Rumah Leasehold vs Rumah Freehold

Posted: February 4th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 16 Comments »

Ada soalan dari emel untuk dibincangkan oleh sekalian pembaca yang budiman. Mungkin para pembaca lain ada pandangan tersendiri. Saya dan awek cun belum banyak beli rumah lagi, dan pembelian-pembelian kami setakat ini hanya melibatkan status freehold sahaja.

Soalan ini juga ada beberapa orang sudah tanya kepada saya. Memang saya jawab freehold. Tapi lain orang lain pengalamannya. Jadi saya buka kepada sekalian pembaca yang budiman memberikan pandangan, lebih-lebih lagi yang ada pengalaman dalam kedua-duanya.

Soalan tersebut berbunyi:

Apa pendapat Pakdi tentang rumah leasehold? First impression saya: tak untung beli rumah leasehold sebab ia takkan jadi milik kita tapi milik kerajaan. Sekarang saya ada peluang utk beli rumah flat leasehold dgn harga yg ditawarkan jauh lebih murah dr market value. Lokasi pun dikira strategik. Mungkinkah saya boleh consider utk beli sekiranya ia boleh generate positive cash flow? Saya cuma rasa sedikit pesimis sebab tenure ‘leasehold’.

Semoga kalian boleh membincangkannya dengan baik untuk manfaat semua.

Share
16 Comments »

Tags: , , , , , ,

Tanya Pakdi 4

Posted: November 13th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 10 Comments »

Soalan dari pembaca yang budiman:

Pakdi,

Saya nak beli rumah RM 148k. Cadang saya nak beli rumah guna 100% loan bank. Buat masa ini saya bujang lagi so cadang nak sewakan jer…

Kalau saya jual rumah ni lain kali, ada untung tak ?

Contoh saya jual 170k lepas setahun, kalau tolak loan bank saya yang RM 148k tu saya masih ada untung tak ?

Soalan saya kepada saudara penyoal:

1. Bagaimana saudara pasti rumah tersebut boleh djual dengan harga RM 170k selepas satu tahun?

Sekiranya saudara hanya rasa-rasa, hanya agak-agak boleh jual dengan harga tersebut maka saya berpendapat saudara tidak seharusnya membeli rumah tersebut.

Membuat spekulasi harga rumah tersebut boleh naik sehingga RM 170k selepas setahun adalah satu tindakan yang tidak tepat.

Barangkali ada pembaca budiman lain yang mahu berkongsi pandangan dan pengalaman di sini, sila komen di ruang komen yang disediakan.

Share
10 Comments »


No Deal

Posted: November 11th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 3 Comments »

Dalam tempoh kira-kira 2 bulan ini, inilah kisahnya …

Kes # 1

Harga jualan apartment terlalu tinggi. Lebih RM 10,000 dari harga pasaran.  Tak mau nego langsung. Selidik punya selidik, ejen tidak boleh dipercayai.

Kes # 2

Booking fee sudah disediakan. Kondominium dijual below market price. Tapi entah macam mana, ada ejen lain sudah masuk line dulu beberapa jam / minit sebelum itu. Apa nak buat? Itu namanya bukan rezeki. Nak tumbuk ejen tu pun bukan boleh selesai masalah.

Kes # 3

Sekali imbas, kawasan nampak macam ok. Macam aje. Bila tengok lokasi, rasanya kalau dapat sewa cecah RM 600 pun bersyukur sangat. Haha… Takpelah, tengok balik lepas 2 tahun macam mana.

Projek hartanah sambung tahun depan. Tengok sama ada cukai hartanah dalam belanjawan tu akan beri kesan atau tidak.

Share
3 Comments »


Cukai Keuntungan Penjualan Hartanah

Posted: October 26th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Semasa | 19 Comments »

Pada 1 April 2007, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemansuhan cukai Real Property Gains Tax (RPGT).

Manakala Belanjawan 2010 menyaksikan bermula 1 Januari 2010, keuntungan bagi setiap pelupusan / penjualan hartanah akan dikenakan cukai 5% melainkan tujuan pemberian hadiah di kalangan keluarga tertentu.

Pelepasan cukai akan diberikan sekali sepanjang hayat.

Adakah harga hartanah tidak lagi terlalu melonjak selepas ini ?

Ini adalah berita tidak berapa baik untuk properties flipper.

Share
19 Comments »

Tags: , , ,

Harga Rumah

Posted: August 1st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 21 Comments »

Saya fikir, harga hartanah di Lembah Kelang dan kawasan sekitarnya seperti sudah overpriced.

Apakah pandangan anda pula mengenai harga hartanah semasa ?

Share
21 Comments »

Tags: , , , , , , , , , ,

Lokasi Pelaburan Hartanah Terbaik

Posted: April 17th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 19 Comments »

Orang kata, kalau nak beli rumah untuk pelaburan, yang paling penting adalah…

LOKASI

Betul. Betul. Betul.

Tapi tidak spesifik. Let me tell you one another keyword …

JOB MARKET

Cari hartanah yang berada di kawasan yang berhampiran (tidak lebih 30km pergi balik) dengan pasaran kerja. Yang bukan setakat menawarkan 100, atau 1000 kerja, tetapi di situlah puluhan ribu manusia keluar masuk setiap hari. Lagi banyak manusia lagi bagus.

(Of course la manusia, hantu ada di tempat mengundi sahaja)

Jadi, dari situ anda boleh spesifikkan sasaran…

SIAPA

… yang patut menjadi penyewa rumah anda.

Share
19 Comments »

Tags: ,

Apabila Undang-Undang Berubah …

Posted: February 16th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Hartanah, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Saham, Semasa, Sub Prima | 7 Comments »

Nak join bisnes, melabur, kena faham sedikit sebanyak undang-undang. Paling tidak undang-undang berkaitan dengan bidang anda.

Sebabnya, apabila undang-undang berubah, cara kita buat bisnes dan melabur pun sudah berubah.

Contoh mudah, tanah leasehold. Kalau baca buku pelaburan hartanah yang tidak Malaysia centric, mana ada diorang akan bagitau apa mau buat, apa yang boleh dibuat dengan hartanah leasehold.

Nak contoh lagi … ni Malaysia ada DEB. Sikit-sikit mesti bumiputera. Sebab itulah syarikat orang Cina, India ambil pekerja bumiputera, ambil partner bumiputera. Kalau mahu lebih untung, diorang cari kontraktor Ali Baba. Terpaksa maa. Mau hidup la dey tambi.

Jadi,  kalau DEB dihapuskan anda fikir anda akan dapat jadi partner, bekerja dengan mereka mudah-mudah ?

Ingat, apabila undang-undang berubah, you have to change your game play.

Read the rest of this entry »

Share
7 Comments »