Posted: July 19th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, Me, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 12 Comments »
Beberapa tahun lepas, saya pernah menjadi ejen saham amanah. Tapi saya tidak bertahan lama menjadi ejen. Saya tidak fikir saya sesuai menjadi ejen dengan keadaan industri yang tidak begitu memihak kepada anda, pelanggan.
Sejurus selepas menjual, saya mendapat komisyen setinggi 3% sedangkan para pelanggan saya belum tentu dapat untung.
Ya, ia sangat baik untuk saya tetapi tidak baik untuk anda, pelanggan.
Saya fikir sesuatu yang sekiranya saya membuat “projection” keuntungan 10%, maka selepas anda, pelanggan mendapat 10% baru lah saya mendapat upah saya.
Dan sudah tentu, keadaan industri sekarang tidak membenarkan ejen to be paid based on investment performance.
Jadi, anda perlu tahu perbezaan salespeople dan so-called-consultant atau advisor atau planner.
Baca: Some Dirty Tricks By (Unscrupulous) Financial Planners
Share
12 Comments »
Posted: February 26th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, Pasaran Hadapan, Pelaburan, Saham | 10 Comments »
Saya ada sebut perihal Mr Market secara langsung dan tidak langsung dalam banyak-banyak post berkaitan pelaburan pasaran saham.
Sama ada anda melabur di pasaran hadapan, bursa saham mahupun saham amanah anda perlu tahu siapakah gerangannya Mr Market. Kerana anda sentiasa merujuk kepada Mr Market apabila anda menyebut tentang untung rugi, pelaburan long term mahupun pelaburan short term.
Hensem kah dia ?
Garangkah dia ?
Bodohkah dia ?
Dan seterusnya.
He is your friend and also your foe.
Read the rest of this entry »
Share
10 Comments »
Posted: January 16th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, Blog, Me, Pasaran Hadapan, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 40 Comments »
Adik-adik.
Jangan search soalan bocor PMR, SPM di internet. Tak baik.
Gagal dalam PMR, SPM bukan bermaksud gagal seumur hidup.
Sebenarnya ini adalah sesi menjawab soalan-soalan yang masuk ke dalam kantung emel. Bukan tips mendapatkan soalan bocor PMR, SPM 2009.
Soalan # 1 Saya ada melabur dalam Public Mutual skim Public Islamic Optimal Growth Fund. Mengikut perkiraan Pakdi, perlukah saya mengekalkan pelaburan berdasarkan situasi ekonomi sekarang?
- Saya patut dapat komisyen sebab jadi konsultan tidak rasmi anda.
- Saya tidak tahu sebab saya tidak mengikuti perkembangan dana tersebut. Saya tidak tahu satu benda pun pasal dana tersebut. Jadi saya tidak dapat memberikan pendapat yang baik dalam hal ini. Maaf ya.
- Pecat konsultan anda sebab menyediakan maklumat-maklumat pelaburan sebegitu adalah salah satu tugas mereka.
Soalan # 2 I want to know if i’d like to open an account at ar-rajhi bank,is there any payment that i have to made in order to open a new account?
Dear reader, I’m not working with al-Rajhi Bank Malaysia.
Soalan # 3 Boleh tak saya linkkan blog Pakdi dengan blog saya ?
Boleh. Pakdi.my blog bahasa Melayu dan Pakdi.net blog bahasa Inggeris.
Soalan # 4 Boleh saya letak artikel Pakdi dalam blog saya ?
Boleh. Tapi jangan lupa letak kredit seperti, dipetik dari blog Pakdi.my
Soalan # 5 Saya berminat nak tahu pasal FCPO, FKLI. Mana boleh tahu ye ?
Soalan # 6 Makwe saya lifestyle dia tinggi. Saya keluarga biasa tak macam dia. Tapi dah suka sama suka. Jadi macam mana untuk saya double a penny in the safest way, with regards to your expertise in this particular investment field, without having to lose the lady as one of the options?
Mazhab Syafie sangat menekankan pasal sekufu dalam mencari jodoh . Sekufu dari sudut harta benda dan latar belakang keluarga juga adalah salah satu daripadanya. Bersolat istikharah lah sebab nak jadi suami isteri ni adalah perkongsian sepanjang hayat. Jangan lihat suka sama suka dulu. (Aduh. Bila masa saya ni jadi konsultan perkahwinan ni ?)
Dan dalam pelaburan, semua ada risiko. Kalau tidak pandai kawal risiko, anda akan rugi. Kalau pandai kawal risiko, anda akan buat duit.
- Anda sudah pergi ke kelas-kelas pengurusan kewangan dan pelaburan belum ?
- Anda sudah mula menyimpan 1/3 dari pendapatan bulanan ?
Kena rancang dengan baik. Dan dalam perjalanan pelaburan anda, anda akan mengalami kerugian juga sedikit sebanyak tetapi dengan pengetahuan dan persediaan yang baik, kerugian itu boleh dikurangkan.
Soalan # 7 Saya ingin bertanya, apa pendapat Pakdi mengenai ETC crude oil atau natural gas? Apakah hukumnya? Bagaimana pula dengan ETC yang leveraged? Apakah pula hukumnya?
Saya ini bukanlah seorang muslim scholar sehingga boleh memberikan fatwa. Maaf. Saya tidak mampu nak jawab soalan tersebut.
Ya. Kepada yang ingin bertanyakan apa-apa sila sahaja gunakan borang ini. Tetapi awas, saya bukan pakar dan saya tidak tahu semua benda dalam dunia ini.
Share
40 Comments »
Tags: public mutual
Posted: November 26th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, CPO, Cari Duit, Hartanah, Pasaran Hadapan, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Semasa, Sub Prima | 14 Comments »
Sesi menjawab soalan yang masuk ke kantung emel …
1. Elok ke beli unit trust sekarang ? Market dah jatuh ni.
Soalan ini terlalu umum untuk saya jawab. Di pasaran, ada pelbagai jenis unit trust yang dijual. Soalan perlu diberikan dengan lebih spesifik.
2. Elok ke invest dalam property sekarang ?
Soalan ini juga terlalu umum untuk saya jawab. Saya juga tidak tahu tujuan investment anda. Untuk mengambil untung dari sewa atau untung dari spekulasi harga rumah.
3. Forex halal ke ?
Saya tidak pernah memberikan fatwa forex itu halal atau haram. Siapa lah saya nak bagi fatwa ni ?
Cuma saya pernah tulis pasal isu leverage secara umum , biar anda faham dulu apa itu leverage dan pasal forex suruh anda baca satu artikel yang ditulis di sini.
Cumanya kalau anda dah ada rasa ragu-ragu, duit banyak tapi taktau nak invest kat mana, meh belajar pasal Pasaran Hadapan.
4. Kenapa insurans rugi dalam krisis subprima ? Bukan bank je ke patutnya ?
Syarikat insurans sebenarnya melaburkan duit premium anda. Dan selalunya syarikat insurans melabur dalam instrumen kewangan yang dikategorikan sebagai “low risk” berbanding syarikat saham amanah yang lebih banyak menumpukan kepada pasaran saham.
Krisis sub prima berlaku sebab ada masalah dalam pasaran bon sub prime mortgage di US. Bon ini adalah salah satu jenis instrumen kewangan yang selalu dikatakan “low risk”.
Apabila pasaran bon ini bermasalah, maka mana-mana syarikat insurans yang ada pegangan dalam pasaran ini akan turut bermasalah.
Sebab itulah ada syarikat insurans di US, dana-dana pencen di US yang selalu menyebut perihal “low risk investment” ini turut rugi besar dalam krisis subprima selain bank pelaburan.
Siapa kata low risk itu takde risiko rugi haa ?
5. Macam mana nak ada RM 50,000 dalam masa 4,5 bulan eh ?
Macam mana encik nak bawak kapal terbang ?
Adakah encik sekadar bertanya kepada pilot atau encik masuk ke sekolah penerbangan dan encik ambil masa belajar beberapa tahun dahulu sampai pandai bawak kapal terbang ?
Proses nak ada duit sebanyak itu juga adalah sama.
Share
14 Comments »
Posted: October 17th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, Ekonomi, Hartanah, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Saham | 8 Comments »
Saya ada menerima emel dari saudara Mior bertanyakan mengenai perkara-perkara ini:
1) Rule of 72
Ia adalah satu pengiraan mudah untuk menganggarkan betapa cepat duit atau hutang anda boleh berganda.
Posting berkaitan rule 72 di
a. Bagaimana Anda Boleh Dapat Pulangan Pelaburan Sehingga 675%?
b. Investing: Rule of 72
2) Ringgit Cost Averaging
Ia juga dikenali sebagai Dollar Cost Averaging (DCA). Banyak dipopularkan oleh konsultan saham amanah untuk membolehkan anda membeli unit saham amanah secara konsisten setiap bulan tanpa mengira turun naik harga unit saham amanah tersebut.
Bulan Januari : RM 500 @ 0.50
Bulan Februari : RM 500 @ 0.60
Bulan Mac : RM 500 @ RM 0.57
Justeru, secara purata anda membeli pada harga 0.556
Ia boleh digunakan untuk pembelian saham secara langsung di bursa Malaysia juga. Harus diingatkan, DCA tidak menjamin pulangan pelaburan anda. Tetapi ia menjamin komisyen ejen anda.
3) Adakah Fundamental Investor dan Technical Investor hanya untuk investment saham?
Post: Fundamental Investor vs Technical Investor
Selain pasaran saham, ia boleh digunakan dalam pasaran stock index futures, commodities, bond, derivatives, dan juga forex.
Konsep fundamental investing seperti buy on discount, boleh diaplikasikan dalam pelaburan hartanah.
4) Apa dia BLR?
Jawapan sudah diberikan dalam perkara 9 dalam post Tanya Pakdi
5) Bond Fund
Sejenis dana saham amanah yang memilih untuk melabur dalam pasaran bond. Bond market secara umumnya adalah pasaran hutang. Dalam sistem kewangan Islam ia disebut sebagai sukuk.
Sila rujuk perkara 3 dalam post Jenis-jenis saham amanah.
6) Bull market
Pasaran menaik. Juga disebut sebagai bull run. Dalam keadaan luar biasa sikit, dipanggil super bull run. Ia berlaku apabila pelabur bersikap optimis terhadap pasaran. Mereka berpendapat secara beramai-ramai yang pasaran saham contohnya akan mengalami kenaikan. Bull in a herd. Maka ramai akan memasuki pasaran. Herd mentality harus dielakkan oleh anda untuk menjadi pelabur yang baik.
Lawan bull market adalah bear market. Selain bull dan bear market adalah sideways market.
Anda juga boleh bertanya apa-apa soalan berkaitan dengan menggunakan borang ini. (Er, tak perlu tanya saya sokong pasukan EPL mana, saya penyokong Liverpool. YNWA!)
Share
8 Comments »
Posted: September 16th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 17 Comments »
Abang A : Eh, sekarang ni dah ok dah beli unit trust?
Pakdi : Kau ni … market tengah jatuh la.
Abang A : Orang kata, waktu ni lah tengah ok nak masuk. Saham kan tengah jatuh.
Pakdi : Memanglah beli harga dah jatuh ok je, tapi bukan masa tengah jatuh menjunam-junam.
Abang B : Macam bola. Kau kena tunggu bola tu jatuh atas lantai, dah rebound, waktu tu la mula nak masuk. Bukan masa bola tu tengah jatuh.
Pakdi: Haah. Eh, engkau sempat jual tak unit trust kau hari tu? Kata dah bagi return tinggi.
Abang B: Aku tak sempat jual. Haha … Lepas tu aku siap beli fund baru lagi masa KLCI at the peak haritu. Haha… Kira gone lah tu.
Pakdi: Ceh. Ingat sempat ambik profit. Rugi je.
Abang A: Jadi, aku nak buat apa sekarang?
Pakdi: Letak je kat ASB sementara market macam ni. Do nothing.
* Semasa post ini ditulis KLCI low adalah 1008.27
Share
17 Comments »
Posted: September 11th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Amanah Saham, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 11 Comments »
Satu perkara penting dalam pelaburan saham amanah, sekiranya anda sewius dalam pelaburan anda adalah, adalah meneliti jumlah caj yang dikenakan.
Kebanyakan dana ekuiti di Malaysia boleh caj anda sehingga 8% (6.5% Entry Fee + 1.5% Annual Management Fee)
Ya, saya dengar anda kata, “Diorang professional fund manager. Layak la dapat 8%.”
Ops. Anda silap. Ada fund management company yang caj lebih rendah.
Anda sepatutnya mencari-mencari dan menimbang untuk melabur dana yang mengenakan caj yang murah dan tiada caj dikenakan macam dana-dana Amanah Saham Nasional Berhad dan yang terbaru, dana saham amanah yang dijual melalui fundsupermart.com (oh ya… entri ini tidak disponsor)
Ya, saya dengar lagi anda kata, “8% dari RM 10,000 apalah sangat. Ok lah tu.”
Saya ada 2 perkara untuk anda renungkan sekiranya anda nak beli apa-apa saham amanah yang mengenakan caj yang tinggi ini.
1. Pulangan dana anda mesti mencapai lebih dari 10% keuntungan dalam masa setahun hanya untuk break even
Ya, saya dengar anda tak setuju lagi, “Wei, unit trust aku dah bagi return 90%. Ciput je 10% tu.”
Oklah, anda beli pada 2005 lalu dan sempat jual balik sebelum Mac 2008 iaitu ketika Bursa Malaysia di paras tertinggi. Amacam kalau anda beli selepas Mac 2008? Anda berani cakap macam tu lagi?
Ok ok, saya ada dengar jugak, “Unit trust kan medium to long term!”
Terpulanglah.
2. 1-2% caj sebenarnya lebih dari cukup
Saya sebut 8% tinggi itu bukan saya lihat dari RM 10,000 yang anda keluarkan. Tapi saya lihat dari saiz keseluruhan dana. Katakan dana itu bernilai RM 500,000,000 (RM 500 juta).
8% dari RM 500,000,000 = RM 40,000,000 (RM 40 juta)
1.5% dari RM 500,000,000 = 7,500.000 (RM 7.5 juta)
Perbezaannya adalah RM 32.5 juta.
Saya fikir perbezaan RM 32.5 juta ini adalah lebih baik digunakan untuk membeli kaunter saham syarikat yang lain atau menambah pegangan saham yang sedia ada.
Dari sudut pandangan pelabur bijak, pulangan 10% dari RM 32.5 juta ini sudah tentu boleh menambah nilai dana anda.
Dan kebanyakan syarikat yang jual saham amanah ini bukan hanya ada 1 dana, tetapi banyak yang lebih dari 10 dana. Kalau dia caj 1.5% sahaja untuk kesemua 10 dana yang ada, syarikat tersebut dah senang-senang dapat income sampai RM 70 juta setahun. Takkan tak cukup kot nak tampung operasi bisnes?
Kalau saya, memang isu caj sebegini memang saya ambil kira sebab saya rasa RM 32.5 juta itu sangat besar jumlahnya.
Share
11 Comments »
Recent Comments