Untung dan Halal Sama Penting

Posted: March 20th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Perniagaan | 4 Comments »

Ada orang yang penting untung, dapat banyak duit. Cara apa mereka dapat duit, mereka tidak peduli. Skim cepat kaya ke, menipu ke, rasuah ke, riba ke. Hentam semua.

Ada orang pula, yang penting ada ‘cop halal’. Walaupun model bisnesnya tidak bagus, berat sebelah kepada satu pihak sahaja, tidak cost effective. Maka, dia pun rela menjadi “the losing side” asalkan halal.

Karipap yang dijual oleh Mak Minah dijamin halal, tetapi kalau anda mahu minum teh dengan kuih koci, perlu ke anda membeli karipap tersebut hanya disebabkan karipap tersebut halal?

Sedangkan dalam bisnes dan pelaburan, untung adalah sangat penting. Orang tidak melabur dan buat bisnes untuk jadi rugi. Sebagai seorang Muslim juga, isu halal juga adalah sangat penting. Darah daging yang dibina dari sumber haram mesti dielakkan.

Jadi, anda mesti pandai ilmu bisnes dan pelaburan untuk elakkan kena tipu dan mendapatkan yang terbaik. Pada masa yang sama, anda juga mesti tahu juga isu halal haram dalam bisnes dan pelaburan. Barulah anda mendapat rezeki yang banyak pada masa yang sama mendapat keberkatan.

Share
4 Comments »

Tags: , , , ,

Emas: Simpanan atau Pelaburan?

Posted: February 2nd, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Emas, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 11 Comments »

Saya fikir saudara Hasbullah Pit ada menulis sesuatu yang baik untuk direnungkan oleh sekalian pembaca yang budiman.

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya.

Namun terdapat 2 jenis penggemar emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.

Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan.

Walaupun emas mempunyai nilai yang asli, tapi anda kena maklum anda masih belum boleh beli beras, lampin anak dan petrol dengan emas, melainkan anda jual dahulu emas tersebut untuk mendapatkan Ringgit Malaysia. Justeru, saya berasa saudara Hasbullah Pit mengingatkan kita semua tentang objektif pembelian emas adalah sangat baik.

“A wise man once said, ‘The worst reason to buy a stock is because the price is going up.’ That goes for gold also. Gold hit a record high of $1,226.10 on December 3, 2009 and closed out the year at $1,096.35, up 24.8 percent for the year. While a 24.8 percent gain in one year is impressive, it isn’t a reason to buy gold – or anything else for that matter.”

– Excerpt from Robert’s Conspiracy of the Rich bulletin

Kalau masih belum faham, sila baca artikel lama di sini

Share
11 Comments »

Tags: , , , , ,

Hidup Kena Merancang, Kemudian Buat

Posted: January 20th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Motivasi, Perancangan Kewangan | 15 Comments »

Sangat menarik membaca pengalaman mereka yang mempunyai perancangan sendiri, dan melaksanankan rancangan tersebut.

Komen  dari post Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang

Tahniah kepada pembaca budiman ini dan kalian yang take action!

Share
15 Comments »


Liabiliti Menyebabkan Perbelanjaan Anda Bertambah

Posted: January 18th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Perancangan Kewangan | 35 Comments »

Komen dari post ini, Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang

Berikut adalah persoalan tambahan saya:

1.RM 1900 adalah gaji bersih atau gaji kasar?
2. Baki RM 150 adakah mencukupi untuk persediaan berkahwin ?
3. Baki RM 150 adakah mencukupi untuk persediaan naik haji ?
4. Bagaimana dengan perlindungan kewangan i.e. takaful ?
5. Bagaimana dengan kos insurans kereta, cukai jalan, servis kereta, kos keluar masuk bengkel kereta, tol, petrol, parking ?
6. Bagaimana persediaan untuk membeli hartanah untuk pelaburan ?

p.s. Sekiranya pembaca budiman yang menggunakan nick aiman tak kisah merupakan kawan yang saya kenal, sila hubungi saya melalui emel di sini ya dan perkenalkan diri.

Share
35 Comments »

Tags: ,

Apakah Urusan Kewangan Yang Anda Paling Ambil Berat ?

Posted: January 14th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Perancangan Kewangan | 18 Comments »

Syarikat Visa membuat satu survey kewangan di Malaysia dan mendapati, kebanyakan dari kita paling risau mengenai:

1. Perbelanjaan hidup sehari-hari
2. Gaji
3. Hutang

Sumber: The Star Online

Manakala, kebanyakan kita tidak berapa nak risau tentang dana persaraan dan turun naik kadar faedah.

Adakah anda bersetuju dengan kajian ini?

Share
18 Comments »

Tags: , ,

5 Keutamaan Kewangan Sebelum Anda Mula Melabur

Posted: January 10th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Motivasi, Perancangan Kewangan | 16 Comments »

Barangkali anda rasa keliru. Apa sebenarnya “pelaburan” yang terbaik?

Jumpa Anwar, dia kata Putrajaya. Jumpa Najib dia kata kelengkapan tentera. Jumpa Mahathir, dia kata ASB. Jumpa Pak Lah dia kata pertanian. Jumpa Mokhtar dia kata artis. Jumpa Rosmah dia kata jadi isteri PM.

Pening kepala.

Pada saya, bukan “instrumen” kewangan yang paling utama. Tapi adalah pengetahuan diri sendiri.

Kalau beli emas banyak-banyak pun, tapi hutang kad kredit konvensional masih keliling pinggang, amacam ?

Beli macam-macam saham pun, tapi satu kaunter pun tak naik, amacam ?

Beli hartanah sana sini pun, tapi semua masih kena “top-up” pada hujung bulan, amacam ?

Maka, sebab itulah pengetahuan yang paling penting. Apabila kita sudah ada ilmu pengetahuan, maka kita semua dapat menyusun keutamaan.

Jadi, saya cuba susun beberapa keutamaan untuk anda baiki balik.

Keutamaan # 1. Hapuskan hutang kad kredit konvensional segera. Kemudian, tukar kepada kad dari perbankan Islam kerana ia tidak ada elemen compounding interest. Kemudian, anda kena pastikan anda selesa untuk bayar lebih dari sekadar minimum payment. Kalau kadar minimum payment pun anda tidak selesa, itu maksudnya anda ada masalah dengan hutang kad hutang anda.

Keutamaan # 2. Pastikan anda selesa dengan kadar hutang-hutang yang lain. Contohnya, kalau dulu anda beli rumah kadarnya tinggi, BFR + 1% misalnya, cubalah anda tanya bank balik, boleh tak dapatkan rate baru yang lebih murah ? Ini contoh aje. Ada beberapa cara lagi.

Di sini saya tak maksudkan, mesti selesaikan hutang segera. Tidak. Saya maksudkan, pastikan jumlah duit gaji anda yang disumbangkan kepada bank setiap bulan adalah pada tahap yang terkawal. Anda tidak pening. Anda masih cukup makan. Anda selesa.

Keutamaan # 3. Simpan simpan simpan. Anda mesti ada sejumlah wang tunai yang mencukupi. Kalau simpanan belum cukup, lupakanlah untuk m.e.l.a.b.u.r.

Keutamaan # 4. Perlindungan kewangan yang mencukupi. Tidak kurang sangat, dan tidak berlebih-lebih. Buat apa ada sampai 2 polisi takaful yang beri manfaat yang sama?

Keutamaan # 5. Kenal pasti diri risk appetite diri sendiri. Pelaburan apa yang anda selesa ? Saham. ASB. Hartanah. Unit trust selain ASB? Emas. Derivatif … ? Di sini, sudah tentu anda kena tahu dulu apa impian kewangan anda. Kalau bercita-cita duduk rumah di tepi KLCC 10 tahun lagi, ASB sahaja tak cukup bang.  Kena cari instrumen kewangan lain. Kalau bercita-cita nak pakai Mercedes hanya selepas pencen, itu takpe.

Tidak semestinya pelaburan. Anda boleh buat bisnes. Anda boleh dapatkan pendapatan dalam bentuk royalti dan seterusnya.

Keutamaan yang berterusan sampai mati. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Baik ketika duit lebih mahupun duit kurang. Allah swt sudah sebut kelebihan bersedekah ini dalam al-Quran. Dan al-Quran adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Buat secara konsisten walaupun jumlahnya sedikit pada awalnya.

Semoga anda tidak pening lagi.

Share
16 Comments »

Tags: , , ,

Ciku dan Durian

Posted: January 5th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: ASB, Perancangan Kewangan | 16 Comments »

Komen yang baik, strategi yang baik dalam post ini.

Tuan puan perlu mempunyai strategi kewangan sendiri. Nak ke KLCC, ada macam-macam jalan yang anda boleh ikut. Dulu, hartanah barangkali adalah strategi yang terbaik untuk mendapatkan ‘cashflow’ bulanan, tetapi hari ini ada pelbagai cara lagi.

Jangan berhenti belajar.

Share
16 Comments »