Cadangan PAS Untuk Ekonomi
Posted: June 6th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Emas, Muamalat, Politik, Semasa | 20 Comments »[Update 07 June 11 malam)
Ini adalah ulasan saya mengenai topik ini.
1. Memandangkan Tuan Guru Presiden ada menyebut pasal dana awam, saya mohon agar Pakatan Rakyat tidak lagi mempunyai ketua whip di Parlimen. Biarkan ahli-ahli Parlimen bebas bercakap tanpa terikat dengan peraturan whip yang dikenakan. Jadi dengan ini mereka boleh bercakap dengan bebas. Kawan sendiri pun perlu dihentam juga sekiranya perlu. PAS dan Pakatan Rakyat disebut-sebut sebagai government in waiting. Justeru, sekiranya masih terikat dengan peratuan whip, bagaimana ahli Parlimen akan mengimbangkan kuasa eksekutif apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti, ada berlaku penyelewengan dari kalangan pimpinan PR yang menjawat jawatan menteri yang membabitkan pengurusan wang awam ? Semua pimpinan Pakatan Rakyat adalah manusia biasa yang secara semulajadi tertarik dengan harta.
2. Saya cadangkan agar PAS mengeluarkan siri-siri buku berkaitan ekonomi atau muamalat untuk mendidik rakyat mengenai ekonomi Islam. Saya sudah muak mendengar perkataan seumpama, "Krisis ini adalah hasil keroskan sistem kapitalis bla bla bla..." dan seterusnya tetapi satu blue print pasal ekonomi satu habuk pun tadak! Jangan jadi isu negara Islam. Berkurun sebut perjuangan negara Islam, tapi dokumen khas pun tidak disusun. Jangan biarkan orang PAS sikit-sikit sebut duit Petronas mesti digunakan untuk rakyat. Apa ingat pekerja Petronas tu hamba abdi ka? Bekerja nak bagi duit untuk orang lain ? PAS dan Pakatan Rakyat perlu tunjukkan kemahiran mengurus ekonomi di 5 4 negeri. Segera buktikan Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor mampu menjadi negeri yang kaya raya walaupun disekat dari pelbagai sudut. Saya fikir ramai pimpinan PAS maklum Sayyidina Abdul Rahman al-Auf sering disebut oleh para ustaz sebagai tokoh muamalat yang mampu memecahkan dominasi Yahudi di pasar-pasar Madinah. Jadi, ajarlah kami ilmu perniagaan Sayyidina Abdul Rahman al-Auf. Kami tak mahu ia hanya menjadi modal para ustaz dalam kuliah dan ceramah sahaja.
3. Memandangkan Tuan Guru Presiden sudah hentam sistem kapitalis, (saya bersangka baik sesungguhnya pimpinan PAS sudah memahami dan mendalami apa itu kapitalisma, liberalisma dan free market) saya juga ingin mengingatkan agar PAS berhati-hati dengan fahaman sosialis yang wujud dalam sebahagian pemikiran pimpinan Pakatan Rakyat. Apakah idea tegar sosialisma yang terus menutup ruang perniagaan dan muamalat itu dibenarkan dalam Islam ?
4. Saya amat bersetuju dengan saranan Dinar Emas atau mata wang yang bersandarkan komoditi (emas dan perak) tersebut. Sistem mata wang fiat adalah punca utama riba berlaku dengan berleluasa. Saya berharap PAS ada pasukan tersendiri untuk mengkaji dan mengangkat idea dinar emas ini ke tahap yang lebih jauh dari apa yang disuarakan oleh Tun Dr Mahathir selama ini.
Sekian, perbahasan saya.
[Entri asal]
Mari bahaskan sebahagian intipati ucapan dasar Presiden PAS, dalam Muktamar Tahunan ke 55.
***
IKLIM EKONOMI
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Dunia pada hari ini berdepan dengan krisis kewangan, sekaligus kegawatan ekonomi akibat keruntuhan sistem kewangan Barat berteraskan riba, ihtikar dan gharar.
Adalah mengandungi hikmah mengapa Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w. menyenaraikan riba di kalangan dosa besar, walaupun tidak dimasukkan ke dalam jenayah Qisas dan Hudud, namun ianya diberi amaran yang keras.
Akibat muamalat kewangan ini, maka terbitlah pelbagai produk dengan beraneka nama canggih yang diniagakan oleh negara Barat yang bermegah dengan kemajuannya. Bank Dunia mengakui bahawa krisis kali ini melibatkan kerugian bukan berbillion bahkan beberapa trillion dollar Amerika. Setelah dunia melihat pertembungan ekonomi kapitalis dan komunis, kini berlaku pula pertembungan antara negara-negara kapitalis yang merugikan dunia.
Kerajaan BN pula berpeluang meletakkan punca krisis ekonomi negara kepada faktor luar yang bersifat global dan kononnya tidak dapat dielakkan. Tindakan kerajaan ini adalah tidak bertanggungjawab, bahkan mengekalkan sindrom penafian yang menjadi amalan kerajaan BN selama ini.
Lebih parah lagi kerajaan BN terus menerus mentadbir ekonomi negara dengan rakus dan boros, serta sarat dengan amalan penyelewengan kuasa, rasuah, kronisme dan nepotisme yang menyaksikan pengulangan tabiat buruk pengurusan orde lama. Rakyat terus menanggung kerugian besar, sementara segelintir pihak kroni terus mengecapi keuntungan semasa ekonomi mewah sedikit waktu dulu dan mereka diselamatkan oleh ‘bailout’ kerajaan BN.
Tegasnya, isu utama yang dipertikaikan hingga kini adalah ketelusan dan bertanggungjawaban. Peristiwa Bank Bumiputra yang hidup berkembar dengan pejabat Umno hanya tinggal dalam lipatan sejarah hitam ekonomi negara.
PAS juga menggesa semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, yang menguruskan pelaburan rakyat seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), diuruskan dengan penuh berhemat. PNB yang menguruskan dana berjumlah hampir RM120 billion, semestinya mampu memberi pulangan yang mapan untuk faedah rakyat. Perlu juga diingatkan keperluan untuk mematuhi kehendak syariah dalam setiap pelaburan tersebut.
Lembaga Tabung Haji juga mestilah mampu memenuhi tanggungjawab menjaga kepentingan ekonomi umat Islam dan memastikan setiap pelaburan adalah tidak berasaskan spekulatif dan mengambil kira semua risiko yang terlibat.
Kini rakyat dan pekerja akan terdedah kepada kesan kemelesetan ekonomi. Beban hutang isi-rumah, kad-kredit dan pinjaman swasta, yang menyaksikan hutang tak-berbayar (NPL) akan terus meningkat. Permintaan dunia telah pun berkurangan dan menyebabkan ekspot kita jatuh. Hal ini jelas dengan pengurangan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 15.8% pada hujung tahun lalu, hasil pengurangan permintaan khususnya di sektor pengeluaran/pembuatan dalam sektor elektrikal dan elektronik, semi konduktor, produk-produk kimia dan juga sektor komoditi.
Dengan permintaan yang menurun secara mendadak, pengilang tidak ada cara lain kecuali membuang pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan serta mengelak kerugian besar. Pada hujung tahun 2009 ini, 200,000 pekerja dijangka dibuang dan menjadi penganggur. PAS kerap kali membangkitkan perkara ini supaya segera ditangani.
PAS suka mengingatkan semua pihak bahawa urus tadbir yang baik terhadap segala khazanah kekayaan dan sumber alam yang dianugerahkan di muka bumi ini adalah satu juzuk tuntutan amanah Allah SWT yang diletakkan ke atas manusia selaku khalifah Allah di atas muka bumi ini. Mentadbir kewangan dan menjadikan pengurusan ekonomi serta membangunkan harta atau ‘Hifzul Mal’, adalah termasuk dalam perkara-perkara penting, yang disebutkan sebagai lima keperluan hidup manusia atau ‘ad-Dharuriyat al-Khamsah’ yang mesti dipelihara dan dimajukan oleh sebuah kerajaan yang dibimbing dan ditadbir oleh syariat Islam.
PAS menekankan kepentingan menentukan keutamaan (awlawiyat) dalam kerangka menentukan perbelanjaan, sama ada Perbelanjaan Mengurus dan Membangun serta persoalan sektor utama dan kritikal yang hendak dibangunkan. Acapkali negara diaibkan dengan ketidakcukupan pemakanan seperti beras, sementara negara kita ini dilimpahi dengan tanah pertanian. Tidak salah ingin menjadi negara industri maju, tetapi semua negara maju mempunyai ‘Kedaulatan dan Keselamatan Pemakan’ seperti UK, Jepun, Amerika dan Eropah.
Songsang dan bersimpang siur pemikiran pemimpin negara dalam hal pacuan pembangunan negara, sehingga negara hilang daya saing dalam segala hal dan juga tidak punya daya tahan mendepani pelbagai krisis termasuk pemakanan. Laksana “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.
PAS juga amat insaf dengan kepentingan asas moral dan nilai agama yang kukuh bagi memastikan kepimpinan politik negara selamat daripada bencana rasuah, penyalahgunaan kuasa serta tamak, rakus dan boros. PAS kembali mengingatkan dirinya bahawa penyelesaian masalah ekonomi manusia bermula dengan memperbetulkan akidah, fikrah dan akhlak, serta iltizam pemimpin kepada tuntutan amanah Allah SWT bagi mentadbir dan memakmurkan bumi dalam rangka tuntutan khilafah dan amanah.
PAS mahukan gagasan Sistem Liberal-Kapitalis lapuk yang telah memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang ditinggalkan. PAS ingin mengesyorkan supaya pemimpin dunia kembali kepada Dinar Emas, bagi meletakkan struktur kewangan global berpaksikan emas dan perak untuk menangani ketidaktentuan nilai mata wang dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.
PAS juga mahukan konsep Pertumbuhan Hijau terus diperkasakan. Falsafah Petumbuhan Hijau amat selari dan sejajar dengan tuntutan tasawwur Islam yang menekankan pembangunan dan pertumbuhan mestilah mengambil kira impak kemusnahan kepada alam sekitar dan sumber-sumber serta aset negara yang tidak mampu diganti.
Hijau yang tidak membawa kemusnahan kepada kelangsungan kualiti hidup dan daya saing generasi mendatang, wajar ditekankan dalam paradigma pembangunan lestari. Itulah tasawwur pembangunan memakmurkan bumi yang dianjurkan Islam sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 61.
Maksudnya: “Dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka Salleh. Salleh berkata: ‘Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu daripada tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya karena itu mohonlah keampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).” [11:61]
Di samping itu PAS menekankan bahawa pembangunan perlu seiring dengan semangat “perkongsian” yang sebenar di antara entiti-entiti bisnes dan perniagaan, atas dasar berkongsi dalam keuntungan dan juga kerugian – “musyarakah bil gharam wal ghanam”. Penswastaan perkhidmatan dan keperluan asas seperti perkhidmatan air, elektrik, kesihatan dan pendidikan adalah amat tidak digalakkan kerana membebankan rakyat akhirnya.
Sementara Islam adalah mesra perniagaan, tetapi ia tidak mengorbankan kepentingan awam. Golongan berpendapatan rendah, fakir dan miskin, tambah-tambah lagi mesti dilindungi dengan pelbagai kaedah agihan kekayaan dalam pendekatan zakat dan sadaqah bagi membela kehidupan mereka. Di samping itu jaringan keselamatan sosial dan penjagaan kesihatan bagi semua rakyat, agama, kaum dan budaya mestilah juga ditekankan dalam dasar kerajaan. Segala pendekatan positif mesti dilakukan di atas dasar dan prinsip keperluan dan kelayakan secara adil. Inilah prinsip keadilan Islam yang terus dijunjung tinggi oleh PAS dalam semua keadaan.
Share20 Comments »
Tags: erdogan, hadi awang, husam kalah, husam musa, kerajaan perpaduan, muktamar pas, muktamar pas ke-55, muqabalah, timbalan presiden pas, tuan guru hadi awang, ucapan dasar
mmm
kejap, aku kena baca 10 kali
tapi yang aku hairan apasal PAS disebut banyak kali yer???
ianya memang ucapan dasar presiden PAS ketika Muktamar PAS.
memanglah sebut PAS banyak kali.
tapi macam mana pun kita masih berharap kerajaan dapat membantu kita tapi kerajaan hanya memberi pinjaman sahaja, bukan subsidi
kalau nak mintak zakat pun, takut tak layak
walaupun dalam nas rasa dihati ada termasuk
dalam kategori orang dalam berhutang
namun kalau nak rasa bebas dari hutang dan berasa kaya
banyakkan menderma dan berzakat
sentiasa bebelanja kurang dari pendapatan
“pinjaman” adalah senjata kapitalis
Salam,
bagus, ada menyentuh perihal alam sekitar yang bagi saya jarang-jarang diketengahkan oleh ulama’ yang lain. tuan presiden juga ada menyebut “Pertumbuhan Hijau” ini juga saya lihat sesuatu yang amat baik.
namun , perlu diingatkan. bercakap dan memberi pandangan dasar amat mudah sekali, untuk menggerakkannya suatu hari nanti pasti amat susah kerana situasi ekonomi dunia ditambah lagi dengan tekanan sekitar. Ini amat memerlukan gagasan kefahaman ilmu ekonomi syari’ah yang utuh dalam kumpulan pemikir amat diperlukan.
Struktur pembudayaan ilmu untuk mendidik rakyat juga perihal ini juga mesti diambil kira. Rakyat yang tidak terdidik dengan hal ini, pasti tidak akan tahu. Kadangkala cadangan demi cadangan dasar ini hanyalah bersifat permukaan sahaja. Jadi, sebagai orang yang ingin melihat suatu perubahan total ia perlulah mempunyai gerakan daripada akar umbi yang amat kuat. Namun saya percaya ini sudah pun berlaku.
p/s: umat islam Malaysia selalu terpecah akibat perbezaan pendapat dalam metodologi perlaksanaan gerak kerja, namun akhirnya menuju arah yang sama, ingatkah lagi shabab muhammad dengan ikhwan muslimin?
Ucapan dasar terbaik ‘Ayah Chik’…
nak kena bahaskan lagi ke ucapan ni..?
saya rasa takde ape dah nak bahaskan.. ikut je…
eh, kena bahas ni. macam mana nak laksanakan walaupun dalam keadaan BN memerintah.
jadi cadangan aku macam ni
1) latih anak2 kita jadi pandai sangat sampai silibus sekolah yang ada sekarang tak sesuai dengan anak-anak kita. biar beribu-ribu budak-budak ni pandai.
2) lepas tu budak-budak ni boikot sekolah sebab silibus tak setaraf dengan pemikiran budak-budak ni
3) baru tpm goncang sikit, lepas tu mesti dia orang akan ubah silibus baru
4) dlm masa yang sama, masukkan isu PPMSI laa. kalau taknak guna bahasa melayu, budak-budak ni taknak belajar.
5) ajar budak-budak pandai ni pasal biness. tentu dah besar, beribu-ribu budak ni dah ada idea nak bukak biness apa
6) lepas tu beribu-ribu budak ni pinjam duit kat agensi kerajaan BN nak mulakan biness. lepas sebulan pulang balik. dah ada bantuan guna aje laa.
7) lepas tu beribu-ribu budak ni beli maybank jadikan islamik banking sepenuhnya. jadi secara automatik asb jadi halal laa betul tak hahaha
ini plan jangka panjang. tapi kalau kita tak mula anak-anak kita jadi pandai sekarang macam mana????
“Terima kasih kepada para perwakilan” kata pengerusi tetap
Salam.
saya tertarik dengan point number 2.
“Berkurun sebut perjuangan negara Islam, tapi dokumen khas pun tidak disusun.”
agak2 skrg dah ada kerja kerja untuk melaksanakannya ke belum ye?
btul, btul,btul,
Perlaksanaan tidak mudah seperti di wawarkan..
umpama, kite boleh cakap nk kaya & bisnes, gitu gini, x boleh itu ini, tapi ..perlaksanaan tidak semudah itu. Jadi, PAS, mesti detail out, and blue print kan apa yg diwawarkan.. tak perlulah hanya sekadar untuk jadi commentar sentiasa..baru lah nmpk berwibawa ..
[quote]) ajar budak-budak pandai ni pasal biness. tentu dah besar, beribu-ribu budak ni dah ada idea nak bukak biness apa[/quote]
dgn syarat budak-budak mesti diajar business/mualamat secara islam…klu tak mungkin skim cepat kayat versi budak-budak pandai akan muncul lagi banyak…
Alyani, sekarang kita tak boleh mengharap sekolah akan ajar macam-macam ilmu macam mana nak hidup di dunia sekarang. sepatutnya sekolah hanya ajar ilmu bahasa, matematik, sains, sejarah, kemahiran hidup.
lepas tu ajar budak-budak ni bermain bermacam-macam jenis sukan.
mungkin kita terpaksa ajar anak-anak kita macam mana nak hidup di dunia sekarang. mula ajar macam mana nak dapatkan duit. bukan hanya pandai mintak duit aje.
akan tetapi kalau anti sangat pasal PPMSI, ajar aje anak sendirin sains dan matematik dalam melayu.
nak ajar ilmu ekonomi??? mmm
ramai tukang cakap, tukang komen, tukang bagi cadangan itu dan ini (consultan), tapi tukang buat blueprint(arkitek) & tukang nak buat keja (kontraktor) langsung xdak. Agaknya sampai bangsa melayu kena halau dari negara kita ni baru menyesal….
ako setuju gak..
kertas kerje kene buat..
senang je cakap hentam kapitalis dan laksana sistem islam..
tp takda hitam putih mcm nak laksana.. susah gak..
takot2.. jadi fasics atau sosialis plak.. susah lagi..
hehe… satu lagi tambah, tukang tunggu… cam aku… ape yang ditunggu pun xtau…
yeah aku setuju.
we need action now.
dont talk talk only.
ko orang kena faham, kerja utama orang politik adalah bercakap. yang tukang laksanakan idea orang politik adalah orang lain betul tak
jadi tak boleh nak salahlah ahli politik pandai cakap dan kemukakan idea sebab kemahiran dia orang setakat tu aje
hanya menteri yang ada kuasa nak laksanakan apa yang dia fikir. tu pun kalau kabinet setuju dengan idea dia.
tapi aku suka cara Muhyiddin, mintak pandangan ramai dulu sebelum buat keputusan. tapi …
jadi kena suruh ahli pas buat buku laa. sekarang ni presiden pas dah banyak buat buku. cuma kalau nak praktikan tu kena ada jadi menteri, lagi best menteri di jabatan perdana menteri. setakat menteri besar tak banyak yang boleh buat hehehe.
nak hapuskan kedai judi, arak, urut, kelab malam belum tentu boleh buat.
tu pun kalau jadi kerajaan perpaduan laa.
pakdi…
bab abd rahman bin auf ni, antara satu sebab kenapa umat islam mundur. mengikut bekas rektor UIA, prof kamal hasan, beliau ada menyebut yang hadis mengatakan abd rahman bin auf masuk syurga dlm keadaan merangkak adalah hadis palsu yang direka orientalis utk menghalang umat islam jd kaya….