Posted: March 7th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 20 Comments »
Entri sebenarnya adalah seperti berita di bawah, peduli apa dengan tindakan golongan ‘firaun kecil’ memecat Zulkifli Noordin, rakyat kena GST dan cukai-cukai lain juga akhirnya sebab para politikus yang ada bukan fikir pasal bread and butter kita pun.

Apa kejadahnya tiba-tiba Tok Jib menghapuskan duti golf buggies?
Berapa ramai rakyat 1Malaysia yang bakal mendapat manfaat dari penghapusan duit sebegini?
Kenapa bukan duti kereta import sahaja yang dihapuskan atau barangan pengguna lain yang barangkali lebih murah kalau cukai dihapuskan?

Siapa nak pergi jalan-jalan dengan golf buggies?
Share
20 Comments »
Tags: firaun kecil, zul nordin kena pecat, zulkifli nordin mp kulim bandar baharu
Posted: March 4th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi | 5 Comments »
Selepas pengumuman BNM ini, kalian perlu ambil tahu juga perubahan kadar BFR / BLR yang dikenakan oleh pihak bank pula.

Share
5 Comments »
Tags: kadar dasar semalaman
Posted: December 20th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 9 Comments »
Beberapa hari lagi, kerajaan (persekutuan) akan mula mengurangkan pegangan saham dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaaan (GLC)
Menurut Menteri, kewangan kerajaan sekarang kurang cair.
IPOH: Semua saham milik kerajaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dikurangkan mulai tahun depan bagi menambah kecairan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, langkah tersebut membabitkan 17 GLC di bawah Kementerian Kewangan dan adalah antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang sebanyak lima peratus pada 2010.
“Syer kerajaan dalam GLC akan ditawarkan di Bursa Malaysia untuk dimiliki oleh syarikat swasta.
“Ia adalah inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kecairan,” katanya selepas perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah Veteran anjuran Majlis Bandaraya Ipoh di sini, hari ini. (Berita Harian)
Nampaknya, kerajaan sekarang macam tengah sengkek sebab asetnya banyak yang beku. Jadi, bila sudah cair, pelbagai masalah boleh diatasi dan paling utama, ekonomi akan berkembang 5%.
Oh, begitu rupanya.
Kalau saya sekarang ada wang tunai RM 50k, lalu untuk cukupkan perbelanjaan RM 100k tahun ini, saya akan menjual satu aset hartanah saya bernilai RM 100k. Sekarang saya sudah ada 150k dalam poket. Yea.. sekarang saya dah pandai mengembangkan ekonomi diri saya sendiri.
Hi hi hi.
Kalau semua aset sudah habis dijual, nak buat apa lagi ye?
Share
9 Comments »
Tags: GLC, Saham
Posted: December 8th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: CPO, Ekonomi, Pasaran Hadapan, Sub Prima | 7 Comments »
Derivatif. Derivatives. Pasaran derivatif. Derivatives market.
Antaranya adalah pasaran hadapan (futures market). Pasaran opsyen (options market). Warrant. Forward. Swap. Dan macam-macam lagi.
Tempoyak adalah derivatif durian. Kaya (sapuan roti) adalah derivatif kelapa.
Jus anggur adalah derivatif anggur. Arak adalah derivatif kepada derivatif anggur (jus anggur).
Lard adalah derivatif babi.
Warren Buffett sebut, “Derivatives is a weapon of mass destruction.”
Secara umumnya, derivatif tidak ada masalah. Hukumnya harus.
Cuma dalam beberapa keadaan, derivatif akan menjadi masalah. Hukumnya boleh bertukar menjadi haram.
Macam contoh tempoyak, kaya, jus anggur, arak dan lard di atas.
Dulu duit adalah derivatif emas dan perak atau apa-apa komoditi yang berharga.
Hari ini duit adalah derivatif kepada hutang.
FBM KLCI Futures adalah derivatif FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index.
CPO Futures adalah derivatif crude palm oil cash market.
Sub prima adalah hasil krisis pasaran derivatif atas derivatif atas derivatif atas derivatif atas derivatif …
Krisis sukuk Nakheel di Dubai – krisis hutang Dubai – juga hasil derivatif.
Sekian dimaklumkan.
Share
7 Comments »
Tags: apa itu derivatif, apa itu derivatives, FBM KLCI, fcpo, fkli
Posted: November 30th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 23 Comments »
Selain dari inflasi, cukai adalah punca utama kita semua “hilang” duit.
Belanjawan 2010 antara cukai yang dikenakan adalah cukai kad kredit dan cukai penjualan hartanah. Dan tidak lama lagi goods and services tax (GST) akan menemui anda.
The GST would replace the existing taxes on sales and services and would not put pressure on prices, he said, adding that to ease the burden on consumers, staple foods such as rice, sugar, cooking oil and flour will be exempted.
He He He …
Husni said the government was expected to earn 1.0 billion ringgit (294 million dollars) in the first year of the GST implementation.
Yea… Itulah matlamat sebenarnya.
Malaysia plans 4.0 pct GST in 2011: minister
(AFP)
KUALA LUMPUR — Malaysia plans to introduce a 4.0 percent goods and services tax (GST) in 2011, replacing current sales and services tax in a bid to diversify national revenues, a minister said Thursday.
The government had previously proposed to introduce a GST from the beginning of 2007 but the plan was deferred due to widespread opposition.
“We are replacing the current sales and services tax, which is currently between five and 10 percent,” Second Finance Minister Husni Ahmad Hanadzlah said according to state news agency Bernama.
He said the tax legislation will be submitted in parliament in the current session which ends mid-December. A second reading will be in March next year and implementation would take place 18 months later, he said.
The government has said the changes would provide a more comprehensive, transparent and simple tax model.
“The revenue source must be sustainable. If we can secure a sustainable revenue, we can get a good budget,” he said.
Husni said the government was expected to earn 1.0 billion ringgit (294 million dollars) in the first year of the GST implementation.
The GST would replace the existing taxes on sales and services and would not put pressure on prices, he said, adding that to ease the burden on consumers, staple foods such as rice, sugar, cooking oil and flour will be exempted.
The plan drew immediate criticism from opposition lawmakers who said it will cause living costs to spike.
Charles Santiago from the Democratic Action Party (DAP) which is a member of the Pakatan Rakyat opposition alliance said the government needed to release more details about the shake-up.
“There is a sense of caution because it could have an impact on the lower and middle classes, particularly in food, health care and clothing,” he told AFP.
Opposition legislator D. Jeyakumar from the Socialist Party warned that “the GST percentage will start low but will increase over the years.”
“It is definitely a bad move. The government is attempting to shift the taxes from the rich to the ordinary people,” he said.
Share
23 Comments »
Tags: cukai, GST, tax
Posted: November 30th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi | 15 Comments »
Duit adalah satu subjek yang mengelirukan. Mungkin.
Satu:
Adakah ada berlaku supply-demand yang melampau menyebabkan teh tarik segelas dari 60 sen boleh menjadi RM 1 ?
Adakah supply teh tarik sangat kurang menyebabkan harga melonjak menjadi RM 1 segelas ?
Dua:
RM 50 kalau dibelanjakan di pusat membeli belah membeli belah dirasakan terlalu kecil.
RM 50 kalau didermakan pula dirasakan terlalu besar.
Tiga:
Kalau anda membeli Mercedes, anda sanggup mengeluarkan lagi lebih RM 10,000 lagi untuk full leather seat.
Tapi kalau anda membeli Kancil, anda rasa membelanjakan lagi RM 10,000 untuk full leather seat adalah sesuatu yang gila.
Share
15 Comments »
Posted: November 4th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 14 Comments »
Saya fikir cadangan Kementerian Kerja Raya untuk mencuba konsep bekerja dari rumah adalah satu langkah yang bijak dan inovatif. Ini lah antara “kemudahan” bukan kewangan tetapi boleh mempunyai kesan “kewangan” dan kesan sosial lain ke arah yang lebih baik. Apatah lagi dengan wujudnya pelbagai teknologi yang boleh dimanfaatkan. (Buat apa la ada Blackberry dan laptop kalau masih “dipaksa” masuk pejabat hanya untuk menyiapkan dokumen ?)
Jimat duit tol. Jimat duit minyak. Tiada stress trafik jem. Seterusnya pergi ke pejabat bila perlu sahaja.
Read the rest of this entry »
Share
14 Comments »
Recent Comments