Bukan Kes Lambung Duit Syiling
Posted: May 20th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Game Cashflow, Motivasi, Perniagaan | 21 Comments »John Doe kata:
There will always two sides of the same coin
Maka, Mamat akan tolong terjemahkan dari bahasa PPSMI ke :
Setiap duit syiling itu pasti ada dua sisi
Kalau anda duduk “ekor”, maka anda bukan “kepala”.
1. Orang pakai baju biasa-biasa jangan dipandang dia tu takde duit. Boleh jadi duitnya lebih banyak dari yang setiap Isnin-Jumaat pakai kemeja dan bertali leher. Ingat yang dok makan di KLCC, Ampang Park dan segitiga emas setiap tengah hari, dari hari Isnin-Jumaat di KL tu semuanya kaya-kaya ke ?
Saya pernah beratur di belakang cina apek selekeh, seluar katok, kasut berlumpur lagi. Tapi di setiap poket baju dan poket seluar dia semuanya duit RM 50 berkepuk-kepuk. Lebih 5 minit saya tunggu dia habiskan segala duit yang ada dalam setiap poket yang ada tu, untuk dimasukkan dalam CDM.
2. Saya ada la pernah jumpa beberapa orang, dok bising la kunun takde duit. Pokai. Kering. Bisnes tak baik. Semua lah.
Sekali … tu dia pergi beli rumah kedai.
Ada yang keluarkan duit sendiri top up duit company. Bukan ratus ringgit. Ratus ribu.
Ada yang tak kisah keluarkan lagi entah berapa juta entah pergi tambah outlet kedai.
Tapi masih bising kata dia tengah takde duit.
Aduyai.
Sebab tu dalam game Cashflow ada rat race dan fast track.
“There will always two sides of the same coin.”
Nak kepala ke ekor ?
21 Comments »
gaji aku 1300
selepas tolak epf, hutang peribadi, potongan tabung aje
ada baki 900 lebih
600 aku bagi mak aku, tapi dari akaun mak aku
guna duit tersebut bayar hutang belajar mara aku, adik aku serta ptptb adik bongsu aku.
hutang mara aku 200 dan adik tengah 200, ptptn adik bongsu aku 100. jadi dari 600 sebenarnya aku bagi mak aku 400 aje laa. baki 300 gaji aku bayar stremyx. lepas tu simpan dlm tu sehinggat diperlukan
tapi macam mana pun aku terperasan sejak awal tahun, duit kertas aku cepat habis, tapi duit syiling bertambah-tambah. sampai dompet aku jadi berat asbab duit syiling.
jadi aku buat keputusan nak kira balik duit syiling aku. nak tahu berapa jumlahnya??? RM 80. wau banyak tu. tapi tak termasuk syiling 1 sen laa.
jadi kalau aku lambung pun semua duit syiling tu, agak-agaknya yang dapat bunga ada dapat RM 40???
Ingat yang dok makan di KLCC, Ampang Park dan segitiga emas setiap tengah hari, dari hari Isnin-Jumaat di KL tu semuanya kaya-kaya ke ?
makan setiap hari kat situ bukan sebab suka..sebab terpaksa..dah kerja situ kan..
Memang laa tak der duit..
Duit dah habis beli rumah… tanah.. kedai… saham…
Mana ada duit yang tinggal… terpaksalah hari-hari makan maggie. Makan rumah tak boley.. makan saham pun tak boley.. hari-hari makan tulang buat sup.
wahaha.!
Miskin duit tak per jangan miskin budi…
errr…. gua belum kaya lagi.. jadi sure gua takder duit banyak…
kalau duit syiling tue… ader la banyak…
dulu pernah gak isi minyak kereta ngan duit syiling…. isi pulak tue cuma MYR3 jer… hahaha… tapi itu dulu… waktu kena retrench dan baru pulak dapat anak sulung… hehehe
yg mkn ari2 kat kedai2 mkn yg mahal2 tu sebab depa boleh claim di bawah tanggungan entertain client.
ish, jgn pandang rendah nilai wang syiling anda.
aku & wife mmg akan masukkan syiling dalam tabung.
syiling2 tu berguna utk topup paid up capital bisnes kecil2an kami
Alhamdulillah, bile tabung dah penuh, dapat la lebih daripada RM100++ (1 tabung utk 10 sen, 1 tabung utk 20sen dan 1 tabung utk 50 sen).
syiling 5sen aku gune utk beli paper ari sabtu
bijak x?
tp syiling ada 3 permukaan sebenornye
mcm dlm cite batman lawan 2-face
tapi itu cite batman.klu mase aku budak2 ade duit syiling bleh dimakan.namenye coklat duit.hahaha
coklat duit tu anak saya suka…kalau g kedai mesti anak saya nak beli coklat tu…nampak mcm menarik jer
Dulu masa hidup aku broke, nilai SEPOSEN amat tinggi kerana itulah penentu masa depan aku. Penentu masa depan? Mana tidaknya, SEPOSEN itulah yang membuatkan aku dapat beli paper setiap hari untuk mencari peluang/kerja kosong.
Tapi sekarang, SEPOSEN agak kecil bagi aku. Kerana apa? Sebab “permintaan” dan melebihi “penawaran” (Alhamdulillah… syukur pada Tuhan).
Walau apapun, aku tidak pernah lupa diri. Aku masih lagi menyimpan. Bagi budak-budak car wash yang basuh kereta aku, diaorang dah masak benar dengan keadaan dalaman kereta aku. Total duit syiling aku sentiasa membuatkan IMAN diaorang goyang…!
Iya… itulah tabiat aku sekarang. Menyimpan kat mana-mana pun boleh, tak semestinya di bawah bantal!!
p/s: Aku tak kasi duit syiling aku pada bank sebab masa aku susah, bank tak pernah kasi aku walau SEPOSEN pun!!! Hahahahahahah
komen treec00l on 05.21.09 at 5:03 pm
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Alhamdulillah, bile tabung dah penuh, dapat la lebih daripada RM100++ (1 tabung utk 10 sen, 1 tabung utk 20sen dan 1 tabung utk 50 sen).
syiling 5sen aku gune utk beli paper ari sabtu
bijak x?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
samalah macam aku, asingkan duit syiling. biasanya aku simpan dulu. kalau dah banyak masuk dalam asb.
tapi duit syiling satu sen masih banyak lagi laa. tak tahu nak campak kat mana. dulu masa sekolah, guna buat ujikaji kat makmal sains. kalau dapat tukar jadi emas best juga hahaha
Ada org bila cakap kering, dalam wallet memang kosong, tapi ada orng, kering dia dalm wallet masih berkeping2. tengok periuk la mcm mana. Aku ngan mem aku pun amalkan jugak menabung duit syiling. masing2 ada post box coin sendiri. Dan kami sering berlumba2, tgk siapa yang lagi berat. Saat paling best bila sama2 kira duit tabung. dapatlah dalam 200++ satu tabung. Tak byk and letih jugak nak kira tapi ada kepuasannya.
keje 10 minit je…dpt duit rm 8 juta…memang berbaloi kan..hehehehe
main game cashflow gaks bro, cool!
gaya tulisan awak saya banyak nampak di dalam buku tulisan robert kiyosaki… awak ada game cashflow ke?
duit sen…
aku paling x suka duit sen2 ni… bukan nilainya tapi beratnya…. setiap hari mesti ada dlaam poket aku.. terpaksa ler campak dalam koleh… aku buat semenjak keje 6 tahun lepas sempai sekarang…
entah mcm mane tahun lepas sebelum puasa… aku gatal nak kira jumlah syiling aku…boring2 kot… rupanya bini aku beritahu jumlah syiling aku dekat2 4 balang coklat mcm balang kedai mamak…. kira kira semua hampir dekat RM600 hinggit..terkejut aku…rupanya jenis pedengki sejati duit syiling ni aku ni..seronok ler aku..rancang mcm2 ler…600 beb…
tapi lepas 2 tiga hari lepas tu, terlupa pulak syiling tu sampai arini, rasa dah bertambah kot…. tapi masih xde mood nak kira lagi… biar ler…x sesak lagi….
Salam…
Kehidupan kita tak boleh diibaratkan dengan lambung duit…. Aku tahu la duit tu ada dua muka, kita kena pandai uruskannya… ikut manapun kita perlu tahu apa yang kita buat dan rancangkan. Aku juga selalu makan kat tempat yang mahal gak tapi masa tengah bulan sebab aku masih ada duit lagi…. ahak-ahak..
Ini macam cerita “Di sini tiada emas” . Orang yang ada duit selalu tak ngaku dia byk duit. kalau jumpa org yang cerita dia ada macam2 , sebenarnya dia tak ada apa2 atau dah tak de apa2 ( tgl history je apa yg di pernah ada .. ).
simpan duit syiling adalah satu tips yang Irfan khairi pernah kasi di radio. Jgn guna syiling masa berbelanja, simpan dan lama2 jadi byk.
Keja apa tu cik sal, 10 min dapat 8 juta?
yap, saya akui tabungan syiling sangat membantu. saya pernah emo dengan satu kedai, harga RM++.80, itupun tanya, “ada syiling tak?” come on lah, 20sen je pun nak pulang balik!
sebabnya, saya punya praktis, hatta 10sen pun, baya singgit, collect 90sen dan tabung…..
jangan memain ni ngan duit syiling. x cukup sekupang, duit kamu tinggal rm999,999.90. so title jutawan sudah lenyap oo…
title x penting pon, yg penting, brape byk yg kite dah gune utk tolong org yg memerlukan kerana Allah SWT
hehehe, nasihat secara gurau2 ye
yang kata xde duit tu.. saja je tu.. kalau kata byk duit.. nanti ramai yg nak pinjam pulak.. macamana nak beli rumah kedai banyak2.. hehehe