Bir Tanpa Alkohol

Posted: May 8th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat, Perniagaan | 44 Comments »

Adeh. Pening kepala den baca berita ni. Dah la semalam puas tengok drama minggu ini di DUN Perak.

Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

KUALA LUMPUR 7 Mei – Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengunjung MIHAS 2009 mencuba bir tanpa alkohol (Kredit berita & gambar Utusan)

1. Bukan semua orang Arab itu alim, tahu pasal Islam. Saya sudah bekerja, berbual dan memerhatikan tingkah laku mereka secara dekat selama 4 tahun. Dan Iran itu bukan negara Arab. Ia negara Parsi. Tapi biasalah, orang kita akan pukul rata mana-mana datang dari Timur Tengah adalah orang Arab. Dan tanggapan kita selalunya adalah mereka (orang timur tengah) adalah lebih alim dari orang Melayu yang tak fasih dan pandai sangat cakap Arab ni.

2. Dalam kes Iran ini, satu lagi yang perlu diperhalusi adalah isu Syiah.

3. Berkaitan dengan hukum arak yang ada dibahaskan dalam 4 mazhab Sunni, memang ada sedikit perselisihan. Tetapi perselisihan itu sudah dirungkai lama.

4. Mazhab Hanafi ada menyebut, al-khamr (arak) adalah minuman yang dibuat daripada anggur. Maka selain daripada al-khamr maka ia boleh diminum. Sebab apa yang disebut oleh Allah swt dalam al-Quran adalah perkatan al-khamr.

5. Tetapi mazhab yang lain menyatakan, apa-apa yang memabukkan adalah haram. Bukan sahaja al-khamr. Air tapai, air nira kelapa pun boleh jadi haram kalau ianya memabukkan. Apatah lagi kalau namanya beer, wine, champagne dan seterusnya.

Kenapa Mazhab Hanafi Berpandangan begitu ?

1. Kita perlu faham, Imam Hanafi ini adalah orang Kufah. Jauh tempatnya dari sumber hadis yang utama ketika itu iaitu Madinah. Maka, ada ijitihad yang dibuat oleh Imam Hanafi ini tanpa berlandaskan hadis yang shahih.

2. Isu bahasa. Sebab pada pengertian mereka, al-khamr itu adalah minuman daripada anggur sahaja. Macam kita lah, orang Kelantan cakap , “Gi selalu.” Selalu dalam konteks itu maksudnya “sekarang.” Tetapi orang luar Kelantan faham “selalu” tu adalah “sering dibuat”.

3. Dan pandangan tersebut telah dibalas oleh ulama lainnya yang menyatakan pendapat Mazhab Hanafi itu tidak tepat.

4. Ia berdasarkan hadis-hadis yang ada menyebut setiap yang memabukkan itu adalah haram.

Bir tanpa alkohol

1. Adakah alkohol adalah illah pengharaman arak ? Tidak. Sebab haramnya arak sebab ia memabukkan.

2. Maka apa-apa sahaja yang memabukkan boleh jadi haram. Tidak kisahlah namanya apa.

3. Barangkali ada yang tanya, “Macam mana kita nak tahu sesuatu tu memabukkan atau tidak ? Jadi, apa salahnya kita rasa dulu bir tersebut. Dah mabuk, baru kita boleh sahkan ia haram!” Maaf. Bukan macam tu ya tuan-tuan.

4. Sekarang juga ada ilmu sains. Jadi seharusnya orang dalam bidang kimia boleh tahu apakah bahan-bahan kimia yang menyebabkan sesuatu itu boleh memabukkan. Jadi, ujian secara saintifik patut dibuat terhadap produk sebegini oleh pengeluar cop halal. Apatah lagi kalau ia dinamakan bir. Apatah lagi kalau ia boleh masuk ke dalam ekspo perniagaan semacam Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS).

5. Jadi tuan puan yang sudah membaca blog ini, berhati-hatilah. Jangan sesekali anda yang telah membaca blog Pakdi.my ini mencuba minum, atau berhasrat menjadi pengedar produk tersebut. Enggak boleh sih!

Share
44 Comments »


44 Comments on “Bir Tanpa Alkohol”

  1. 1 weber said at 12:28 pm on May 8th, 2009:

    tak boleh ke? kalau betul takde alkohol.. takkan tak boleh kot…
    root beer A&W tu.. beer jugak.. tapi boleh je minum…

  2. 2 ashraflatif said at 12:30 pm on May 8th, 2009:

    saya dah minum. dia cakap rasa, bau sumer sama dengan bir asli, cuma tanpa alkohol sahaja. (apa pekdah minum bir tanpa alkohol? bukankah orang minum bir sebab nak mabuk-mabuk?)

    katala benda ini ada di pasaran, dengan rasanya dan baunya sama dengan bir-bir yang lain. suatu hari, bir tanpa alkohol ini terputus bekalan, maka pembeli akan memilih bir yang mempunyai rasa dan bau yang sama, iaitu bir yang asal.

    saya melihat ini sebagai pendekatan awal untuk mendekatkan muslim kepada bir beralkohol.

  3. 3 pakdi said at 1:06 pm on May 8th, 2009:

    weber, kan saya sudah sebut, yang penting minuman tersebut tidak memabukkan. air tapai pun boleh jadi haram minum kalau ianya memabukkan.

    ashraflatif, kalau begitu … berani ya cuba minum ?

  4. 4 yasir said at 2:45 pm on May 8th, 2009:

    rasa ape air tuh?…

    dah kalau tak de alkohol,xyah la letak nama Bir…

    ke ada rasa rozel ke,ribena ke?..

  5. 5 ummu najiyya said at 3:08 pm on May 8th, 2009:

    oh! baru tahu pasal ini. terima kasih atas perkongsian maklumat.

    p/s; bangga kmai ada loghat klate diselitkan. :)

  6. 6 pakdi said at 3:17 pm on May 8th, 2009:

    yasir, kalau betul halal, patut syarikat tu ganti penaja t-shirt Liverpool. Ha Ha Ha. Senang sikit nak shopping jersi dan baju.

    ummu najiyya, boleh mintak abu najiyya hurai lebih lanjut. Dia tentu lebih arif. hehe ;)

  7. 7 KNizam said at 3:58 pm on May 8th, 2009:

    rasanya kat malaysia banyak lagi la air lain untul diminum. kenapalah yang ini juga yang dicari kan. baik minum air cincau ke. air katira ke. lagi best kan. hehe :)

  8. 8 matjapp said at 4:13 pm on May 8th, 2009:

    “2. Dalam kes Iran ini, satu lagi yang perlu diperhalusi adalah isu Syiah.”

    yang ni aku minat nak komen, org dengaq iran saja mesti ingat takdak masalah sebab depa islam, sedangkan jakim dah fatwakan sesat, dan byk fatwa2 syiah ni bertentangan dgn ahli sunnah waljamaah.. so berhati2 terima barang dari iran ni

  9. 9 missai said at 4:35 pm on May 8th, 2009:

    tak silap aku pernah terbaca kat mana ntah, kalau ada air yg kita anggap mcm arak bila nak minum, maka jatuh hukum haram diminum w/pun asalnya air tu halal cam air biasa. alasannya bukan sbb ada perubahan warna, rasa @ buat mabuk, tp niat dan objektif si peminum yang tak lain ingin merasai seolah2 dia “mabuk” bila minum air tersebut.

    kalau salah tolong betulkan.

  10. 10 matjapp said at 5:14 pm on May 8th, 2009:

    http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=34539&highlight=alkohol

    Hukumnya difatwakan haram. Antaranya Islam Online 12/07/2003, Majlis Fatwa Singapore (31/05/2007). Hujah IOL ialah pengesahan dari pengilang arak USA bahawa walaupun ada teknologi untuk menyahkan alkohol dari arak/beer, namun ia tidak mungkin dapat dinyahkan 100%. Maka jika ada saki baki alkohol dalam beer, maka ia tetap menjadikan beer itu haram berdasarkan dalil hadith:

    ” apa yang banyaknya memabukkan, jika sedikitpun haram juga.” (HRr Ahmad, Abu daud dan Termidzi, dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Irwaa’ (2375)

    Fatwa Singapore pula menambah kerana ia menyokong dan menyuburkan budaya arak dan selaras dgn kaedah syarak: Sadd adDzaara’iy (menutup pintu-pintu fitnah dan kejahatan), yakni jika bermula dengan arak tanpa alkohol akhirnya akan membuka lubang kepada arak yang beralkohol.
    sekian

  11. 11 Riz said at 5:20 pm on May 8th, 2009:

    Saudara…berkenaan tshirt Liverpool tu…rasanya ada dijual jersi tanpa logo penaja hanya perkataan dan lambang kelab sahaja.

    Mungkin tuan dah tahu kot. Berkenaan arak tu jangan la nanti jadi macam babi ditukar ke khinzir dan swine sebab untuk mengurangkan rasa jijik.

    Riz

  12. 12 zamil said at 5:35 pm on May 8th, 2009:

    aku sokongan dgn pendapat kenapa nk minum gak minuman ni?byk lg air lain yg bermanfaat, power root cthnya.HEBAT sgtkah minum BIR tanpa ALKOHOL ni??

  13. 13 cencurut said at 6:23 pm on May 8th, 2009:

    elok ler tue… gua dari dulu lagi tak iktiraf logo halal JAKIM.. inikan pulak HDC…. ngarut jer….

  14. 14 treec00l said at 6:23 pm on May 8th, 2009:

    mcmane plak dgn air anggur (bukan mcm ribena tu), tp die xtulis arak @ beer @ menggambarkan sesuatu seperti itu?

    dan sudah pasti ia tidak memabukkan.

    adakah itu halal?

  15. 15 mrbapak said at 7:46 pm on May 8th, 2009:

    riz, org dah tak panggil babi or swine lagi.tapi A H1N1.hahahha

  16. 16 Thinkerich said at 7:57 pm on May 8th, 2009:

    Inilah padahnya jika adanya masyarakat yang telah ‘mabuk’ dengan keuntungan duniawi semata…

    Benarlah tu Bir tanpa Alkohol -HALAL?

    Siapa kata???

    MIHAS la..yang kononya mempertemukan dagangan halal antrabangsa..

    MIHAS tu apa?

    Malaysia International Halal Showcase

    Pesta Halal Antarabangsa Malaysia..

    Ya, umum tahu pesta ni tempat untuk para peniaga dan usahawan mencari keuntungan …

    Jika BIR macam ARAK dikatakan Halal..ianya hanya pada nama hakikatnya tidak!

    Begitu juga dengan keadaan dunia hari ini..

    Islam hanya pada nama..Imannya bagaimana?

    Sebab itulah dalam ayat Al-Quran, Allah s.w.t berfirman,

    “Wahai orang-orang yang beriman…”
    dan bukannya
    “Wahai orang-orang Islam…”

    Saya amat berharap bijak pandai dan alim ulama’ baik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertindak segera…

    Jangan biarkan anak-anak kita dan generasi akan datang KELIRU antara yang HALAL dan HARAM apabila perkara HARAM di jenamakan sebagai HALAL…

    Jika bau, warna dan rasanya sama…sudah tentulah akan ada masyarakat yang meminumnya secara terbuka ..

    Tetapi siapa tahu BIR tu Halal atau Haram?

    Agaknya selepas jatuh tergolek barulah kita tahu!

    Harap-harap akan adanya penentangan KERAS ke atas usaha dan dakyah tidak sihat untuk mendirikan kilang BIR tanpa Alkohol di negara kita…

    Saya menyeru semua untuk Tegakan syiar Islam, peliharakanlah akidah Islam..

    Takbir!!!

  17. 17 zulhardy said at 11:04 pm on May 8th, 2009:

    dalam rss feed google reader aku, posting ini keluar selepas posting faisal tehrani. posting faisal tehrani hanya “copy” dan “paste” sumber berita untuk di jadikan tatapan blog. Sekali aku baca, eh biar betul anak ni sokong benda ni. karang di cakap berkiblatkan syiah tehran kecik ati :P

    skali scroll lagi, eh, pakdi pun cerita pasal benda yang sama. tapi at elast pakdi hurai lebih, tak sekadar copy dan paste. (rasanya faisal tehrani mampu untuk mengurai lebih lanjut berkenaan perihal ini, ye lah, sasterawan lulusan agama lah katakan :D )

    and paling penting, aku rasa senang hati, apa yang aku rasa sama dengan apa yang pakdi rasa.

  18. 18 NoRE said at 11:46 pm on May 8th, 2009:

    aku baru teruja nak try.bosan asyik minum sirap je.hahaha

  19. 19 Amin007 said at 11:46 pm on May 8th, 2009:

    bir dari iran???
    bukan ker iran tu syiah?
    kalau nak kata islam tu susah nak cakap
    pasal apa yang syiah faham tentang islam tu
    berbeza dengan kita yang faham tentang islam
    kan kan kan

    alangkan air anggur pun aku fikir dua kali
    inikan pulak bir. entah laa
    mcm kata siti, no komen

  20. 20 GreenLava said at 12:57 am on May 9th, 2009:

    Bir tanpa alkohol pulak…
    satu lagi produk yang tak masuk akal.
    Satu lagi produk yang sewaktu dengannya ialah Turkey Ham (daging babi ciplak yang diperbuat dari daging ayam belanda atau daging ayam belanda yang diproses untuk menyerupai daging babi)
    Kenape diorang buat benda ni…yang dasatnya kenapa ada orang beli?
    Macam-macam ada…

  21. 21 mohsein said at 8:01 am on May 9th, 2009:

    satu lg, aku pelik sgt bila one potion perfurmes promote produk derang dengan gimik “bersih dan suci”bebas dari alkohol..

    alkohol dalam perfumes tu plak disamakan dengan bahan memabukkan dalam minuman yang diharamkan diminum dan dianggap najis, sedangkan logik mudah, alkohol dlm arak tu bukan dicampur tapi terhasil bila diperam, alkohol perfumes tu plak di campur tuk bg bau tahan lama, sifat tu pun tak sama. aku rasa kalau org minum perfumes bukan mabuk, mati trus je, hahahah

    mcm mengelirukan dari hukum hakam agama je.

  22. 22 anonymous said at 9:32 am on May 9th, 2009:

    mohsein,

    alcohol dalam parfumes tu dari petroleum bukan dari anggur.
    awak sebenarnya yang kelirukan orang.
    jangan pandai mengutuk orang jer.

    apa salah nya minuman tanpa alkohol?

    ok ,ok then jangan panggil beer or bir,panggil jer teer or tir.

  23. 23 anonymous said at 9:38 am on May 9th, 2009:

    dear all,

    jangan sempit kan pemikiran kita,macam mana melayu kita nak maju.patutnya,benda2 begini membuka ruang minda biznez kita supaya creative.

    tak kan orang melayu nak jual burger tepi jalan,air tepi jalan(yang most of the time kotor,ais jer banyak,untung giler bila jual),cakoi,pisng goreng,ikan patin,air nira tuak,durian bila musim,petai bila musim,cendol yang belum tentu bersih dan hygiene,dan bila bulan puasa jer.

    right? wrong?

  24. 24 pakdi said at 11:41 am on May 9th, 2009:

    terima kasih mat jap berkongsi maklumat pasal tu. rajin nooo hang carik.

    utk semua …

    air jus biasa tak haram.

    cuma bila sesuatu air tu diproses, diperam sehingga menjadi satu minuman yang memabukkan, maka itu haram. sedikit mabuk ka, banyak mabuk ka, haram.

    saya faham, ada kalangan kita keliru bila dengar ada orang sebut (pak arab la kunun alim tu) kata al-khamr haram.. tapi pada masa yang sama teguk air mabuk lain yang dibuat dari barli ke, gandum ke dll.

    sebab tu saya tulis, alkhamr itu juga mencakupi semua minuman memabukkan selain daripada anggur. samsu, air tapai yang mabuk, air nira yang mabuk.

    Saya tak mahu layan orang yang …

    1. Tak faham isu haram arak yang bersifat mutlak
    2. Tak faham isu kreatif dalam bisnes
    3. Tak faham isu kebersihan dalam penyediaan makanan

    Setiap isu di atas itu adalah isu yang berbeza.

  25. 25 adipro said at 11:49 am on May 9th, 2009:

    sulit juga bile timbul banyak pendapat nih.

    pendapatku, seandainya anda bukan ahlinya utk memperdebatkan sesuatu hukum.. usah memberi hukum.
    itu akan merumitkan keadaan.

    kalau diri rasa antara yakin dan tak yakin, tahu tak tahu.. balik mengaji.

    kan tu lebih molek..

  26. 26 Amin007 said at 6:14 pm on May 9th, 2009:

    ada kalanya brand/jenama memberi kesan juga
    kepada orang islam yer???
    akan tetapi susah sangat ker kita nak cari nama pada satu jenama?
    bukan ker dalam kamus dewan tu banyak maklumat pasal makna perkataan

    kalau bir tu memberi maksud negatif, aku cadangkan tukar aje namanya. jadi dalam kepala aku laa, jenama tu tak bermaksud arak. senang sikit tak :D

  27. 27 arin said at 10:37 pm on May 9th, 2009:

    klu burqini tu alternatif utk bikini mcm jelas sket tujuannya.. tp bir tanpa alkohol ni.. apakah??

  28. 28 Wida said at 2:23 am on May 10th, 2009:

    Ada beberapa benda saya nak bercakap tentang ni..

    Satu, benarkah perbezaan syiah-sunni yang menghalal haramkan bir tanpa alkohol ni? di Iran pun, saya percaya wujud kaum Yahudi yang suka untuk memecah-belahkan umat Islam. Mungkin ni satu dakyah nak menambahkan keretakan dalam umat Islam hari ini..

    Dua, kenapa perlu wujudnya istilah “bir tanpa alkohol”? kalau kita letak saja namanya “jus anggur lebih sedap”.. tak lakukah air tu? kurang kreatif kah kalau kita letak nama lain, jika benar minuman itu tidak memabukkan?

    Tiga, “bir tanpa alkohol”? alkohol ni terlampau banyak sifatnya.. ada yang memabukkan.. ada yang tidak.. bergantung kepada compound dalam alkohol tu.. mungkin wujud elemen lain yang menyebabkan bir itu memabukkan.. kenapa tidak panggil je “bir tanpa mabuk”.. atau lebih baik “jus anggur tanpa mabuk”..

    Empat, bukankah lebih baik menjauhi satu perkara sekiranya kita berasa syubhah?

    Lima, dakyah Yahudi tidak pernah berjaya apabila dilakukan secara terang-terangan, kerana umat Islam akan bersatu-padu dan menentang. Sebab itu, ia berlaku perlahan2 sekarang. Contoh, dari kaca TV, walaupun tak banyak rancangan cerita Melayu yang seksi2 (ni dakyah terang2an) dengan kehidupan ala Hollywood, tapi kita lihat banyak elemen sebegini dari rancangan luar negara (dakyah sembunyi2). perlahan2 meresap dalam diri.. dan generasi muda pun dah biasa tengok dari kecik.. jadi tak hairan jika manusia hari ni berasa biasa dan buat benda2 tak baik macam dalam kehidupan ala hollywood.

    Enam, sebagai seorang usahawan, kita pun ada tanggungjawab besar kepada ummah. Jangan fikir nak untung je. Islam berkembang pun, salah satu caranya adalah melalui perniagaan. Berniaga, kalau benar caranya adalah beribadat. Dan bukankah Allah jadikan manusia tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk beribadat?

    Tujuh, setiap umat Islam itu adalah daie.. menyampaikan apa yang benar dan menegur apa yang salah.. itu adalah salah satu dakwah.. kalau semua orang balik mengaji bila rasa sesuatu benda tu salah.. bila je dia dah habis mengaji.. maksiat pun dah berganda-ganda besarnya.. bagaimana?

  29. 29 joe said at 2:34 am on May 10th, 2009:

    ntah la… pelik la nak wat bir halal
    bagi aku tak perlu langsung dan aku jugak pelik
    dgn org yang suruh berpendirian terbuka dan menyokong ekonomi umat Islam apabila menjawab isu ini,
    pelik la korang-korang ni!
    aku tak nampak langsung relevannya berusaha merekacipta bir halal, dah xde kerja lain ke org kita ni?

    Aku nampak ini permulaan atau persamaan untuk menyesuaikan nilai2 barat yang tak percaya Tuhan tu kedalam lifestyle umat Islam, sbb barat is everything!
    Ini terbalik! Kita yang patut sesuaikan nilai2 luar dengan Islam, bukan sebaliknya!

    Lepas ni kan (tp mmg dah ade pun!):-
    - ada babi halal, yang disembelih sempurna, bebas cacing pita bla bla bla sebagai ALTERNATIF mereka-mereka yang malas berkira soal makan minum di mana-mana
    - ada cara solat paling mudah untuk ALTERNATIF mereka-mereka yang malas solat
    - ada cara bersetubuh yang tidak haram antara pasangan belum berkahwin sebagai ALTERNATIF mereka-mereka yang tegar seks bebas
    - dan macam-macam ALTERNATIF lagi yang akan kita come out with

    Bukan semua suruhan atau larangan sesuai di cari ‘illah untuk diqiyaskan kepada permasalahan2 yang kabur hukum hakamnya… Ada larangan atau suruhan yang perlu di terima seadanya, sepelik mana pun larangan atau suruhan itu… Kalu tak, kita akan selalu nak cari alternatif je! Ntah la org kita ni… Kalu dah jamrah tu baling batu, jgn la cari alternatif, bleh baling online plak ke… Kalu dah kata jangan mendengus dengan mak ayah, jangan la reka cara membantah mak ayah terbaru dengan cara sms la plak ke sbb xkluar suara… susah la mcm tuh semua nak pikir ‘illah… amboi3!

  30. 30 taza said at 10:11 am on May 10th, 2009:

    Baru nak pi rasa opppps :smile:

  31. 31 weber said at 12:02 pm on May 10th, 2009:

    jadi.. halal ke haram ni?
    elok la bagi majlis fatwa ke yang putuskan..

    mintak2 la majlis fatwa putuskan halal.. hehehe

  32. 32 ashraflatif said at 3:49 pm on May 10th, 2009:

    Kalau ikutkan fatwa negara jiran kita, ianya dikatakan haram sebab untuk menutup jalan kepada kemudaratan yang lebih besar.

    pakdi, saya minum dulu sebelum tau hukum hakam ni. dah dia jual (sebenarnya saya dapat free) di UIA (universiti islam tuuu), jadi kira main tibai je la.

    Dah sendawa beer baru terfikir nak selidik hukum hakam :p

  33. 33 cencurut said at 10:20 am on May 11th, 2009:

    Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…

  34. 34 missai said at 5:09 pm on May 11th, 2009:

    buletin tv3 tadi pun kluar lagi berita ni sbb dikatakan benda paling top utk MIHAS 2009 tahun ni. ada org pompuaan melayu kita kata, pihak dia sedang cari rakan kongsi utk expand lagi biz ni kat mesia.

    harap2 pihak yg b’tanggungjawab perlu kluarkan fatwa dgn segera sbb takut org islam ni terus keliru.

  35. 35 ana said at 5:26 pm on May 11th, 2009:

    mana hilangnya pusat islam, jakim, segala mufti ni ? sonyap jo.
    errr malaysia ni ada berapa orang mufti ?

  36. 36 Lina bayu said at 7:05 pm on May 11th, 2009:

    buat ape nak bergaduh mengenai hukum-hakam… baik minum air suam byk2… dpt buang toksin.

    COKE tu pun belum tentu lagi status HALAL nya kalau di selidik betul2…

  37. 37 Amin007 said at 1:58 am on May 12th, 2009:

    ikutkan aku tertanya-tanya kenapa Ust Zaharuddin dan juga Dr Asri tak ulas dalam blog dia orang???

    bukan apa, Dr Asri bekas mufti. kalau seorang bekas mufti bersuara, mesti kelam-kabut Majlis Fatwa bermesyuarat nak tentukan halal ker haram.

    tu belum Ust Zaharuddin bersuara. tak masuk lagi Ustaz yang buat buku “aku terima nikahnya”

    kebanyakan iman kita ni senipis kulit bawang. ada ramai orang berpendapat kalau ada fatwa, dapat selamatkan iman masing-masing.

    entahlah. bagi aku power yang ada pada blog pakdi belum cukup bagi dia orang nak buat keputusan nak bagi halal ker haram.

    aku cuma takut ini rancangan yahudi nak rosakkan anak bangsa kita yang sedia rosak. kita berdoa namun ….

  38. 38 rootbeer said at 8:06 am on May 13th, 2009:

    saya minum juga beer.tapi root beer,salah ke.?
    ada ke fatwa untuk root beer dan beer yg baru ni?

  39. 39 affuan said at 3:13 pm on May 13th, 2009:

    nama pun dah bir. halal haram ke, baik tukar nama lain. syubhah pada nama. eh, betul ke aku yang jahil ini cakap? :p

  40. 40 zam said at 7:17 pm on May 14th, 2009:

    > The distributor of an Iranian halal non-alcoholic “beer” said that it had never used the term “beer” on their product.

    Malaysian Iranian Corporation Sdn Bhd executive director Azizi Ahmad said his company realised that Muslims might be concerned about the term “beer” on the Iranian-made drink called Istak.

    “Istak is actually a malt drink, which had received the halal certification from the Iranian government 10 years ago,” he told Utusan Malaysia.

    He added that Iran was known to impose strict halal regulations on commercial products.

    The paper had published concerns from several Islamic NGOs who disagreed with the usage of the term “beer” on the drink.

    Azizi said his company had never issued brochures saying that the Istak drink was a “halal beer,” adding that he would contact the NGOs to clarify the matter.

  41. 41 Amin007 said at 7:27 am on May 15th, 2009:

    tapi zam, walaupun kata Azizi dia orang tak juga term “beer” pun, aku tengok contoh gambar yang pakdi paparkan di atas dah macam arak pun.

    walaupun kalau letak teh O dan istak diletak bersebelahan dia tetap tak sama pasal teh O punya buih tak sama banyak macam istak punya buih. tapi yang boleh lawan buih istak teh tarik aje heheheh namun kecerahan tak sama pulak :D

  42. 42 leez said at 1:40 pm on May 19th, 2009:

    Artikel ni membuatkan saya ketawa dalam hati..

    Tahukah kawan2,apa definisi & maksud ‘Arak’ yg sebenar?Ber’ilmu’kah anda sebelum ber’amal’?Alkohol dan arak adalah 2 perkara yang berbeza.Arak dihasilkan daripada anggur dan Alkohol pula daripada bahan2 kimia.

    Saya pun tak pernah tengok Ramuan ‘Istak’ tersebut.kalau tak memabukkan.saya rase ok kot.

    Kalau anda rasa tak bagus minum arak,jangan minum. Senang aje kan?Takde siapa yang memaksa.Tapi janganlah mengamalkan Islam dengan hanya sekadar ‘ikutan’.

    Baliklah kepangkuan Islam yang asas!

  43. 43 semang said at 12:09 pm on May 31st, 2009:

    hemm….takleh la dah minum float A&W root beer….huuhu

  44. 44 nid said at 10:06 am on January 18th, 2010:

    pernah la pi Iran dulu seminggu… jln2 kat tehran tak nampak la pula arak beralkohol…ada la yg mcm Istak tu dan try juga minum waktu mkn malam kat sebuah restoran.dah buffet banyak diminum tak mabuk pun la.nak kata sedap pun tidak la..ayaq limau nipis lagi sedap..nak banding kat malaysia ni arak beralkohol tu belambak la dijual…langkawi ka pangkor ka..org melayu dok juai kat kedai makan sana sini…thn 1992 waktu kat Mekah, kalau tak silap dlm setengah kilometer dari masjidil haram pun ada jual juga..kalau tak silap kingsburk ka apa tah jenamanya…ala2 istak tu la juga…tak tau la ada yahudi disebalik tu ataupun tidak… tapi kat jepun ni pun semakin byk bir tanpa alkohol sedang dijual…..iklan kat TV dsb…antara iklannya kalau minum bir mcm ni tak salah untuk memandu..kat botol tu ada tulis 0.00% alkohol…tapi sampai hari ni aku tak pernah try la sbb jepun yg keluarkan…. dan sbb dah try kat iran beberapa tahun lalu dan tak sedap pun…baik pi beli susu kotak balik mesin dgn pisang tambah gula sikit lagi sedap… nak kata haram tak mabuk…nak kata halal ada yg lebih arif kata haram…tak nak letak hukum la…cari yg lain lagi senang…kalau nak bisnes tu letak la nama lain… le gandum ka…le barli ka..le biruni ka….tapi root beer float yg kat A&W tu mmg sedap…selalu order yg gelas besar…tak pernah mabuk la pula…yg ni kiranya mcm mana??halal ka haram…? kalau confirm haram.. kita beli aiscream vanila balik bancuh dgn air gas murni la….


Leave a Reply