Posted: June 6th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Emas, Muamalat, Politik, Semasa | 20 Comments »
[Update 07 June 11 malam)
Ini adalah ulasan saya mengenai topik ini.
1. Memandangkan Tuan Guru Presiden ada menyebut pasal dana awam, saya mohon agar Pakatan Rakyat tidak lagi mempunyai ketua whip di Parlimen. Biarkan ahli-ahli Parlimen bebas bercakap tanpa terikat dengan peraturan whip yang dikenakan. Jadi dengan ini mereka boleh bercakap dengan bebas. Kawan sendiri pun perlu dihentam juga sekiranya perlu. PAS dan Pakatan Rakyat disebut-sebut sebagai government in waiting. Justeru, sekiranya masih terikat dengan peratuan whip, bagaimana ahli Parlimen akan mengimbangkan kuasa eksekutif apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti, ada berlaku penyelewengan dari kalangan pimpinan PR yang menjawat jawatan menteri yang membabitkan pengurusan wang awam ? Semua pimpinan Pakatan Rakyat adalah manusia biasa yang secara semulajadi tertarik dengan harta.
2. Saya cadangkan agar PAS mengeluarkan siri-siri buku berkaitan ekonomi atau muamalat untuk mendidik rakyat mengenai ekonomi Islam. Saya sudah muak mendengar perkataan seumpama, "Krisis ini adalah hasil keroskan sistem kapitalis bla bla bla..." dan seterusnya tetapi satu blue print pasal ekonomi satu habuk pun tadak! Jangan jadi isu negara Islam. Berkurun sebut perjuangan negara Islam, tapi dokumen khas pun tidak disusun. Jangan biarkan orang PAS sikit-sikit sebut duit Petronas mesti digunakan untuk rakyat. Apa ingat pekerja Petronas tu hamba abdi ka? Bekerja nak bagi duit untuk orang lain ? PAS dan Pakatan Rakyat perlu tunjukkan kemahiran mengurus ekonomi di 5 4 negeri. Segera buktikan Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor mampu menjadi negeri yang kaya raya walaupun disekat dari pelbagai sudut. Saya fikir ramai pimpinan PAS maklum Sayyidina Abdul Rahman al-Auf sering disebut oleh para ustaz sebagai tokoh muamalat yang mampu memecahkan dominasi Yahudi di pasar-pasar Madinah. Jadi, ajarlah kami ilmu perniagaan Sayyidina Abdul Rahman al-Auf. Kami tak mahu ia hanya menjadi modal para ustaz dalam kuliah dan ceramah sahaja.
3. Memandangkan Tuan Guru Presiden sudah hentam sistem kapitalis, (saya bersangka baik sesungguhnya pimpinan PAS sudah memahami dan mendalami apa itu kapitalisma, liberalisma dan free market) saya juga ingin mengingatkan agar PAS berhati-hati dengan fahaman sosialis yang wujud dalam sebahagian pemikiran pimpinan Pakatan Rakyat. Apakah idea tegar sosialisma yang terus menutup ruang perniagaan dan muamalat itu dibenarkan dalam Islam ?
4. Saya amat bersetuju dengan saranan Dinar Emas atau mata wang yang bersandarkan komoditi (emas dan perak) tersebut. Sistem mata wang fiat adalah punca utama riba berlaku dengan berleluasa. Saya berharap PAS ada pasukan tersendiri untuk mengkaji dan mengangkat idea dinar emas ini ke tahap yang lebih jauh dari apa yang disuarakan oleh Tun Dr Mahathir selama ini.
Sekian, perbahasan saya.
[Entri asal]
Mari bahaskan sebahagian intipati ucapan dasar Presiden PAS, dalam Muktamar Tahunan ke 55.
***
IKLIM EKONOMI
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Dunia pada hari ini berdepan dengan krisis kewangan, sekaligus kegawatan ekonomi akibat keruntuhan sistem kewangan Barat berteraskan riba, ihtikar dan gharar.
Adalah mengandungi hikmah mengapa Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w. menyenaraikan riba di kalangan dosa besar, walaupun tidak dimasukkan ke dalam jenayah Qisas dan Hudud, namun ianya diberi amaran yang keras.
Akibat muamalat kewangan ini, maka terbitlah pelbagai produk dengan beraneka nama canggih yang diniagakan oleh negara Barat yang bermegah dengan kemajuannya. Bank Dunia mengakui bahawa krisis kali ini melibatkan kerugian bukan berbillion bahkan beberapa trillion dollar Amerika. Setelah dunia melihat pertembungan ekonomi kapitalis dan komunis, kini berlaku pula pertembungan antara negara-negara kapitalis yang merugikan dunia.
Read the rest of this entry »
Share
20 Comments »
Tags: erdogan, hadi awang, husam kalah, husam musa, kerajaan perpaduan, muktamar pas, muktamar pas ke-55, muqabalah, timbalan presiden pas, tuan guru hadi awang, ucapan dasar
Posted: April 21st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Perniagaan, Politik, Semasa | 11 Comments »
Saya dok baca dari satu blog ke satu blog, tersinggah blog Amin Iskandar.
Adakah berita pasal kerajaan persekutuan pun akan mengurangkan direct negotiation dan akan memperbanyakkan open tender ini tidak disiarkan dalam 2 akhbar utama berbahasa Melayu ? Tajuk berita tu macam ni …
Government wants more open tenders to cut down on graft
Saya ingat lagi apabila Pakatan Rakyat mula memerintah 5 negeri, isu open tender ini ada juga hangat dibualkan.
Read the rest of this entry »
Share
11 Comments »
Tags: MECD, open tender, tender terbuka
Posted: April 13th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perniagaan, Politik, Semasa | 12 Comments »
Nampaknya apabila ramai yang membantah, buat kenyataan media dan sebagainya, ramai pihak dalam kabinet termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Wak Muhyiddin pun beri respons dalam isu ini.
Bagus. Ini lah nota tambahan saya.
1. Satu agensi / jabatan / unit yang berfungsi seperti MECD tetap diperlukan. Agensi ini adalah seperti one stop center untuk usahawan Melayu, macam fungsi MECD. Untuk program-program kesedaran keusahawanan, untuk bantu fresh graduate yang nak belajar buat bisnes, untuk tolong usahawan muda / baru. Cumanya, sebab MECD dah bubar … maka ia taklah sebesar MECD yang dulu.
Read the rest of this entry »
Share
12 Comments »
Tags: bubar, DEB, irma hasmie, kabinet, kementerian, MECD, melayu, nabil, peluk, usahawan
Posted: April 10th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perniagaan, Politik, Semasa | 22 Comments »
Masa di universiti, ada latihan keusahawanan siswazah atau LKS, dan pelbagai kursus keusahawanan yang lain. Saya tidak masuk LKS, tapi saya sertai kursus lain. Dari kursus-kursus sebegitulah saya berani dan menyahut cabaran meneroka dunia baru iaitu keusahawanan.
Bukan senang brader nak jadi usahawan ni. Member lain dapat gaji steady, kita ni belum tentu dapat makan hujung bulan.
Kawan-kawan ramai tak boleh terima saya nak berniaga lepas habis belajar. Perli ada, perlekeh ada. Sedikit sahaja yang nak sokong. Sama nasib macam Afyan, kena perli memanjang bila dia nak buat full time jadi ejen takaful. Tapi hari ini saya dah ada pejabat sendiri. Dari beroperasi dari rumah, pejabat kecil ke satu pejabat yang lebih sempurna.
Read the rest of this entry »
Share
22 Comments »
Tags: astro awani, bubar, bumiputera, DEB, kabinet, kementerian, MECD, melayu, usahawan
Posted: April 7th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Politik, Semasa | 11 Comments »
[Terkini, 09/04/09]
Adakah Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi telah ditiadakan ? Kementerian yang mentadbir MARA, Bank Rakyat, SME Bank, MKM, INSKEN dan sebagainya itu digabungkan dengan kementerian yang mana, dan bagaimana pentadbiran agensi-agensi tersebut selepas ini ?
Bagi saya, tiadalah “transformasi” yang berlaku pun. Cuma tranformasi kem Tun Lah kepada kem Tok Jib sahaja.
Read the rest of this entry »
Share
11 Comments »
Tags: gerakan, kabinet, Khairy, Malaysia, mca, menteri, mic, Najib Razak, UMNO
Posted: April 3rd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perniagaan, Politik, Semasa | 23 Comments »
Tok Jib telah selamat mengangkat sumpah sebagai PM ke 6.
Memandangkan Malaysia tidak mengamalkan pasaran terbuka sangat, dan ekonomi, bisnes dalam Malaysia sangat berkait dengan politik, maka ini adalah apa yang akan dan boleh berlaku:
- Orang kaya baru dari kumpulan Tok Jib akan muncul. Melayu, India, Cina semua ada.
- Kaunter saham berkaitan dengan kumpulan Tok Jib akan naik.
- Para kontraktor akan melihat dengan penuh teliti kabinet baru dan akan membuat tindakan seterusnya selepas mengetahui siapakah ahli politik yang ditolak dan siapakah ahli politik yang dipilih. Everyone has a mortgage to pay.
- Kumpulan bisnes yang rapat dengan Tun M juga akan tersenyum riang.
- Kumpulan bisnes yang rapat dengan Tun Lah akan mula pening kepala.
- Mata Indeks Komposit KL akan ditingkatkan sehari dua ini untuk memperlihatkan “penerimaan” pasaran terhadap perlantikan ini.
- Orang tidak berduit akan terus tidak berduit, kerana they don’t know who is inside.
Kontrak-kontrak kerajaan memang menggiurkan. Tetapi siapa yang berminat untuk masuk bisnes seperti ini kena faham faktor-faktor di atas.
Maka sekiranya anda nobody, tidak aktif di cawangan, bahagian, tidak kenal orang tertentu usah lah mimpi sangat nak masuk projek kerajaan. Yang dah tandantangan kontrak ni pun masih terbuai-buai di atas pokok kelapa.
Buatlah bisnes yang tiada kaitan dengan perubahan iklim politik. Hati lebih senang. Hati lebih girang.
Anda yang bekerja dalam syarikat yang termasuk dalam kumpulan bisnes Tok Jib, beruntunglah kalian. Sekarang zaman susah.
Soalan Kuiz
Kenapa Orang Kita Makin Jauh dengan Agama Islam ?
Share
23 Comments »
Tags: Che Det, Khairy, kroni, Najib Razak, Pak Lah, perlantikan, PM, Tun M
Posted: November 4th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Buku, Pelaburan, Perniagaan, Politik, Semasa, Sub Prima | 15 Comments »
Semalam, selepas bertemu dengan dengan kekanda saya, maka saya pun berterbangan di tempat lepak yang biasa. Kinokuniya.
Saya sempat membeli …

“Amboi, tebal macam kamus.” Tegur awek cun semasa makan tengah hari bersama.
Justeru, siapa berminat untuk mendapatkan autobiografi rasmi Warren Buffett ini , sila ke kedai-kedai buku utama. Walaupun tebal macam kamus, anda tetap boleh dapatkan edisi kulit tebal dengan harga yang berpatutan iaitu cuma RM 96.95 (ada off 25% di Kino). Err, saya pernah beli buku yang jauh lebih nipis yang lebih mahal. Dan saya anggap buku tersebut dijual dengan harga diskaun berbanding nilai sebenarnya.
Price is what you pay. Value is what you get (Warren Buffett)
dan juga majalah

Saya terperasan juga mata-mata yang menjeling bila saya sengaja membaca tinggi-tinggi majalah yang menjadikan Tuan Guru Nik AzizĀ sebagai cover story. Mesti mereka pelik majalah apa yang saya baca yang memaparkan imej seorang berserban di front page nya.
Temubual yang dibuat oleh Farish A Noor ini dibuat dalam bahasa Melayu Kelantan dan Kedah dan dibawah setiap perenggan soal-jawab itu ada terjemahan dalam bahasa Inggeris. Kalau selama ini anda ada salah faham atau skeptikal mengenai Tuan Guru Nik Aziz, maka saya sarankan anda membeli majalah ini.
Antara yang menarik dan sesuai untuk dikongsi dalam blog ini …
Soal: Jadi adakah kesederhanaan Ustaz ni mengikut prinsip bahawa ‘aku ni kaya pasai aku miskin; aku miskin maknanya aku ni bebas; bebas dari kehendak?
Jawab: Miskin tu yang kita kato zuhud. Zuhud ni maknanya kito ada harto, ada harto banyak, tapi kito tak tamok. Kito tak dipengaruhi oleh harto. Kalau kito tak dok harto, nak beli apo? Yang cam nu bodoh!
Kito nak keno cari harto sebanyak boleh, tapi jangan sampai harto mengusai kito. Misalnya, kito masuk dalam perahu dalam laut – tak po. Tapi bilo kito dalam perahu tu, jangan biarkan air laut masuk dalam perahu. Kalau masuk air laut dalam perahu, maknanya habih la kito.
Jadi harto tu macam air laut loh – biar ado harto, nak jadi jutawan, tak po. Tapi jangan biarkan harto tu masuk dalam ruh kalbu kito.
Saya ingat lagi suara-suara sinis terhadap saya bila saya bertukar topik blog dari sosio-politik ke sosio-ekonomi.
“Pakdi, kita kena zuhud.”
“Duit banyak-banyak nak buat apa? Tak de guna pun.”
Dan macam-macam lagi.
Entah siapa lah ajar mereka konsep zuhud itu adalah miskin dan tidak berduit. Bak kata Tuan Guru, “Yang cam nu bodoh!”
Dan juga majalah terakhir, Malaysian Business (Nov 1 – Nov 15)
Saya tertarik dengan catatan Datuk Salleh Majid yang menyatakan negara-negara Eropah beriya-iya untuk mengumpulkan dana untuk memiliknegara kan syarikat-syarikat mereka adalah kerana takut sovereign wealth fund (SWF) membeli syarikat-syarikat strategik tersebut.
Untuk pengetahuan anda, SWF ini banyak ditubuhkan oleh negara-negara kaya umat Islam seperti UAE, Kuwait, Qatar, Libya, Brunei, Arab Saudi, Iran dan lain-lain.
Nampaknya hal ini adalah sebagai nota tambahan untuk catatan saya yang terdahulu mengenai tindakan bailout yang dibuat oleh Amerika dan negara Eropah lainnya sekarang ini.
Share
15 Comments »
Recent Comments