Posted: February 9th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Emas, Pelaburan, Skim Cepat Kaya | 29 Comments »
Masih ada rakyat Malaysia yang berfikir, “Syarikat masih bayar, jadi itu bukan skim cepat kaya.”Itu adalah kesilapan dan kefahaman yang salah.
Saya ulang, itu adalah satu kesilapan dan kefahaman yang salah.
Kerana modus operandi skim cepat kaya memang akan bayar dulu sekejap sebelum cabut macam kafe-kafe skim cepat kaya dan skim-skim lain yang telah banyak menipu orang selama ini.
Sila baca berita berikut dan cari satu kesilapan besar yang dibuat oleh individu-individu yang terkena kali ini yang dalam mengejar “keuntungan” emas. Sila kongsikan pendapat anda dalam ruang komen.
Dengan mengambil sedikit masa untuk belajar sebelum mula melabur, insyaAllah, kalian boleh mengelakkan menjadi mangsa seterusnya.

Siapa yang tahu “kata kunci” dalam skim penipuan pelaburan emas ini sila kongsi dalam ruangan komen ya!
Share
29 Comments »
Tags: irc, island red cafe, island red cafe scam, Skim Cepat Kaya, skim pelaburan emas, skim simpanan emas, stevens corner, stevens corner scam
Posted: February 4th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 16 Comments »
Ada soalan dari emel untuk dibincangkan oleh sekalian pembaca yang budiman. Mungkin para pembaca lain ada pandangan tersendiri. Saya dan awek cun belum banyak beli rumah lagi, dan pembelian-pembelian kami setakat ini hanya melibatkan status freehold sahaja.
Soalan ini juga ada beberapa orang sudah tanya kepada saya. Memang saya jawab freehold. Tapi lain orang lain pengalamannya. Jadi saya buka kepada sekalian pembaca yang budiman memberikan pandangan, lebih-lebih lagi yang ada pengalaman dalam kedua-duanya.
Soalan tersebut berbunyi:
Apa pendapat Pakdi tentang rumah leasehold? First impression saya: tak untung beli rumah leasehold sebab ia takkan jadi milik kita tapi milik kerajaan. Sekarang saya ada peluang utk beli rumah flat leasehold dgn harga yg ditawarkan jauh lebih murah dr market value. Lokasi pun dikira strategik. Mungkinkah saya boleh consider utk beli sekiranya ia boleh generate positive cash flow? Saya cuma rasa sedikit pesimis sebab tenure ‘leasehold’.
Semoga kalian boleh membincangkannya dengan baik untuk manfaat semua.
Share
16 Comments »
Tags: baik buruk rumah freehold, baik buruk rumah leasehold, elok ke beli rumah leasehold, kebaikan tanah freehold, pelaburan hartanah, tanah freehold, tanah leasehold
Posted: February 2nd, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Emas, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 11 Comments »
Saya fikir saudara Hasbullah Pit ada menulis sesuatu yang baik untuk direnungkan oleh sekalian pembaca yang budiman.
Emas Sebagai Penyimpan Nilai
Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya.
Namun terdapat 2 jenis penggemar emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.
Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan.
Walaupun emas mempunyai nilai yang asli, tapi anda kena maklum anda masih belum boleh beli beras, lampin anak dan petrol dengan emas, melainkan anda jual dahulu emas tersebut untuk mendapatkan Ringgit Malaysia. Justeru, saya berasa saudara Hasbullah Pit mengingatkan kita semua tentang objektif pembelian emas adalah sangat baik.
“A wise man once said, ‘The worst reason to buy a stock is because the price is going up.’ That goes for gold also. Gold hit a record high of $1,226.10 on December 3, 2009 and closed out the year at $1,096.35, up 24.8 percent for the year. While a 24.8 percent gain in one year is impressive, it isn’t a reason to buy gold – or anything else for that matter.”
– Excerpt from Robert’s Conspiracy of the Rich bulletin
Kalau masih belum faham, sila baca artikel lama di sini
Share
11 Comments »
Tags: cara beli emas, harga emas, kijang emas, pelaburan emas, simpanan emas, tempat beli emas
Posted: November 13th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 10 Comments »
Soalan dari pembaca yang budiman:
Pakdi,
Saya nak beli rumah RM 148k. Cadang saya nak beli rumah guna 100% loan bank. Buat masa ini saya bujang lagi so cadang nak sewakan jer…
Kalau saya jual rumah ni lain kali, ada untung tak ?
Contoh saya jual 170k lepas setahun, kalau tolak loan bank saya yang RM 148k tu saya masih ada untung tak ?
Soalan saya kepada saudara penyoal:
1. Bagaimana saudara pasti rumah tersebut boleh djual dengan harga RM 170k selepas satu tahun?
Sekiranya saudara hanya rasa-rasa, hanya agak-agak boleh jual dengan harga tersebut maka saya berpendapat saudara tidak seharusnya membeli rumah tersebut.
Membuat spekulasi harga rumah tersebut boleh naik sehingga RM 170k selepas setahun adalah satu tindakan yang tidak tepat.
Barangkali ada pembaca budiman lain yang mahu berkongsi pandangan dan pengalaman di sini, sila komen di ruang komen yang disediakan.
Share
10 Comments »
Posted: November 12th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Pelaburan, Saham | 2 Comments »
Maxis dinyah senaraikan (de-listed) dari Bursa Malaysia sewaktu Pak Lah jadi PM.
Kemudian, zaman Tok Jib, disenaraikan semula (re-listing).
Pihak yang paling untung adalah tuan punya Maxis. Sebab dia kaut untung dari penjualan 30% asetnya dalam Maxis. Kemudian, bank pelaburan (investment banking) yang tolong senaraikan saham Maxis.
Sementara itu, mari imbas kembali penulisan saya mengenai Apa Itu Public Initial Offering sementara berita IPO Maxis ini masih diperkatakan.
Share
2 Comments »
Tags: bursa, ipo, maxis, Saham
Posted: November 11th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 3 Comments »
Dalam tempoh kira-kira 2 bulan ini, inilah kisahnya …
Kes # 1
Harga jualan apartment terlalu tinggi. Lebih RM 10,000 dari harga pasaran. Tak mau nego langsung. Selidik punya selidik, ejen tidak boleh dipercayai.
Kes # 2
Booking fee sudah disediakan. Kondominium dijual below market price. Tapi entah macam mana, ada ejen lain sudah masuk line dulu beberapa jam / minit sebelum itu. Apa nak buat? Itu namanya bukan rezeki. Nak tumbuk ejen tu pun bukan boleh selesai masalah.
Kes # 3
Sekali imbas, kawasan nampak macam ok. Macam aje. Bila tengok lokasi, rasanya kalau dapat sewa cecah RM 600 pun bersyukur sangat. Haha… Takpelah, tengok balik lepas 2 tahun macam mana.
Projek hartanah sambung tahun depan. Tengok sama ada cukai hartanah dalam belanjawan tu akan beri kesan atau tidak.
Share
3 Comments »
Posted: October 26th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Semasa | 19 Comments »
Pada 1 April 2007, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemansuhan cukai Real Property Gains Tax (RPGT).
Manakala Belanjawan 2010 menyaksikan bermula 1 Januari 2010, keuntungan bagi setiap pelupusan / penjualan hartanah akan dikenakan cukai 5% melainkan tujuan pemberian hadiah di kalangan keluarga tertentu.
Pelepasan cukai akan diberikan sekali sepanjang hayat.
Adakah harga hartanah tidak lagi terlalu melonjak selepas ini ?
Ini adalah berita tidak berapa baik untuk properties flipper.
Share
19 Comments »
Tags: cukai, Hartanah, rpgt, tax
Recent Comments