Untung dan Halal Sama Penting

Posted: March 20th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Perniagaan | 1 Comment »

Ada orang yang penting untung, dapat banyak duit. Cara apa mereka dapat duit, mereka tidak peduli. Skim cepat kaya ke, menipu ke, rasuah ke, riba ke. Hentam semua.

Ada orang pula, yang penting ada ‘cop halal’. Walaupun model bisnesnya tidak bagus, berat sebelah kepada satu pihak sahaja, tidak cost effective. Maka, dia pun rela menjadi “the losing side” asalkan halal.

Karipap yang dijual oleh Mak Minah dijamin halal, tetapi kalau anda mahu minum teh dengan kuih koci, perlu ke anda membeli karipap tersebut hanya disebabkan karipap tersebut halal?

Sedangkan dalam bisnes dan pelaburan, untung adalah sangat penting. Orang tidak melabur dan buat bisnes untuk jadi rugi. Sebagai seorang Muslim juga, isu halal juga adalah sangat penting. Darah daging yang dibina dari sumber haram mesti dielakkan.

Jadi, anda mesti pandai ilmu bisnes dan pelaburan untuk elakkan kena tipu dan mendapatkan yang terbaik. Pada masa yang sama, anda juga mesti tahu juga isu halal haram dalam bisnes dan pelaburan. Barulah anda mendapat rezeki yang banyak pada masa yang sama mendapat keberkatan.

Share
1 Comment »

Tags: , , , ,

PKR Pecat Zulkifli Noordin

Posted: March 7th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 20 Comments »

Entri sebenarnya adalah seperti berita di bawah, peduli apa dengan tindakan golongan ‘firaun kecil’ memecat Zulkifli Noordin, rakyat kena GST dan cukai-cukai lain juga akhirnya sebab para politikus yang ada bukan fikir pasal bread and butter kita pun.

Apa kejadahnya tiba-tiba Tok Jib menghapuskan duti golf buggies?

Berapa ramai rakyat 1Malaysia yang bakal mendapat manfaat dari penghapusan duit sebegini?

Kenapa bukan duti kereta import sahaja yang dihapuskan atau barangan pengguna lain yang barangkali lebih murah kalau cukai dihapuskan?

Siapa nak pergi jalan-jalan dengan golf buggies?

Share
20 Comments »

Tags: , ,

BNM Naikkan OPR

Posted: March 4th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi | 5 Comments »

Selepas pengumuman BNM ini, kalian perlu ambil tahu juga perubahan kadar BFR / BLR yang dikenakan oleh pihak bank pula.

Share
5 Comments »

Tags:

Apa Yang Perlu Kalian Tahu Sebelum Meleburkan Wang Dalam Program Buat Duit di Internet

Posted: February 23rd, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Skim Cepat Kaya | 30 Comments »

Apakah contoh “skim di internet” sebegini yang anda tahu?

Share
30 Comments »

Tags: ,

Skim Pelaburan Emas

Posted: February 9th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Emas, Pelaburan, Skim Cepat Kaya | 30 Comments »

Masih ada rakyat Malaysia yang berfikir, “Syarikat masih bayar, jadi itu bukan skim cepat kaya.”Itu adalah kesilapan dan kefahaman yang salah.

Saya ulang, itu adalah satu kesilapan dan kefahaman yang salah.

Kerana modus operandi skim cepat kaya memang akan bayar dulu sekejap sebelum cabut macam kafe-kafe skim cepat kaya dan skim-skim lain yang telah banyak menipu orang selama ini.

Sila baca berita berikut dan cari satu kesilapan besar yang dibuat oleh individu-individu yang terkena kali ini yang dalam mengejar “keuntungan” emas. Sila kongsikan pendapat anda dalam ruang komen.

Dengan mengambil sedikit masa untuk belajar sebelum mula melabur, insyaAllah, kalian boleh mengelakkan menjadi mangsa seterusnya.

Siapa yang tahu “kata kunci” dalam skim penipuan pelaburan emas ini sila kongsi dalam ruangan komen ya!

Share
30 Comments »

Tags: , , , , , , ,

Rumah Leasehold vs Rumah Freehold

Posted: February 4th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 16 Comments »

Ada soalan dari emel untuk dibincangkan oleh sekalian pembaca yang budiman. Mungkin para pembaca lain ada pandangan tersendiri. Saya dan awek cun belum banyak beli rumah lagi, dan pembelian-pembelian kami setakat ini hanya melibatkan status freehold sahaja.

Soalan ini juga ada beberapa orang sudah tanya kepada saya. Memang saya jawab freehold. Tapi lain orang lain pengalamannya. Jadi saya buka kepada sekalian pembaca yang budiman memberikan pandangan, lebih-lebih lagi yang ada pengalaman dalam kedua-duanya.

Soalan tersebut berbunyi:

Apa pendapat Pakdi tentang rumah leasehold? First impression saya: tak untung beli rumah leasehold sebab ia takkan jadi milik kita tapi milik kerajaan. Sekarang saya ada peluang utk beli rumah flat leasehold dgn harga yg ditawarkan jauh lebih murah dr market value. Lokasi pun dikira strategik. Mungkinkah saya boleh consider utk beli sekiranya ia boleh generate positive cash flow? Saya cuma rasa sedikit pesimis sebab tenure ‘leasehold’.

Semoga kalian boleh membincangkannya dengan baik untuk manfaat semua.

Share
16 Comments »

Tags: , , , , , ,

Emas: Simpanan atau Pelaburan?

Posted: February 2nd, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Emas, Pelaburan, Perancangan Kewangan | 11 Comments »

Saya fikir saudara Hasbullah Pit ada menulis sesuatu yang baik untuk direnungkan oleh sekalian pembaca yang budiman.

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya.

Namun terdapat 2 jenis penggemar emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.

Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan.

Walaupun emas mempunyai nilai yang asli, tapi anda kena maklum anda masih belum boleh beli beras, lampin anak dan petrol dengan emas, melainkan anda jual dahulu emas tersebut untuk mendapatkan Ringgit Malaysia. Justeru, saya berasa saudara Hasbullah Pit mengingatkan kita semua tentang objektif pembelian emas adalah sangat baik.

“A wise man once said, ‘The worst reason to buy a stock is because the price is going up.’ That goes for gold also. Gold hit a record high of $1,226.10 on December 3, 2009 and closed out the year at $1,096.35, up 24.8 percent for the year. While a 24.8 percent gain in one year is impressive, it isn’t a reason to buy gold – or anything else for that matter.”

– Excerpt from Robert’s Conspiracy of the Rich bulletin

Kalau masih belum faham, sila baca artikel lama di sini

Share
11 Comments »

Tags: , , , , ,