Posted: March 16th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: KWSP | 17 Comments »
[update 17032008, 1230 pm]
Sekiranya saya mempunyai KWSP, saya akan membiarkan sahaja duit KWSP di situ sehingga lah ke hari persaraan.
(Saya tidak ada KWSP. Sebabnya mudah, saya bekerja sendiri. Full stop.)
Ramai orang keliru pasal KWSP. Ramai tak tahu apa ke nate KWSP nih. KWSP adalah retirement fund. Dana persaraan. Dana pencen.
Dana pencen adalah dana yang tidak melaburkan majoriti duit mereka dalam pasaran ekuiti, sebaliknya lebih menumpukan dalam pasaran hutang (bon).
Sudah tentu ia berbeza dengan dana-dana yang menumpukan lebih 60% risk exposurenya dalam pasaran ekuiti.
Majoriti hanya melihat jumlah return. Tanpa melihat objektif dana itu sendiri. Dah tu buat perbandingan dengan dana-dana ekuiti.
Don’t make me write in PPSMI language please, most of you won’t understand many technical financial jargon. Tulis dalam bahasa bukan PPSMI pun ramai komen tak faham.
(Saya tak kisah pun KWSP nak bagi sikit ke banyak ke, tapi saya jumpa ramai orang mengejar “return” duit KWSP melalui 3rd party investment TANPA memahami risiko yang wujud. I’m very sorry to hear that.)
Soalan Ujian Bukan dalam PPSMI
1. ASB itu dana jenis apa ?
2. Sekiranya anda berpegang kepada pendapat ASB itu haram, apakah jenis dana saham amanah yang patut anda beli untuk mengalihkan duit anda dari dalam ASB ?
[Post asal]
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen bagi 2008 sebanyak
4.5%
Dividen ini adalah lebih rendah dari tahun 2007, iaitu 5.8%
Dividen tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun pencarum pada 23 Mac 2009.
Share
17 Comments »
Tags: dividen, epf, KWSP
Posted: November 7th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, KWSP, Semasa | 15 Comments »
Selepas Najib umumkan pakej rangsangan ekonomi, awek cun bertanya menerusi YM:
“Kenapa tak umum pengurangan kadar cukai ke? Kenapa buat opsyen KWSP boleh jadi 8% pulak?”
Saya pun menjawab tanpa berfikir panjang:
“Entah. Kalau potong cukai nanti kerajaan hilang la sumber duit kot.”
Dan saya fikir mulanya, semua akan terus mencarum 11% dan sesiapa yang perlukan duit tambahan sahaja pilih untuk kurangkan caruman menjadi 8%.
Rupanya tidak.
Malam tadi semasa menonton Buletin Utama, pembaca pemberita menyebut, “Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menerima manfaat daripada pengurangan caruman bulanan pekerja sebanyak tiga peratus, dari kadar berkanun 11 peratus kepada 8 peratus, berkuatkuasa mulai gaji Januari 2009 untuk tempoh dua tahun.”
Maksudnya, caruman anda sebenarnya secara automatik dikurangkan menjadi 8 % dan bukannya anda memilih untuk mengurangkan caruman menjadi 8%.
Siapa yang mahu mengekalkan kadar 11% sahaja yang perlu isi Borang KWSP 17A (AHL).
Hebat lah Menteri Kewangan kita yang baru ni.
Senyap-senyap dia ambik balik duit KWSP anda setelah berjaya mengambilnya kali pertama melalui ValueCap Sdn Bhd.
Adakah pengurangan 3% itu tax exempted ? Saya tidak fikir begitu.
Beritahu kepada saya dan para pembaca lain jika anda tahu, pengurangan 3% ini mendapat pengecualian cukai dari kerajaan.
Share
15 Comments »
Posted: October 21st, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, KWSP, Pelaburan, Saham, Semasa, Sub Prima | 38 Comments »
KWSP pada awalnya menafikan keterlibatan pihak KWSP terhadap urusan Valuecap Sdn Bhd dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Dr Roslan A Ghaffar.
Kemudian, Najib Tun Razak, selaku Menteri Kewangan 1 menyatakan Valuecap Sdn Bhd, syarikat pengurus dana milik kerajaan, hanya meminjam RM 5 bilion dari KWSP, yakni duit pinjaman hari tua anda.
Najib kata, dia Valuecap ingin menggunakan duit pinjaman tersebut untuk membeli saham-saham yang dibawah nilai (undervalue).
Valuecap telah ditubuhkan sejak 5 tahun lepas untuk tujuan itu.
Manakala, Timbalan Menteri Kewangan 2, Nor Mohamaed Yackop menyebut, KWSP akan membuat untung dari pinjaman tersebut. Menurutnya lagi, “Valuecap has done well.”
Read the rest of this entry »
Share
38 Comments »
Posted: January 23rd, 2008 | Author: pakdi | Filed under: KWSP | 4 Comments »
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.8% untuk tahun 2007 berbanding 5.15% pada tahun 2006.
Untuk rekod, dividen KWSP yang lepas adalah:
2001: 5%
2002: 4.25%
2003: 4.5%
2004: 4.75
2005: 5%
Sehingga artikel ini ditulis, KWSP atau EPF menguruskan dana bernilai RM 312 bilion dan sebanyak 5.8 bil (USD 1.8 bil) dilaburkan untuk pasaran luar negara.
Share
4 Comments »
Recent Comments