Lagipun, ramai orang Melayu lain yang sanggup membantu nanti.
Kan kan kan …
Dari Berita Harian:
Risiko hilang pencen kakitangan sertai skim cepat kaya
KANGAR: Kakitangn awam yang dikenakan tindakan tatatertib termasuk di buang kerja kerana menyertai skim cepat kaya akan hilang kelayakan sebagai penerima pencen, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini sebagai mengulas laporan lebih 50,000 kakitangan awam seluruh negara menyertai skim cepat kaya.
Share
6 Comments »
Posted: January 30th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Semasa, Skim Cepat Kaya | 22 Comments »
“Ini bukan skim cepat kaya sebab masih buat payment!”
“Takkan lah skim cepat kaya boleh keluar dekat surat khabar Harian Metro?”
“Skim cepat kaya selalu bayar ribu-ribu, ini RM 35 je. Ini main kutu online.”
“Mana ada skim cepat kaya guna wang pos.”
“Bank Negara dengki dekat orang Melayu.”
“Halal. Ustaz yang selalu bagi kuliah tu cakap ada aqad mudharabah.”
“Diorang kata lawyer dah bagi jaminan. Ada stamping lagi.”
“Aku nak tolong Melayu. Kau tu ? PhD.”
“Datuk A pun join apa.”
“Prof X pun baru masuk haritu. Kau bila lagi?”
50,000 kakitangan awam terbabit skim cepat kaya
KUALA LUMPUR: Skim ‘cepat kaya’ mengakibatkan kesan negatif terhadap kakitangan awam memandangkan lebih 50,000 kakitangan kerajaan dipercayai terbabit dalam menganjurkan kegiatan yang mencurigakan itu.
Lebih membimbangkan ialah ramai pegawai kanan dan ketua jabatan yang menggalakkan kakitangan bawahan mereka untuk menyertai skim seperti itu yang menjanjikan pulangan segera dan berganda bagi sejumlah pelaburan yang kecil.
Lanjut: 50,000 Kakitangan Awam Sertai Skim Cepat Kaya
Share
22 Comments »
Recent Comments