Hidup Kena Merancang, Kemudian Buat

Posted: January 20th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Motivasi, Perancangan Kewangan | 15 Comments »

Sangat menarik membaca pengalaman mereka yang mempunyai perancangan sendiri, dan melaksanankan rancangan tersebut.

Komen  dari post Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang

Tahniah kepada pembaca budiman ini dan kalian yang take action!

Share
15 Comments »


5 Keutamaan Kewangan Sebelum Anda Mula Melabur

Posted: January 10th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Motivasi, Perancangan Kewangan | 16 Comments »

Barangkali anda rasa keliru. Apa sebenarnya “pelaburan” yang terbaik?

Jumpa Anwar, dia kata Putrajaya. Jumpa Najib dia kata kelengkapan tentera. Jumpa Mahathir, dia kata ASB. Jumpa Pak Lah dia kata pertanian. Jumpa Mokhtar dia kata artis. Jumpa Rosmah dia kata jadi isteri PM.

Pening kepala.

Pada saya, bukan “instrumen” kewangan yang paling utama. Tapi adalah pengetahuan diri sendiri.

Kalau beli emas banyak-banyak pun, tapi hutang kad kredit konvensional masih keliling pinggang, amacam ?

Beli macam-macam saham pun, tapi satu kaunter pun tak naik, amacam ?

Beli hartanah sana sini pun, tapi semua masih kena “top-up” pada hujung bulan, amacam ?

Maka, sebab itulah pengetahuan yang paling penting. Apabila kita sudah ada ilmu pengetahuan, maka kita semua dapat menyusun keutamaan.

Jadi, saya cuba susun beberapa keutamaan untuk anda baiki balik.

Keutamaan # 1. Hapuskan hutang kad kredit konvensional segera. Kemudian, tukar kepada kad dari perbankan Islam kerana ia tidak ada elemen compounding interest. Kemudian, anda kena pastikan anda selesa untuk bayar lebih dari sekadar minimum payment. Kalau kadar minimum payment pun anda tidak selesa, itu maksudnya anda ada masalah dengan hutang kad hutang anda.

Keutamaan # 2. Pastikan anda selesa dengan kadar hutang-hutang yang lain. Contohnya, kalau dulu anda beli rumah kadarnya tinggi, BFR + 1% misalnya, cubalah anda tanya bank balik, boleh tak dapatkan rate baru yang lebih murah ? Ini contoh aje. Ada beberapa cara lagi.

Di sini saya tak maksudkan, mesti selesaikan hutang segera. Tidak. Saya maksudkan, pastikan jumlah duit gaji anda yang disumbangkan kepada bank setiap bulan adalah pada tahap yang terkawal. Anda tidak pening. Anda masih cukup makan. Anda selesa.

Keutamaan # 3. Simpan simpan simpan. Anda mesti ada sejumlah wang tunai yang mencukupi. Kalau simpanan belum cukup, lupakanlah untuk m.e.l.a.b.u.r.

Keutamaan # 4. Perlindungan kewangan yang mencukupi. Tidak kurang sangat, dan tidak berlebih-lebih. Buat apa ada sampai 2 polisi takaful yang beri manfaat yang sama?

Keutamaan # 5. Kenal pasti diri risk appetite diri sendiri. Pelaburan apa yang anda selesa ? Saham. ASB. Hartanah. Unit trust selain ASB? Emas. Derivatif … ? Di sini, sudah tentu anda kena tahu dulu apa impian kewangan anda. Kalau bercita-cita duduk rumah di tepi KLCC 10 tahun lagi, ASB sahaja tak cukup bang.  Kena cari instrumen kewangan lain. Kalau bercita-cita nak pakai Mercedes hanya selepas pencen, itu takpe.

Tidak semestinya pelaburan. Anda boleh buat bisnes. Anda boleh dapatkan pendapatan dalam bentuk royalti dan seterusnya.

Keutamaan yang berterusan sampai mati. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Baik ketika duit lebih mahupun duit kurang. Allah swt sudah sebut kelebihan bersedekah ini dalam al-Quran. Dan al-Quran adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Buat secara konsisten walaupun jumlahnya sedikit pada awalnya.

Semoga anda tidak pening lagi.

Share
16 Comments »

Tags: , , ,

5 Tips Untuk Azam Kewangan Tahun Baru Anda

Posted: December 31st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Motivasi, Perancangan Kewangan | 17 Comments »

Barangkali anda masih mencari-cari apakah azam kewangan anda untuk tahun 2010. Mari saya kongsikan 5 tips untuk anda melakukan sesuatu yang lebih baik pada tahun 2010:

1. Saya akan menggunakan 1 kad kredit sahaja

Sekiranya anda mempunyai 5 kad kredit, anda akan mengeluarkan lebih banyak duit. Sedangkan anda sebenarnya masih boleh hidup dengan 1 kad kredit.

Sebelum ini, sekiranya anda seorang yang berdisiplin, 10 kad kredit pun tidak mengapa. Tetapi anda akan “membuang” lebih kurang RM 500 setahun hanya untuk membayar cukai untuk 10 kad kredit anda selepas ini.

Jadi anda perlu merancang kembali penggunaan kad kredit anda.

2. Saya akan tambah jumlah simpanan bulanan saya

Sekiranya anda sudah berjaya mendisiplinkan diri untuk membuat simpanan setiap bulan, barangkali 10% dari gaji, apa kata anda tambah 2.5% lagi pada tahun ini menjadi 12.5%.

Mari kita buat kira-kira. Sekiranya pendapatan tahunan anda adalah RM 60,000 maka dengan hanya menambah 2.5%, maka anda akan dapat menyimpan sebanyak RM 7,500 berbanding RM 6,000 sahaja.

3. Saya akan beli 1 buku berkaitan bisnes, pengurusan kewangan dan pelaburan setiap bulan

Ya. Sudah tentu anda boleh mendapat tips percuma dari blog saya dan beberapa blog berkaitan lagi di internet. Tetapi masih ramai yang tidak memberikan tips percuma di internet seperti saya.

Ada banyak lagi ilmu-ilmu pengurusan kewangan yang anda boleh dapat dengan membaca. Saya sendiri tidak mampu menulis semua topik, semua bab, dan menulis semua yang saya tahu dalam blog ini.

4. Saya mesti bina aset saya sendiri

Ramai yang saya lihat hari ini ada hobi tersendiri. Tetapi tidak ramai yang membina aset dari hobi tersebut. (Untuk anda yang baru membaca blog saya, aset yang saya maksudkan adalah sesuatu yang membuatkan poket anda kembung!)

Anda boleh menjual barang di Ebay. Anda boleh membina minisite jualan sendiri. Anda boleh menulis buku. Anda boleh menulis lirik lagu. Anda boleh mengajar how to breastfeed anak kepada bakal-bakal ibu. Anda boleh menjadi jurugambar. Anda boleh jual tudung Ekin. Anda boleh mulakan portfolio hartanah anda.  Anda boleh … (sila isikan tempat kosong sendiri)

Sekiranya anda sudah bina pada tahun lepas dan berjaya, ulang sahaja resipi kejayaan anda atau tambah satu lagi aset baru yang berlainan jenis. Selagi mana aset itu halal, buat sahaja.

Kalau sudah bermula, tetapi masih belum belum berjaya, jangan berputus asa.

5. Saya mesti gunakan produk kewangan yang halal

Baik akaun simpanan, akaun semasa, akaun pelaburan. Dan pelbagai akaun lagi termasuk kad kredit, sila lah berhijrah ke produk yang halal. Produk yang mempunyai pengesahan halal dari pihak mempunyai autoriti untuk membuat pengesahan tersebut.

Saya tidak mengatakan apabila anda guna produk kewangan halal sahaja, anda terus boleh jadi jutawan. Bukan begitu. Cuma ada beberapa kisah benar, dulu hidup mereka “sempit”. Bukan tidak berduit. Ada duit, bergaji besar. Tetapi masih tidak lapang pintu rezekinya. Hati sentiasa berkeluh kesah dan tidak tenang. Lalu satu hari dibukakan hati untuk berhijrah menggunakan produk kewangan Islam, dan lama kelamaan mereka tidak lagi berasa “sempit” dan gundah gulana, hati sudah menjadi tenang. Kalau dirasakan tidak cukup rezekinya, entah macam mana akhirnya tetap menjadi cukup.

Itu kerja Allah swt. Sebab dalam Islam ada konsep suci dan berkat.

Hm.. saya rasa saya perlu tambah lagi 2 tips. Tips yang istimewa.

+1. Saya wajib berhenti merokok

Harga rokok semakin mahal. Kalau gaji anda setiap tahun bertambah mahal juga tidak mengapa. Tetapi saya harap anda bukan tergolong dalam golongan yang mengutamakan kepuasan merokok dari kualiti hidup anak-anak dan keluarga.

Kadang-kadang saya berasa pelik, kenapa duit merokok boleh sentiasa ada setiap bulan tetapi untuk menyimpan ada sahaja alasannya.

+2. Saya mesti daftar haji tahun ini juga

Salah satu syarat haji mesti ada keupayaan. Antaranya keupayaan kewangan untuk pergi dan balik, juga untuk perbelanjaan tanggungan yang ditinggalkan di tanah air.

Saya fikir tidak kena kalau selama ini kita berfikir ingin tambah duit sahaja tetapi terlupa untuk bertindak bagi membolehkan naik haji. Banyak tempat di dunia ini kita sudah pergi, tetapi dengan sengaja kita melambatkan pula urusan haji sedangkan sudah mampu.

Daftar haji tahun ini bukan tahun depan boleh terus pergi. Silap haribulan, 10-15 tahun lagi baru anda dipanggil. Kalau sudah mampu, tapi masih belum daftar haji, sekali sudah ‘padam’ dulu… amacam?

Semoga saya dapat membantu anda untuk membina azam kewangan tahun 2010

Share
17 Comments »

Tags: , ,

Circle of Competence

Posted: June 28th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Motivasi, Pelaburan, Perniagaan | 10 Comments »

Warren Buffett berjaya dalam hidupnya sehingga menjadi fund manager paling kaya di atas planet ini adalah disebabkan dia sentiasa membuat keputusan pelaburannya berdasarkan circle of competence.

Circle of competence ini adalah ruang lingkup bidang yang kita mahir.

Kepada anda yang pernah hadir ke bengkel Cashflow 101 atau hadir dalam siri seminar lain yang saya kendalikan lainnya barangkali akan diberitahu pelbagai peluang pelaburan yang wujud di sekeliling anda.

Read the rest of this entry »

Share
10 Comments »

Tags: , , , , , , , , , ,

Bukan Kes Lambung Duit Syiling

Posted: May 20th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Game Cashflow, Motivasi, Perniagaan | 21 Comments »

John Doe kata:

There will always two sides of the same coin

Maka, Mamat akan tolong terjemahkan dari bahasa PPSMI ke :

Setiap duit syiling itu pasti ada dua sisi

Kalau anda duduk “ekor”, maka anda bukan “kepala”.

1. Orang pakai baju biasa-biasa jangan dipandang dia tu takde duit. Boleh jadi duitnya lebih banyak dari yang setiap Isnin-Jumaat pakai kemeja dan bertali leher. Ingat yang dok makan di KLCC, Ampang Park dan segitiga emas setiap tengah hari, dari hari Isnin-Jumaat di KL tu semuanya kaya-kaya ke ?

Saya pernah beratur di belakang cina apek selekeh, seluar katok, kasut berlumpur lagi. Tapi di setiap poket baju dan poket seluar dia semuanya duit RM 50 berkepuk-kepuk. Lebih 5 minit saya tunggu dia habiskan segala duit yang ada dalam setiap poket yang ada tu, untuk dimasukkan dalam CDM.

2. Saya ada la pernah jumpa beberapa orang, dok bising la kunun takde duit. Pokai. Kering. Bisnes tak baik. Semua lah.

Sekali … tu dia pergi beli rumah kedai.

Ada yang keluarkan duit sendiri top up duit company. Bukan ratus ringgit. Ratus ribu.

Ada yang tak kisah keluarkan lagi entah berapa juta entah pergi tambah outlet kedai.

Tapi masih bising kata dia tengah takde duit.

Aduyai.

Sebab tu dalam game Cashflow ada rat race dan fast track.

“There will always two sides of the same coin.”

Nak kepala ke ekor ?

Share
21 Comments »


Dunia Yang Tidak Adil ?

Posted: May 18th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Motivasi, Perniagaan | 20 Comments »

Dunia tak adil ?

Kenapa ada orang miskin dan kenapa ada orang kaya ?

Kenapa dia senang dapat kerja, aku susah nak dapat kerja ?

Kenapa itu kenapa ini …

Dan seterusnya.

Saya terbaca dalam satu buku …

An A student will become an employee in a business managed by B student and owned by C student.

Ok lah tu, dulu A type student kutuk C type student. C type student berbulu je tengok cikgu, pensyarah suka sangat dengan A type student.

Itu dulu …

Dunia tak adil ?

He He He.

Share
20 Comments »


Tazkirah Jumaat: Rezeki

Posted: April 10th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Me, Motivasi | 9 Comments »

Kalau bukan rezeki …

Lauk ayam panggang madu yang sudah hampir masuk ke mulut pun terjatuh ke atas lantai.

Kalau bukan rezeki …

Pasangan suami isteri yang sah berkahwin pun sampai ke akhirnya tidak ada zuriat.

Kalau bukan rezeki …

Read the rest of this entry »

Share
9 Comments »