Berapa Yang Anda Boleh Dapat Kalau Anda Simpan RM 250 sebulan di ASB?
Posted: July 24th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: ASB, Perancangan Kewangan | 31 Comments »The most powerful force in the universe is compound interest – Albert Einstein
Adakah anda rasa menyimpan RM 250 sebulan itu satu jumlah yang besar?
Kalau jawapan anda “Ya, ia jumlah yang besar,” dan pada masa yang sama anda tiada masalah untuk memperuntukkan RM 500 sebulan untuk membayar installment kereta, maka anda sedang mencipta sel-sel barah kewangan anda sendiri.
Anda perlu berubah sekarang dan mula menyimpan.
Jika anda menyimpan RM 250 sebulan di bawah bantal, selama 5 tahun, anda akan dapat mengumpul RM 15,000
Jika anda menyimpan RM 250 sebulan dalam akaun simpanan biasa, selama 5 tahun, anda mungkin dapat mengumpul sekitar RM 15,100. Mungkin. Itu pun kalau bank baik hati untuk beri anda pulangan sekitar 0.25% kepada anda.
Consumer Price Index di Malaysia untuk bulan Jun sahaja sudah mencecah 7.7% Untuk makluman anda, itu adalah angka rasmi yang dikeluarkan. Angka tidak rasmi? Kalau dulu makan tengah hari hanya RM 4 dan kini jadi RM 5? Itu sahaja sudah kenaikan 25%!
Maksudnya, siapa yang simpan duit bawah bantal dan di akaun simpanan biasa dia tidak mampu lagi survive dalam kehidupan hari ini. Kalau keadaan ini berterusan, menyimpan di ASB pun sudah cukup susah untuk anda survive di masa hadapan.
Walaupun begitu, untuk tujuan simpanan, ASB tetap satu produk kewangan yang mesti anda gunakan sebagai asas kewangan anda.
Sekiranya anda menyimpan RM 250 sebulan di dalam ASB, dengan menganggarkan purata pulangan ASB adalah 8% setahun, tahukah anda berapa jumlah simpanan yang anda akan dapat selepas 5 tahun?
Sila ambil kertas, kalkulator dan kira …
…
…
…
Barangkali kebanyakan anda akan mendapat jawapan RM 16,200
Tetapi tahukah anda, jawapan sebenarnya adalah RM 19,007.79
Ada perbezaan pengiraan pulangan hasil dari simpanan di ASB mesti dikira melalui pengiraan compounding interest dan bukannya pengiraan simple interest.
Ya, anda hanya menggunakan duit anda sebanyak RM 15,000 dan anda mendapat tambahan RM 4,007,79 selepas 5 tahun.
Dan kalau anda menyimpan hanya RM 250, di ASB selama 10 tahun berapa pula anda akan dapat?
RM 38,015? atau cuma RM 32, 400?
Tidak. Jawapannya adalah anda sebenarnya akan mempunyai simpanan hampir RM 47 ribu.
Wow. Selama anda bekerja selama 10 tahun ini, anda sudah dapat kumpul RM 47 ribu dalam simpanan? Atau selama anda sudah bekerja selama 3 tahun, adakah anda sudah kumpul kira-kira 25% dari RM 47 ribu itu tadi?
Itulah kuasa compounding interest. Bagaimana anda boleh menjadikan duit anda bekerja untuk anda, seterusnya menjadikan duit sebagai hamba kepada anda.
Menarik?
Anda ingin cuba dengan angka yang lain pula?
Anda ingin merancang kewangan anda dengan jumlah simpanan bulanan di ASB dengan jumlah yang lebih tinggi dari RM 250?
Sekiranya anda ingin bermain-main dengan compounding interest, nak tahu jumlah duit yang boleh anda perolehi dalam masa 10 tahun akan datang dan sebagainya, saya telah menyediakan satu laman khas untuk anda.
>> Sila klik di sini untuk mengira jumlah duit anda di masa hadapan!
p.s. Compounding interest juga boleh digunakan untuk mengira hutang lapuk yang bakal menimbun sekiranya anda tidak mengawalnya.
p.p.s Anda akan mempelajari mengenai Rule 72 pula dalam post akan datang!
Share31 Comments »
wow! banyak tu…
Lebih baik simpan dengan DISPLIN setiap bulan daripada buat pembiayaan ASB melalui pinjman Bank…
Saya belum “berani” untuk menyimpan di dalam ASB/ASN.
Hanya menyimpan di Tabung Haji, dividennya tidaklah sebanyak di ASB.
camne nak yakinkan orang jgn pinjam bank untuk melabur seperti dlm ASB? dalam 15 orang, 1 je dengar cakap…?
kumbang, lagi byk boleh simpan lagi bagus.
thinkerich, disiplin tu mmg perkara yang susah.
afyan, kalau belum berani tidak apa. tapi pastikan ada plan yang baik.
abahfateh, maksudnya kena baiki lagi cara penerangan tuuu
Salam mesra. Sekadar nak berkongsi experience, kalau nak short term, maybe use ASB loan tu. Tapi, saya rekomen gunakan duit sendiri untuk ASB. Yg penting, settlekan loan plastik esp. Ini yang baru sy sedari selepas 2 tahun. Capital maintain, dividend is yours
.. ASB loan kalau settle awal2 kena penalty pulak
..
Ooo … maksudnya, kalau nak tunggu kumpul RM15k baru nak invest, kita hanya dapat RM1200 jer.
Tapi kalau kita start invest sikit-sikit ie RM250 sebulan, kita boleh dapat RMRM4007.79 bila jumlah duit asal kita dah sampai RM15k. Wow!
Betul cakap pakdi, kalau simpan dalam Savings a/c, dapat ciput jer … he he
Salam Pakdi,
saya perlukan bantuan sikit la.
ASB kira dividen die base on nilai terendah setiap bulan. so, Pakdi ade info x, bile tarikh akhir (utk setiap bulan) ASB kire dividen tu, supaye kite xsalah timing masokkan duit.
tq byk2
ome, betul tu. loan plastik pun guna compounding interest.
benjol, betul yang paling penting, kena rancang nak buat apa dgn duit tu. jgn biarkan ia ditelan inflasi.
treec00l, saya kurang pasti mengenai info tu. barangkali ada pembaca sini yang tahu hal tersebut.
Terima kasih atas penerangan tersebut Pakdi. Tapi mendisiplinkan diri memang cukup susah bagi saya terutama berkaitan dengan wang yang ada dalam tangan..:-)
bukanke asb punya dividen based on average minimum amount in every month
so dpt kurang lg la kot?
pengiraan-pengiraan di sini adalah anggaran
bila kita buat calculated planning, calculated risk, semua tu adalah anggaran sahaja. ia adalah lebih baik dari main taram sahaja bukan?
salam..
ye betul
tapi kene sentiasa simpan duit..
kalo da kuar kan duit..
pengiraan die jadi pelik
betul ke..
ni ada pegawai bank yg bgtau la..
thanx for sharing. pernah terbaca juga tp da lupa kat mana
setakat yang aku tau ada 2 agensi yang ditugaskan melihat harga barang
pada setiap bulan iaitu
1) jabatan perangkaan / statistik
2) kementerian perdaganga dlm negeri & hal ehwal pegguna
kalau makan tengah hari hanya RM 4 dan kini jadi RM 5? Itu sahaja sudah kenaikan 25%!. bagi aku benda ni susah nak cakap. tu kena tengok kedai juga. juga tengok macam mana bentuk saiz makanan.
nasi lemak pun ada orang jual 50 sen. tapi tengoklah saiznya macam mana
mungkin ada orang tanya ada kepentingan CPI.
satunya kita kena tengok apa komponen CPI yang diguna pakai. tapi sekali imbas kita tau inflasi tu mmg lebih dari 7%.
yg saya tulis beli nasi campur RM 4 dulu dan kini dah jadi RM 5 tu adalah sekadar contoh yang berlaku kepada saya. dan ia berbeza-beza antara kita semua. belum campur harga minyak dan keperluan lainnya.
Hi Pak Di & All,
ASB calculation is based on minimum balance by 7th of every month, sila rujuk kepada penyata ASB diberikan kepada pelabur setiap awal tahun.
Dean
Salam Pakdi,
Trima kasih atas penerangan yang bernas. kalau pinjam bank for ASB loan tu worth it tak? between ASB and unit trust, which one is better?
soalan-soalan jaffida tu boleh cek di
http://www.pakdi.my/blog/tanya-pakdi/
pakdi et al,
ada beza ke if i masukkan 250 monthly for the asb or sy dump jer terus in january every year lump sump(ie 250×12bulan)?bukan apa,takut tak dapat disiplin monthly rm250.
tq.
[...] membolehkan anda menyimpan paling kurang 30% dari jumlah pendapatan bulanan anda, mengetahui the power of compounding interest, mengambil kesempatan belajar mengenai pelaburan saham atau hartanah dan juga berniaga secara [...]
THANK..MUNGKIN SAYA DA TERSILAP.
SAYA TELAH BUAT PINJAMAN UNTUK MELABUR DI ASB..TAPI DALAM MASA YANG SAMA SAYA JUGA MELAKUKAN SAVING UTK LETAK DUIT DI ASB
apa yang x bagusnya wat loan ASB ??
bagi aku bagus.
pelik la korang, tahun pertama je kena bayar monthly dia…kalo x nak pening kepala korang bayar terus monthly dia utk setaun…
pastu korang bayar guna dividen yg dapat dari 100k cam aku wat, ikat 20 taun….
pastu korang boleh jugak nak simpan RM250 sebulan ke RM500 sebulan ke, x de masalah….
jadi, duit korang bertambah dengan dividen loan asb dan simpanan korang….
x ke untung tu….
daus, bagi aku load asb tahun pertama dividen yang aku dapat tak cukup nak cover balik hutang aku kat baik. habis duit tu nak ambil dari mana? sebab tu aku tak nak ambil load asb. tak untung untuk jangka panjang.
ok, aku dah kira balik status kewangan diri sendiri
http://jangkaan.name.my/blog/2009/10/status-gaji-aku-bulan-9/
bayangkan aku hanya simpan 100 sahaja dalam asb dan tabung haji, kalau tambah 100 hasilnya
dapat asal Potong 30%
bersih 1057.71 317.31
maknanya aku kena tolak potongan 30% dari gaji pokok dengan 30% dari gaji bersih.
kena cari juga 107.70 dari gaji bersih aku untuk simpan juga.
aku bagi mak aku setiap bulan sebanyak 600 jadi gaji bersih aku tinggal
dapat asal Potong 30%
gaji 1416.71 425.01
bersih 1057.71 317.31
tinggal 457.71 137.31
nampak gaya kena tambah lagi laa
ASB mmg bagus sangat2.. mulakan pelaburan dengan ASB adalah satu langkah yang bijak.. aku pula buat 2 potongan melalui gaji.. 1-tabung haji 2- ASB.. x pening kepala nk pegi bank tiap2 bulan.. minyak keta, masa semua dah save..
nak tanya, ok ke kalau buat loan asb. bank mana paling ok.
kalo saya masuk asb bulan 11/09 dan anggran simpanan ada 10 ribu…mcmana kiraannya hujung taun…dan berapa dividen setahun…
soalan popular menjelang akhir tahun, mcmane nak kire dividen ASB?
jom2, kongsi info. tak rugi.
care kire tu pun boleh diguna pakai (secara kasar) utk Tabung Haji.
en treec, cuba link ni. http://www.bebas-hutang.com/
download asb calculator v1.1 under -useful tools- category.
agak accurate formulanya =)
salam,
sy bagi perbezaan antara wat asb loan dgn simpan tanpa loan selama 5 thn dgn anggaran div 7% sthn.
asb loan untuk 10k
sbln rm184
5 thn kita dpt =14,025.12
duit kita =11,040
untung rm2,985.12
simpan tanpa loan
sbln rm184
5thn kita dpt=13,179.08
duit kita 11,040
untung rm2,139.08
beza rm846.04
kita beralih kepada emas pulaklah…lihat prestasi emas bank negara..
pada 26/7/2001 harga 1 oz RM 1092.00
pada 26/11/2009 harga 1 oz RM 4161.00
KENAIKAN 281% SELAMA 8.5 TAHUN
OK GAKK…HE..HE..
MACAM BELI RUMAH DULU RM 100K…LA NI DAH JADI NILAI rm 400K…
RUJUK:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
hisey said at 12:31 am on November 26th, 2009:
salam,
sy bagi perbezaan antara wat asb loan dgn simpan tanpa loan selama 5 thn dgn anggaran div 7% sthn.
asb loan untuk 10k
sbln rm184
5 thn kita dpt =14,025.12
duit kita =11,040
untung rm2,985.12
simpan tanpa loan
sbln rm184
5thn kita dpt=13,179.08
duit kita 11,040
untung rm2,139.08
beza rm846.04
—->nak tnyer yang untuk loan asb punyer kiraan awak dah tolak ke untuk interest?