Bila Kerajaan Berniaga Minyak
Posted: November 25th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 13 Comments »Datuk Sharir Abdul Samad pun berkata:
”Pada harga sekarang, kerajaan akan ada sumber kewangan. Kalau kita adakan harga lantai dan harga minyak turun, perbezaannya akan masuk ke dana kerajaan, bukan kepada syarikat atau stesen minyak,”
Sumber: Kaedah tentukan harga minyak Isnin depan
Inilah antara masalah bila kerajaan campur tangan dalam pasaran. Cuba jadi pandai dengan menentukan harga yang mereka rasa perlu mengikut citarasa politik dan poket masing-masing.
Melihatkan cara pemimpin BN dan pemimpin PR bercakap isu minyak ni, memang diorang ini hanya cuba nak tunjuk siapa lebih bagus dari memikirkan how to make market works efficiently.
Dalam isu harga petrol ini pula …
Bila harga minyak mentah melonjak, dia kalau boleh nak naikkan setingginya. Tapi bila harga minyak mentah jatuh, dia nak buat harga lantai pula. B.O.D.O.H
Dah la tindakan menurunkan harga minyak tanpa ada satu mekanisma yang baik, menyebabkan ramai pengusaha stesen minyak berhutang dan rugi.
Dan merujuk kepada berita hari ini, sekiranya harga lantai dilaksanakan, andaikan harga petrol patut dijual dengan RM 1.50, tetapi disebabkan sudah ditetapkan harga lantai RM 2.00, maka suka atau tidak suka, maka RM 0.50 itu kita beri secara percuma kepada kerajaan.
Dan melihat track record kerajaan menguruskan dana awam, saya tidak tahu bagaimana dana kerajaan hasil “perniagaan” kerajaan dalam jualan minyak ini akan digunakan untuk manfaat anda. KWSP mereka dah kebas sesuka hati.
Saya secara peribadi susah nak cakap sama ada suka atau tidak harga petrol ini turun.
Suka sebab bajet bulanan peribadi jadi makin rendah.
Tidak suka sebab saya tahu pendapatan negara melalui keutungan PETRONAS akan berkurangan. Yang mana kalau keadaan menjadi teruk, kita (rakyat) akan dibebani dengan tindakan kerajaan yang lain seperti kenaikan cukai.
Tapi apa yang pasti, saya lebih suka kalau pasaran sendiri tentukan harga minyak. Kalau murah kita berbelanja cara tengah murah. Kalau mahal kita berbelanja cara tengah mahal.
Share13 Comments »
aku adalah orang yang tak merasa kesan secara langsung

kalau harga minyak naik atau turun
sebabnya aku naik basikal hari2 ke tempat kerja
.
namun begitu yang tak bagusnya harga barang turut naik
kalau harga minyak naik. tapi tak turun kalau minyak turun
.
kalau nak ikut konsep ekonomi, nak turun harga minyak
kena kurangkan permintaan terhadap minyak
tapi macam susah sebab nak tunggu pilihan lain macam
.
1) biodiesel masih dalam peringkat kajian
2) kereta elektrik tak dikeluarkan secara besar-besaran
3) kereta lembu tak dibenarkan berada di atas jalan raya
.
payah-payah tunggang kuda, lembu, kambing, pergi ke opis.
tapi kan ….
sebenarnya kerajaan kena turut turunkan harga barang kawalan lain selain minyak kalau nak bagi harga barang turun. kalau benda yang dia boleh suruh turun pun dia tak turunkan, cemano peniaga nak jual dengan harga yang lebih rendah.
bes tu kalau gi ofis naik basikal je.
dulu masa kat Kedah.. gua pi opis naik basikal lumba gak.. hehehe… hari-hari.. badan macho.. awek pon suka…
gi keje naik basikal?20km tu sehala…pulak tu kena lalu highway pasir gudang,kena libas dengan lori je gamaknya…naik motor pun lebih kurang…. kereta jugalah jadi pilihan…
la ni minyak turun save lah sikit dan bole simpan siap sedia kalau ekonomi gawat tahun depan…
wa naik moto dari bdr country homes, rawang ke klcc, pegi balik dlm 60 km, hari2, steady lg. huhuhu. naik moto pon, moto yg bapak wa pinjamkan, sudah berusia dlm 8 thn.
-
tp wa rasa, kalo wa naik basikal, wa kene kluar pkl 4 pg, sampai tumah pkl 9pm. hahahaha.
-
dunia sekarang amat mencabar bg org2 yg grade selepas 2005 mcm wa. living cost naik lagi laju dari gaji naik. hahaha.
kalau nak apungkan, sekarang waktu yang baik, sebab harga tengah rendah. tapi di masa hadapan tak tau macam mana. adakah rakyat bersedia untuk membayar RM1.50 seliter bulan ini, kemudian naik dan naik dan naik sehingga RM3.00 seliter lagi 4 bulan (contoh sahaja)? bagaimana peniaga nak uruskan kos petrol/diesel? bagaimana harga barang kepada pengguna nanti?
satu sebab yang berjaya ditanam dalam minda semua orang oleh syarikat minyak ialah bahawasanya minyak akan habis satu masa nanti, sedangkan sebenarnya minyak akan terus mengalir dan ada sehingga hari kiamat….
ridhwan, kita kena bersedia ke arah itu. sebagaimana Melayu harus bersedia apabila DEB akan dihapuskan.
seperti mana yang saya telah sebut, “Kalau murah kita berbelanja cara tengah murah. Kalau mahal kita berbelanja cara tengah mahal.”
Betul tu pakdi, berbelanja secara berhemah. Jgn rajin pi window shopping sbb akhirnya “tewas” juga.
Satu lagi, rajin2lah buat perbandingan harga kalau berkesmpatan especially yang berdekatan tempat kita berbelanja. Byk boleh saving.
Harga minyak turun tapi harga barang tak turun pun tak menepati matlamat jugak. Habis tu dah org politik berperang satu sama lain nak menaikkan diri sendiri walaupun apa yg mereka buat budak sekolah pun pandai komplen….
Tengok apa dah jadi dgn sistem pendidikan kita? Caca marba…our kids not enjoying their life compare to foreign kids or during my time…..
Hehehe…ptg2 sempat pi lastik burung jugak…..
betul tue… gua setuju ngan ZulBM… hehehe
kerajaan kena buat sungguh2 cari sumber kuasa alternatif,jangan terantuk baru tengadah.Awal2 kenapa tak bangunkan kilang penapis kelapa sawit,bila harga minyak masak naik baru sibuk,bila harga turun lupa,kenapa tak cari kegunaan alternatif untuk minyak sawit.Harga bahan api akan turun naik sebab dikuasai olih speculator2
Saya fikir harga minyak di kawal Amerika celaka ,sebab nak kumpulkan duit untuk sokong kegiatan2 mereka.Tapi bila dah kertelaluan “the buble will burst” maka sekarang kemelesetan pun datang.Sebelum putatran haraga bahan api naik lebih baik kita bersedia.
Setiap sepuloh tahun ada aje yang buat hal.1987 krisis kewangan.Tahun2008 krisis makanan dan minyak tunggulah 2018 ade aje masaalah-creation of the Americans