Posted: November 12th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Pelaburan, Saham | 2 Comments »
Maxis dinyah senaraikan (de-listed) dari Bursa Malaysia sewaktu Pak Lah jadi PM.
Kemudian, zaman Tok Jib, disenaraikan semula (re-listing).
Pihak yang paling untung adalah tuan punya Maxis. Sebab dia kaut untung dari penjualan 30% asetnya dalam Maxis. Kemudian, bank pelaburan (investment banking) yang tolong senaraikan saham Maxis.
Sementara itu, mari imbas kembali penulisan saya mengenai Apa Itu Public Initial Offering sementara berita IPO Maxis ini masih diperkatakan.
Share
2 Comments »
Tags: bursa, ipo, maxis, Saham
Posted: April 15th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Pelaburan, Perniagaan, Saham | 10 Comments »
Saya pasti anda pernah berasa takut atau risau untuk melakukan satu kegiatan jual beli. Itu perkara biasa.
Contohnya, anda terasa dan teringin makan sepinggan mee udang. Anda pun mula lah google maklumat mee udang di internet, akhirnya anda dapat tahu, selain mee udang Kuala Sepetang, ada juga mee udang Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Maka anda pun mula nak tahu pasal …
- Sedap kah ?
- Mahal kah ?
- Udangnya banyak mana ?
- Berbaloi kah makan di situ ?
- Dan seterusnya
Kebiasaannya anda akan bertanya dahulu kepada orang yang lebih mengetahui. Takut-takut silap tempat. Takut-takut kena tipu. Takut penat je pergi jauh-jauh tapi hampeh.
Read the rest of this entry »
Share
10 Comments »
Tags: bno, bursa malaysia, free market, kuala sepetang, mee udang, proton mpv exora, suruhanjaya sekuriti
Posted: February 26th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, Pasaran Hadapan, Pelaburan, Saham | 10 Comments »
Saya ada sebut perihal Mr Market secara langsung dan tidak langsung dalam banyak-banyak post berkaitan pelaburan pasaran saham.
Sama ada anda melabur di pasaran hadapan, bursa saham mahupun saham amanah anda perlu tahu siapakah gerangannya Mr Market. Kerana anda sentiasa merujuk kepada Mr Market apabila anda menyebut tentang untung rugi, pelaburan long term mahupun pelaburan short term.
Hensem kah dia ?
Garangkah dia ?
Bodohkah dia ?
Dan seterusnya.
He is your friend and also your foe.
Read the rest of this entry »
Share
10 Comments »
Posted: February 16th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Hartanah, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Saham, Semasa, Sub Prima | 7 Comments »
Nak join bisnes, melabur, kena faham sedikit sebanyak undang-undang. Paling tidak undang-undang berkaitan dengan bidang anda.
Sebabnya, apabila undang-undang berubah, cara kita buat bisnes dan melabur pun sudah berubah.
Contoh mudah, tanah leasehold. Kalau baca buku pelaburan hartanah yang tidak Malaysia centric, mana ada diorang akan bagitau apa mau buat, apa yang boleh dibuat dengan hartanah leasehold.
Nak contoh lagi … ni Malaysia ada DEB. Sikit-sikit mesti bumiputera. Sebab itulah syarikat orang Cina, India ambil pekerja bumiputera, ambil partner bumiputera. Kalau mahu lebih untung, diorang cari kontraktor Ali Baba. Terpaksa maa. Mau hidup la dey tambi.
Jadi, kalau DEB dihapuskan anda fikir anda akan dapat jadi partner, bekerja dengan mereka mudah-mudah ?
Ingat, apabila undang-undang berubah, you have to change your game play.
Read the rest of this entry »
Share
7 Comments »
Posted: January 22nd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Pasaran Hadapan, Pelaburan, Saham | 4 Comments »
Mulai 6 Julai 2009, Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) akan digantikan dengan FTSE Bursa Malaysia (sebutannya fut-si).
KUALA LUMPUR, Jan 21 (Bernama) — Malaysia’s primary benchmark index, the Kuala Lumpur Composite Index (KLCI), will adopt the FTSE global index standard and be known as the FTSE Bursa Malaysia KLCI from July 6 this year.
The FTSE Bursa Malaysia KLCI will also comprise only the 30 largest companies listed on the Main Board based on investable market capitalisation.
FTSE Bursa Malaysia ini hanya mengindeks 30 kaunter utama dan tidak lagi 100 kaunter seperti KLCI.
Perbezaan utama KLCI dan FTSE ini adalah
- Pengiraan KLCI ini berdasarkan the whole market capitalisation
- Manakala FTSE hanya mengira investable market capitalisation
Sebabnya kaunter tertentu khususnya government link corporation (GLC) yang besar-besar dan market leader itu dipegang oleh kerajaan melalui PNB, ASNB, KWSP, Khazanah dan lain-lain yang mana mereka tidak buy and sell pemilikan saham mereka itu dalam tempoh yang pendek.
Selain itu pemilik syarikat berhad yang besar-besar macam DiGi, Public Bank pula mempunyai pegangan saham mereka tersendiri yang mereka jarang-jarang nak jual sebab itu bisnes mereka.
Jadi pemilikan saham sebegini tidak dikira dalam indeks FTSE Bursa Malaysia.
Pertukaran ini juga mengambil masa kira-kira 6 bulan kerana Bursa Malaysia juga mengira faktor pasaran derivatif iaitu Kuala Lumpur Composite Index Futures. Selain itu ia juga untuk membolehkan fund manager untuk mengubah portfolio index tracking mereka secara beransur-ansur tanpa menjejaskan untung rugi dana yang mereka uruskan.
Jadi, mungkin ada sedikit perubahan dalam pasaran hadapan Bursa Malaysia yang membabitkan index futures. Itu kena rujuk futures broker representative masing-masing untuk maklumat lebih tepat.
Share
4 Comments »
Posted: January 10th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Pelaburan, Saham, Semasa | 8 Comments »

Ada satu lawak yang saya baca mengenai tips mencari akauntan yang baik.
Bos : 2+2 ?
Akauntan A: 7
Jangan ambil dia sebagai akauntan anda. Dia bodoh.
Bos : 2+2 ?
Akauntan B: 4
Dia adalah seorang akauntan yang baik.
Bos : 2+2 ?
Akauntan C: Berapa yang tuan mahu ?
Maka terus ambil dia sebagai seorang akauntan kerana dia adalah akauntan yang terbaik!
Selepas skandal Pak Madoff Telo yang mengejutkan dunia pelaburan, kini di India timbul lagi satu skandal baru membabitkan syarikat Satyam Computer Services Limited. Sebuah syarikat IT ke-4 terbesar di India yang mempunyai kira-kira 53,000 pekerja di seluruh dunia dan beroperasi di 65 negara. Analyst di India menyamakan skandal terbaru ini sebagai Indian Enron.
Accounting fraud.
(Oh ya, Satyam juga mempunyai pejabat di Cyberjaya Malaysia)
Selain 53,000 pekerja Satyam yang mungkin kehilangan pekerjaan, banyak juga institusi pelaburan yang menguruskan pelbagai jenis dana pelaburan mempunyai pegangan dalam saham Satyam.
Sekiranya Enron mempunyai Arthur Andersen sebagai auditor mereka yang ketika itu merupakan Big 5 accounting firm, Satyam pula mempunyai PwC sebagai auditor yang kini adalah Big 4 accounting firm.
Dan setakat ini tidak pasti bagaimana kesan skandal ini terhadap PwC kerana selepas kejadian Enron pada 2001, Arthur Andersen telah terkeluar dari top accounting firm dan menyebabkan 28,000 pekerjanya kehilangan kerja.
Sebagai tontonan hujung minggu anda, mungkin anda patut mencari CD filem Fun With Dick & Jane yang dilakonkan oleh Jim Carrey yang memaparkan kisah disebalik kejatuhan Enron secara sinis.
Kisah Klasik
Corporate Governance
Share
8 Comments »
Posted: December 27th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Perniagaan, Saham | 12 Comments »

Anda barangkali kadang-kadang keliru apabila disebut pasal duit.
- Buat duit ?
- Berapa duit ada ?
Selalunya anda tahu macam mana nak buat duit. Iaitu mempunyai pendapatan. Mencari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan bulanan. Buat bisnes yang boleh berikan pendapatan sampingan.
Income
- Dapat duit gaji bulan-bulan itu adalah income.
- Dapat duit sewa dari rumah itu adalah income.
- Dapat dividen dari saham itu adalah income.
- Dapat royalti dari penulisan buku, lirik dan sebagainya adalah income.
- Dapat pendapatan dari hasil jualan bisnes juga adalah income.
Tapi bila anda ditanya berapa duit anda ada ? Ia merujuk kepada …
- Berapa simpanan dalam akaun bank anda?
- Berapa nilai duit dalam Tabung Haji?
- Berapa banyak duit dalam ASB ?
- Berapa ringgit nilai saham yang anda pegang ?
Ia adalah
Aset
Kalau jumlah perbelanjaan bulanan anda adalah RM 2,000 sebulan dan anda mempunyai RM 10,000 dalam akaun bank. Ia bermaksud anda mempunyai simpanan yang bersamaan kos kehidupan anda selama 5 bulan.
10 tahun dulu, anda membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM 180,000. Sekarang pasaraya Jusco hanya 1km dari rumah anda. Nilainya kini meningkat menjadi RM 280,000. Tetapi disebabkan rumah nilainya tidak berapa nak cair (liquid), jadinya nilai RM 280,000 itu hanyalah anggaran sahaja. Duit dalam tangan anda yang sebenar hanya diketahui selepas rumah tersebut dijual.
Begitu juga dengan saham. Saham amanah. Selagi mana pegangan saham anda belum dijual, ia hanya berbentuk paper profit atau paper loss sahaja. Real profit atau real loss hanya bila anda jual pegangan saham anda.
Tetapi ramai orang selalu lupa satu perkara. Dan saya mahu anda untuk sentiasa ingat
Aliran Tunai (Cashflow)
Ini adalah komponen yang paling penting.
Yang menghubungkan antara buat duit dan berapa duit yang anda akan ada. Yang akan menentukan berapa banyak aset yang akan ada untuk tahun-tahun akan datang.
Buat duit banyak pun, tapi tidak jaga aliran tunai, maka akhirnya tidak akan ada duit dalam tangan.
RM 10,000 (pendapatan)
-RM 11,000 (perbelanjaan)
(RM 1,000) (tiada duit dalam tangan)
Jadinya, aliran tunai anda adalah negatif.
Anda perlu jadikan ia begini
RM 2,000 (pendapatan)
-RM 1,500 (perbelanjaan)
RM 500 (duit dalam tangan)
Jadinya, aliran tunai anda adalah positif.
Dan cara yang termudah untuk hasilkan keadaan begini adalah pay yourself first.
RM 2,000 (pendapatan)
-RM 500 (duit dalam tangan)
RM 1,500 (perbelanjaan)
Amalkan sampai mati.
Jadi, sampai bila-bila pun anda tidak akan short duit pada hujung bulan. Malah, anda akan tinggalkan anak-anak anda dan isteri anda dalam keadaan yang tidak meminta-minta sebab simpanan anda mencukupi untuk mereka. Kalau sudah ada takaful maka mereka boleh dapat lagi lebih. Senang anak-anak nak sambung pelajaran ke universiti walaupun anda sudah tiada nanti.
Jadi, bila anda sudah faham. Maka bila nak terlibat dalam pelaburan hartanah maka anda cuma tiru formula yang sama.
RM 1,000 (pendapatan sewa)
-RM 750 (installment bank + kos lain)
RM 250 (duit dalam tangan)
Jadi aliran tunai untuk pelaburan rumah anda adalah positif.
Itulah jenis pelaburan yang mesti anda buat.
Untuk bisnes pula
RM 10,000 (jualan)
-RM 4,500 (kos bisnes)
RM 5,500 (duit dalam tangan)
Jadinya, bisnes anda akan terus maju dan maju. Sebab untungnya besar. Aliran tunai anda jaga. Tak perlu meminjam. Boleh guna duit yang ada dalam tangan untuk buat pelaburan bisnes yang lain macam nak tambah cawangan. Cawangan bisnes. Bukan cawangan lain ye..
Untuk saham
RM 10,000 (modal)
-RM 600 (dividen / keuntungan bersih selepas jualan)
RM 10,600 (nilai portfolio yang baru)
Jadi ini yang anda perlu tahu pasal duit.
Pendapatan.Aset.Aliran tunai.
Walaupun pendapatan anda kecil, tetapi anda jaga aliran tunai, maka aset akan akan terus berkembang.
Tetapi sekiranya anda berpendapatan besar sekalipun, tidak jaga aliran tunai, maka anda tidak akan ada aset.
Dan yang lebih baik adalah, anda ada pendapatan besar, jaga aliran tunai, maka anda akan jadi jutawan.
Amacam ?
Untuk situasi anda, apa yang perlu anda buat segera ?
Tambah pendapatan ?
Kawal aliran tunai ?
Atau kedua-duanya sekali ?
p.s. Zakat dikenakan ke atas pendapatan atau aset ?
p.p.s Cukai dikenakan ke atas aset atau pendapatan ?
Share
12 Comments »
Recent Comments