Posted: November 14th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Cari Duit, Perancangan Kewangan, Skim Cepat Kaya | 9 Comments »
Laporan dari Utusan:

80% mangsa adalah professional lelaki. Ini fakta yang mengejutkan.
Bukan kes orang tak lulus SPM yang kena tipu.
Semoga kalian mengambil pengajaran.
Siaran Ulangan: Orang Bijak Pandai pun Tertipu
Share
9 Comments »
Tags: Albert Lee Kee Sien, Amir Hassan, pelabur, SC, swisscash
Posted: November 26th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, CPO, Cari Duit, Hartanah, Pasaran Hadapan, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Semasa, Sub Prima | 14 Comments »
Sesi menjawab soalan yang masuk ke kantung emel …
1. Elok ke beli unit trust sekarang ? Market dah jatuh ni.
Soalan ini terlalu umum untuk saya jawab. Di pasaran, ada pelbagai jenis unit trust yang dijual. Soalan perlu diberikan dengan lebih spesifik.
2. Elok ke invest dalam property sekarang ?
Soalan ini juga terlalu umum untuk saya jawab. Saya juga tidak tahu tujuan investment anda. Untuk mengambil untung dari sewa atau untung dari spekulasi harga rumah.
3. Forex halal ke ?
Saya tidak pernah memberikan fatwa forex itu halal atau haram. Siapa lah saya nak bagi fatwa ni ?
Cuma saya pernah tulis pasal isu leverage secara umum , biar anda faham dulu apa itu leverage dan pasal forex suruh anda baca satu artikel yang ditulis di sini.
Cumanya kalau anda dah ada rasa ragu-ragu, duit banyak tapi taktau nak invest kat mana, meh belajar pasal Pasaran Hadapan.
4. Kenapa insurans rugi dalam krisis subprima ? Bukan bank je ke patutnya ?
Syarikat insurans sebenarnya melaburkan duit premium anda. Dan selalunya syarikat insurans melabur dalam instrumen kewangan yang dikategorikan sebagai “low risk” berbanding syarikat saham amanah yang lebih banyak menumpukan kepada pasaran saham.
Krisis sub prima berlaku sebab ada masalah dalam pasaran bon sub prime mortgage di US. Bon ini adalah salah satu jenis instrumen kewangan yang selalu dikatakan “low risk”.
Apabila pasaran bon ini bermasalah, maka mana-mana syarikat insurans yang ada pegangan dalam pasaran ini akan turut bermasalah.
Sebab itulah ada syarikat insurans di US, dana-dana pencen di US yang selalu menyebut perihal “low risk investment” ini turut rugi besar dalam krisis subprima selain bank pelaburan.
Siapa kata low risk itu takde risiko rugi haa ?
5. Macam mana nak ada RM 50,000 dalam masa 4,5 bulan eh ?
Macam mana encik nak bawak kapal terbang ?
Adakah encik sekadar bertanya kepada pilot atau encik masuk ke sekolah penerbangan dan encik ambil masa belajar beberapa tahun dahulu sampai pandai bawak kapal terbang ?
Proses nak ada duit sebanyak itu juga adalah sama.
Share
14 Comments »
Posted: August 9th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Blog, Cari Duit, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 10 Comments »
Ini adalah siri akhir. Sila baca siri # 1 dan siri # 2 untuk mendapatkan tips yang telah diberikan.
Web / blog adalah real estate jenis baru. Dulu nak buat bisnes, mesti perlukan kedai. Sekarang, ada website jualan pun anda dah boleh dapat banyak untung lo. Tak perlu sewa kedai mahal-mahal.
Tapi seperti pelaburan yang lain, setiap satu jenis pelaburan ada skill tersendiri. Begitu juga dengan pelaburan web / blog. Ada perlu belajar dan tahu ilmu-ilmu tertentu. Malah, ilmu hitam pun ada dalam dunia web / blog ni. Ho Ho Ho …
Read the rest of this entry »
Share
10 Comments »
Posted: August 8th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Blog, Cari Duit, Pelaburan, Perancangan Kewangan | No Comments »
Psst… jangan lupa baca Cara # 1: Pelaburan web / blog untuk disewa.
Cara # 2 : Pelaburan web / blog untuk dijual kembali (flipping)
Ada orang kerjanya beli rumah banyak-banyak lepas tu dia jual balik rumah tu.
Rumah yang dibeli dengan harga RM 100,000 dijual kembali dengan RM 125,000. Dapat untung RM 25,000. Itu biasa. Er yang kena jual RM 68,000 pun ada. Itu pun lagi biasa.
Saham yang dibeli pada harga RM 1.00 dan dijual kembali dengan harga RM 1.20 pun biasa. Malah, beli pada RM 1.00 dan tidak jual sampai bila-bila pun adalah terlebih biasa (short term investor menjadi long term investor)
Read the rest of this entry »
Share
No Comments »
Posted: August 7th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Blog, Cari Duit, Motivasi, Nuffnang, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 9 Comments »
Barangkali selama ini anda banyak diajar mengenai pelaburan hartanah dan pelaburan saham sahaja dalam buku-buku perancangan kewangan. Saya tidak salahkan anda, sebab kebanyakan penulis-penulis buku tersebut bukan dari generasi yang celik-celik, sudah ada modem, internet dan laptop.
Tapi kini zaman sudah berubah. Anda diberi satu lagi peluang baru. Anda kini dihidangkan dengan satu lagi bentuk pelaburan yang menguntungkan. Satu bentuk pelaburan yang perlu anda fikir dengan baik untuk anda menambahnya di dalam portfolio pelaburan anda, selain pelaburan hartanah dan pelaburan saham.
Pelaburan yang dimaksudkan adalah pelaburan web / blog.
Read the rest of this entry »
Share
9 Comments »
Posted: June 24th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Blog, Cari Duit, Nuffnang | 7 Comments »
Apakah cara-cara yang anda tahu untuk buat duit dengan blog?
Barangkali anda telah buat duit dengan blog dan barangkali tidak. Dan sekiranya anda belum, saya akan kongsi bagaimana anda boleh buat duit dengan blog anda.
Wow! Best tak?
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa orang yang bertanyakan macam mana blog boleh buat duit. Dan ada yang spesifik bertanyakan mengenai Nuffnang.
Read the rest of this entry »
Share
7 Comments »
Posted: January 30th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Cari Duit, Motivasi | 7 Comments »
Saya selalu dengar:
“Buat apa la kau cari duit banyak-banyak ni. Halal haram belum tentu. Yang penting, akhirat nanti. Bukan dunia ni.”
Pada masa yang sama juga saya sering dengar:
“Alahai kesian dekat polan bin polan. Nak membantu duit tak cukup.”
Juga saya sering dengar:
“Aku dengar dia nak berniaga loan tak lulus. Bumiputera nak berniaga pun tak mau tolong ke?”
Pun adakalanya terdengar:
“Kaum lain tu tak dapat biasiswa kerajaan pun boleh pergi oversea. Masuk universiti swasta. Diorang semua kaya-kaya. Kita ni apa yang ada. PTPTN ada riba’ pula.”
Awal-awal cakap tak pentingkan harta dunia ni. Tapi pada masa yang sama juga berasa kesal, merungut dan menyalahkan orang lain disebabkan urusan dunia.
Anda bagaimana?
Iklan: Perunding Wasiat dikehendaki
Share
7 Comments »
Recent Comments