Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Posted: December 24th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Perancangan Kewangan | 73 Comments »

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.

Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.

(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 – Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 – Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik  perempuan sebelum ini.

Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.

Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 – Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.

Sediakan lah sekitar RM 3,000 – RM 5,000.

Kos # 4 – Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.

Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.

Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.

Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 – Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.

Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.

RM 200 – RM 600.

Kos # 6 – Baju Bersanding / Baju Pengantin

Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.

RM 1,000 – RM 2,500.

Kos # 7 – Mekap

Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 200 – RM 500.

Kos # 8 – Set Pelamin

Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 500 – RM 1000.

Kos # 9 – Jurugambar

Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?

RM 1000 – RM 3000

Kos # 10 – Duit untuk jurunikah dan saksi

Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.

Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan

Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.

Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?

Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.

RM 500 – RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

RM 17,550

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.

RM 2,500 – RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.

Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.

RM 10,000 – RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin

Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.

Yang kena beli semua, ingat murah ka?

RM 1,500 – RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift

Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa – apa lah.

Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.

RM 1000 – RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?

Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.

Ia berbeza mengikut lokasi.

Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.

Sediakan lah sekitar 5 – 10% dari jumlah belanjawan yang asal.

Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.

Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin

RM 17,550 (jangan lulpa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)

Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 36,050


Haaa!!

Umak Aih!

Psst. Tutup mulut tu abang long.

Amacam ?

Berani beli kereta baru ?

Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?

Berani tak mahu buat business part time ?

Berani tak mahu belajar investment ?

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak

RM 18,000

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.

p.s. Kalau anda yang dah ada pengalaman nak tambah kos-kos lain silakan ya …

p.p.s Kalau pening sangat dan nak dapatkan tips tambahan, sila klik di sini.

Share
73 Comments »


73 Comments on “Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?”

  1. 1 Amin007 said at 2:18 pm on December 24th, 2008:

    rasanya pakdi tak masukkan lagi kos nak mengurat anak dara orang
    seperti kos panggilan dan sms ker bakal tunang
    kos dating, kos tengok wayang, kos belanja makan,
    kos bagi duit raya kat keluarga bakal tunang

    tapi tengok gaya kos kawin, lama lagilah aku nak kawin
    kalau tunang selama setahun,
    RM 36,050 bahagi 12 bulan = RM 3005 sebulan kena simpan
    kalau 2 tahun, RM 1502 sebulan kena simpan
    kalau 3 tahun, RM 1001 sebulan kena simpan
    kalau 4 tahun, RM 751 sebulan kena simpan
    kalau 5 tahun, RM 602 sebulan kena simpan

    terpaksa cari bajet kawin yang murah
    guna barang kitar semula
    disamping kempen kitar semula
    tapi orang kata ni untuk sekali seumur hidup
    tapi kalau akan menyusahkan sepanjang hayat buat apa
    kan kan kan

    aku ingat masa aku kawin
    buat kenduri doa selamat aje laa
    takdenya sanding-sanding
    tapi kan ….

  2. 2 kumb@ng said at 2:58 pm on December 24th, 2008:

    kalau nak kawen murah nikah kat thailand je macam player malaysia tuuuu… ;)

  3. 3 treec00l said at 3:02 pm on December 24th, 2008:

    tu gambo pakdi kawin ka? :D

    kalo rase blanje kawin tu tinggi sgt, bawak2 berbincang dgn mane2 pihak yg dirasakan boleh membantu, i.e. keluarga sendiri, adikberadik, pakcikmakcik yg baik hati, keluarga pengantin perempuan.

    kalo xbagitau, org lain xtau :) and jgn buat kenduri semata2 nak lawan jiran hadapan rumah atau kenduri anak ketua kampung :D

  4. 4 hayyi said at 3:12 pm on December 24th, 2008:

    Hoho…RM36, 050?

    Pakai basikal je la lepas kahwin. Huhu… :-p

  5. 5 Ridzz_n said at 3:15 pm on December 24th, 2008:

    btul tu. berat sama dipikul. klau nak tanggung sorang2 mati la.. mase ni la mintak tolong sedare2. nnti dorang kawin kite tolong plak..

    Klau diploma lvl dah demand 10k hantaran. Agak2 master level dorang mintak brp eyk. hehe

  6. 6 mohsein said at 3:20 pm on December 24th, 2008:

    err mcm tak kawen ja aku nih? hahahhha

  7. 7 pakdi said at 3:24 pm on December 24th, 2008:

    bak kata amin007, pengantin mungkin tak kisah majlis kecik2. tapi keluarga ?

    kalau dapat keluarga yang boleh membantu dan memahami kita, ok.

    dan kita tak boleh nak pilih keluarga kita. kita kena terima.

    ridzz_n, pandai2 la bincang. hehe

  8. 8 abahfateh said at 3:29 pm on December 24th, 2008:

    uih mahalnya photographer punya fee ye…. kena review balik nie saya punya fee.

    ukur baju kat badan sendiri. masalahnya keluarga ler…

    lainlah kahwin sponsor.

  9. 9 pakdi said at 3:36 pm on December 24th, 2008:

    abahfateh, belajo buat pricing. baru tau napa wa selalu cakap “in free market pricing is the most vital component and shouldn’t be controlled by government”.

    wedding photographer pun ada market price tersendiri untuk pro dan part-time.

    cam aritu sorang tu pro dan sorang tu part-time. satu kali ganda tu beza price-nya.

  10. 10 treec00l said at 3:36 pm on December 24th, 2008:

    “Posted by Ridzz_n [December 24, 2008 3:15 pm]

    Klau diploma lvl dah demand 10k hantaran. Agak2 master level dorang mintak brp eyk. hehe ”
    -
    -
    hantaran tu berkadar songsang dengan kelulusan. makin pandai makin murah, sebab die leh pikir baik buruk. huhuhuhu.
    -
    -
    ” Posted by pakdi [December 24, 2008 3:24 pm]

    bak kata amin007, pengantin mungkin tak kisah majlis kecik2. tapi keluarga ?

    kalau dapat keluarga yang boleh membantu dan memahami kita, ok.

    dan kita tak boleh nak pilih keluarga kita. kita kena terima. ”
    -
    -
    kalo dah berbincang pon xboleh, terpakse la terima. ape2 pon, bawak bincang dulu. hehehe.

  11. 11 siridra said at 3:58 pm on December 24th, 2008:

    aduyaiiii. huhuhu. betullah tu. biasanya pengantin tak kisah sangat pasal kenduri kendara nih. mak ayah yang ramai kawan dan sedara la yang nak buat kenduri besar-besar. tapi pakai duit bakal menantu huhu. apo nok buek jang oi huhuhu

  12. 12 eda said at 4:08 pm on December 24th, 2008:

    uik.. semua lelaki ke yg komen?

    tambahan…

    belum masuk kos tukar perabot baru, tukar langsir baru, tambah aksesori dlm rumah, bunga-bungaan. hohoho… ni je pun dh beribu.

    pastu nk sediakan bj pengapit (supaya ikut tema), baju adik beradik, sedara mara, biar semuanya sedondon, majlis khatam quran lagi.

    n ramai yang igt, org pompuan tak kne kuarkan duit byk sbb igt duit hantaran dh cukup utk cover kenduri kawen kita. hohohoh… akak2 sekalian… mmg tak cukup klau nak harapkan duit hantaran je.

    at least saving sendiri kne ada plg kurang dan plg cikai pun rm15k.

    hehehe… selamat menabung ;)

  13. 13 pakdi said at 4:12 pm on December 24th, 2008:

    perempuan bujang takut kot nak komen sebab 3 item pertama tu directly membabitkan diorang. hehe…

    dan blog ni mmg yang baca lebih banyak lelaki dari perempuan.

  14. 14 lub said at 6:01 pm on December 24th, 2008:

    RM 36k..hehe itu cuma separuh daripada baju kawin mawi..
    hai..beruntung badan dapat sponsor macam2.
    Apa yang untung??

  15. 15 diya said at 7:26 pm on December 24th, 2008:

    salam pakdi

    kebetulan, entri saya pun berkenaan dengan perkahwinan. tapi, lebih kepada fotografi =)

    bila pakdi senaraikan semua kos2 ni, aduhai. rasa macam SANGAT banyak kos untuk kahwin. saya pulak jadi takut nak merancang. hehe [padahal, mak ayah dah bagi green light =p]

    tapi, kalau bab fotografer tu, saya dah cop awal2 kawan saya yang sorang tu. kira kos untuk jurugambar boleh dirunding. jimat kos sket. heee =D

  16. 16 Pembaca said at 9:32 pm on December 24th, 2008:

    Seriau aku membaca fakta2 di atas. Menakutkan. Pakdi, aku rasa kawin ni leh jadi sel kanser kewangan jugak. Malah lebih chronic, sebab variable nyer banyak. Kalau umah kete, kira under control lagi, faktor penentu ialah diri sendiri, ataupun bersama pasangan. Kalau disiplin, boleh selamat lagi.Kalau kawin, aduuu, keluarga sana, keluarga sini, pasangan pun kena consider. Kalau disiplin ada, tapi salah pricing, atau salah bincang, merana jugak, financially and/or socially~

  17. 17 Hasbullah Pit said at 2:05 am on December 25th, 2008:

    Adat Melayu dan Hindu sahaja yang buat 2 belah pihak.

    berapa banyak kos boleh dijimatkan kalau buat hanya 1 majlis di tempat berkecuali.

  18. 18 emansys said at 3:05 am on December 25th, 2008:

    Nasib baik aku dah nikah…. tobat tak mau nikah lagi.. tapi kalau ada Dr / Lawyer kesepian nak sponsor apasalah nyer..huhuuuhuu..

    Aku sependapat dgn Dak Bol..buat sebelah pihak… mungkin sebab kita sekampung …

  19. 19 Amin007 said at 4:18 am on December 25th, 2008:

    “bak kata amin007, pengantin mungkin tak kisah majlis kecik2. tapi keluarga ?
    kalau dapat keluarga yang boleh membantu dan memahami kita, ok.
    dan kita tak boleh nak pilih keluarga kita. kita kena terima.”
    .
    aku ada juga berbincang tentang rakan perempuan. kebanyakan tahu keadaan ekonomi bakal suami dia orang.
    cuma keluarga dan bakal mertua aje tak geti-geti nak faham.
    .
    tapi macam kata pakdi, kita tak boleh pilih keluarga sendiri. tapi ada kawan aku kawin senyap2 aje. hanya keluarga terdekat datang. apa pun pilihan kat tangan keluarga bukan kat tangan pengantin. tugas pengantin cari duit aje hehehe.
    .
    tapi serius aku kata, belanja perkahwinan memang tinggi.
    rasanya baik biar orang kaya aje yang buat. orang sederhana/pertengahan tak payahlah buat.
    paling tidak jamu makan aje laa. buat kenduri doa selamat ker. kurang buat dosa mata tengok benda-benda haram.
    .
    kenduri tu mesti buat sebagai makluman yang kita dah kawin, tu aje tapi tak semestinya mahal. asal sembelih kambing jadi ler. payah-payah order kfc ker burger ramli ker. cinta lama-lama tak bagus begitu juga tunang lama-lama tak bagus. nafsu semakin memuncak tapi tak boleh kawin sebab takde duit. nak puasa sampai bila.

  20. 20 taza said at 7:26 am on December 25th, 2008:

    Hmm banyak tu tapi masa saya kahwin siapkan duit hantaran jer hi hi yg lain topup topup sikit sikit jer ha ha…tapi kalo boleh kawin jagan berhutang banyak banyak sakit wooo…ramai kengkawan dah kogsi citer pasal hutang kahwin ni

  21. 21 pakdi said at 9:42 am on December 25th, 2008:

    bukan nak takutkan orang bujang pasal perkahwinan. tapi inilah realiti.

    lagi2 melibatkan orang tua. susah tu nak kata TIDAK. silap cakap ada terkecil hati dsb.

    mungkin siapa nak mudah, cari mentua macam sebol. haha… boleh kawtim bab kenduri.

    dan memang ramai yang berhutang sebab nak kahwin ni.

  22. 22 Bai said at 10:19 am on December 25th, 2008:

    Bai kawin tahun 1997. Buat kenduri sekali je untuk dua belah pihak. Takde bersanding atas pelamin, pengantin datang untuk makan je, pastu layan tetamu sahabat handai.
    Semua urusan kenduri Bai mintak pak mertua tolong uruskan. Maklumlah kawin dengan jiran je… hehehe. Mertua sporting je… Cara gini mungkin kat KL okay kot, kalau kat kampung entah la.. takut nanti rumah siap, pahat berbunyi :)

  23. 23 kumb@ng said at 12:27 pm on December 25th, 2008:

    yang berhutang nak kawen tu hati-hati….
    kalau tak bayar hutang….bini bole kene tarik…hehe :D

  24. 24 su said at 6:28 pm on December 25th, 2008:

    rasanya orang parti islam faham agama. lebih baik nikahkan anak dari kedua bujang dara tu buat dosa mak bapak tanggung sama. yg mintak mahal-mahal ni puak united malaya nasional, bebas dgn keadilan nasional saja. kenduri kahwin jadi projek buat duit.

  25. 25 pakdi said at 7:30 pm on December 25th, 2008:

    su, ini bukan topik nak kutuk mana-mana pihak sebegitu. harap maklum ya.

  26. 26 myadlan said at 8:41 pm on December 25th, 2008:

    hm.. thanx for sharing. ini dpt dr buku maskawen tu ke? btw sy pun tgh study lagi kos2 berkaitan ni. bila la nak kawen kalo kos punye mahal kan..

  27. 27 Diver said at 9:14 am on December 26th, 2008:

    Ha..ha..
    Pakdi akan dipersalahkan..
    jika ada yang men’delay’ nak kahwin..

    Bab hantaran..
    bak kata Rizz dan Trec..setuju benar..
    jalan nak atasinya?..
    hantar cheque je kut!
    cikgu kawan ada cakap gitu,..
    aleh2..org kaya yang buat..>>Mawi beri cheque je kan??
    orang baru, boleh tiru sebegini..

    Hasbullah cakap bab majlis..
    kita ni,…banyak nak jaga mata dan ati orang ..
    bak kata aminn juga…
    orang lain dan keluarga terlibat juga..

    Kawan dulu…delay 2 3 tahun nak kawin..
    bukan apanya…kos utama kepada majlis..
    nak kahwin,..anytime jika ada pasangannya..
    duit tu,..terlepas 3 biji kereta..(masa tu buat kereta sewa..)
    kawan jelous juga kepada abang dan adik ipar…
    keduanya ‘dipermudahkan’ majlis kahwin..
    baca doa,..nasi hidang 30 talam..cukup tuu!
    sebab>>> pengantin nak cepat sebab nak sambung belajar ke obersea..
    jimat sungguh..
    dan,..tiada siapa pun pertikai..
    sungguh tak adil kepada kawan yang ‘free’ semasa tu..

    Gud Pakdi..
    sesekali ko jentik minda…he..he..

  28. 28 Rizal said at 9:56 am on December 26th, 2008:

    Kos jadi macam tu sebab budaya masyarakat kita. Hendak taknak kena juga sediakan sebab dah jadi satu tanggungjawab nak sediakan.

    Berhutang memang dah biasa bila nak kawin. Lagi2 la kakitangan kerajaan. Mana dapat hendak kumpul duit byk dengan cepat. Hendak taknak bank la jadi penolong.

    Memang takut tengok kos tu jika seseorang rasa tidak mampu nak sediakan. Alamatnya tangguh lagi kawin kemudian jadi la plak hal lain.

    Kuat2 la berkerja kepada pihak lelaki untuk sediakan duit.. :) .
    Banyak peluang untuk buat duit zaman sekarang. Betul tak pakdi? :)

  29. 29 Diver said at 12:46 pm on December 26th, 2008:

    Kawan memang tak setuju jika meminjam, just kerana nak kahwin..
    sepatutnya,..kita meminjam nak berniaga..
    walau secara kecilan..
    step by step..
    bukan meminjam kerana SCK atau MLM..

    Kita boleh simpan@pekin sikit demi banyak..
    lama2 membukit..
    pusing lagi dan lagi..
    kompom bila kahwin guna duit sendiri..

    bahayanya, adalah bila baru kahwin,..dah ada hutang..
    sepatutnya,..ada standby cash sekurang2nya 3K..

    kawan pun kerja gomen juga..
    alasan tak leh diberi..
    jika D.U.I.T belum diikuti..

  30. 30 Amin007 said at 9:44 pm on December 26th, 2008:

    “kawan jelous juga kepada abang dan adik ipar…
    keduanya ‘dipermudahkan’ majlis kahwin..
    baca doa,..nasi hidang 30 talam..cukup tuu!
    sebab>>> pengantin nak cepat sebab nak sambung belajar ke obersea..
    jimat sungguh..
    dan,..tiada siapa pun pertikai..
    sungguh tak adil kepada kawan yang ‘free’ semasa tu..”

    kawan biasanya bahasa yang digunakan oleh orang johor. ko orang mana???
    ada cara nak kawin free tapi tak digalakkan
    sebab tak baik untuk masa depan hehehe

    aku pun tak pasti ujian hiv tu free ker bayar.
    yang pasti kursus perkahwinan kena bayar
    duit lagi, mana nak cari yer???

  31. 31 ab90 said at 11:49 pm on December 26th, 2008:

    Ehm…:’(kal0 cam tu smpi bile aku nak kene tunggu p.we aku kumpul duit??:’(:’(..jd andartu la aku nmpak nye:’(:’(

  32. 32 ali said at 8:46 am on December 27th, 2008:

    pernah terbaca satu artikel yang berbunyi lebih kurang macam ni.. “.. bila maksiat menjadi perkara yang lebih mudah dari kahwin..”

    salah satu faktor nya.. ongkos nya tiada..
    hahaha..

    ala omak.. kawin kan aku…

  33. 33 Amin007 said at 12:52 pm on December 27th, 2008:

    ini macam topik Dr Asri aje
    “.. bila maksiat menjadi perkara yang lebih mudah dari kahwin..”

    rasanya kita kena rancang kos bajet kawin laa.
    kawin ramai-ramai, pakat satu kampung/taman
    macam buat sunat untuk budak laa

    cuma bayar yuran aje tiap2 bulan, ok tak?

  34. 34 syokkahwin.com said at 1:42 pm on December 27th, 2008:

    dun wori ada buku nak kahwin bawah RM25,000..ini termasuk bayar duit hantaran kahwin…hehe..kat http://www.syokkahwin.com

    jimat cermat dan tepat..

    sori pakdi..promo sikit…

  35. 35 ridhwan said at 10:08 am on December 30th, 2008:

    hmm hangat topik ni. saya setuju dgn pendapat bhw berkahwin itu patut dimudahkan. rm36k to me is on the upper side. adik saya baru kahwin last weekend. kami sekeluarga pakat-pakat buat semua sendiri, pelamin sebagai contoh, kain baru rm2/meter. takpelah tak segah yang disewa pun. bilik pun sederhana, doorgift pun sederhana, serba sederhana. alhamdulillah.. saya sendiri kahwin masing-masing masih student lagi, lagilah sederhana. tapi meriah dan berkat alhamdulillah.. eh, dah lari topik pulak. i think pakdi’s point is: you have to manage your finances. but my point is: marilah sama-sama menjadikan perkahwinan secara bersederhana semakin diterima umum, supaya kurang pressure utk berbelanja berlebihan, supaya perkahwinan semakin dimudahkan..

  36. 36 fiza said at 12:13 am on January 1st, 2009:

    senangnye org laki ckp…ingat murah nak dpt pompuan? nak kena masak utk laki seumur idup,basuh baju,iron,kerja rumah yg x abis2,x masuk beranak lagi…no money no talk lar dudes

  37. 37 pakdi said at 11:06 am on January 1st, 2009:

    fiza ni marah pada siapa? adakah RM 36k itu tidak cukup bg fiza ? “murah” kah RM 36k itu ?

  38. 38 Amin007 said at 1:38 pm on January 1st, 2009:

    fiza kata “senangnye org laki ckp…ingat murah nak dpt pompuan? nak kena masak utk laki seumur idup,basuh baju,iron,kerja rumah yg x abis2,x masuk beranak lagi…no money no talk lar dudes”

    saya kalau boleh taknak nak nilaikan perempuan dengan duit sebab perempuan tu tak ternilai. cuma sekarang ni kita bincang pasal kos perkahwinan yang kebanyakan kos hangus. fiza pun hanya dapat mas kawin sahaja kan kan kan
    yang lain dah belanja ke tempat lain.

    kalau fiza orang johor, mas kahwin hanya RM 22.50 sahaja dari RM 36,000. berbaloi ker fiza hanya dapat mas kahwin yang hanya RM 22.50???

    kalau gaji saya RM 1300, potong-potong dapatlah RM 300 sebagai simpanan, kalau belanja kawin RM 36,000 berapa lama saya nak kumpul??? nafsu dah melonjak ni. hari2 tengok perempuan.

    kita kawin untuk sepanjang hayat, kalau buat pinjaman kat bank, kalau suami mati tanpa lunaskan pinjaman, bukan ker fiza juga yang susah. last-last salahkan orang lain.

    saya nak tanya laa, boleh ker kos hantaran dikurangkan?
    boleh elak pembaziran ker masa kenduri nanti?

  39. 39 hamba said at 11:59 am on January 6th, 2009:

    waa.. macam mana la agaknya kalo kita kawin ngan keluarga perempuan yg kaya-raya.. gamaknya tak kawin la…

  40. 40 treec00l said at 3:21 pm on January 7th, 2009:

    kalo kene kawin dgn perempuan kaya raya, suruh la perempuan itu sponsor. itu pun kalo perempuan itu nak kawin lah. kalo x, xpayah lah. huhuhuhu

  41. 41 thegetupkids said at 7:38 pm on January 8th, 2009:

    fuhh…
    makin berdebar lak aku..
    aku da nak kawen dlm april nih..
    doa2kan lah wahai sahabat..
    supaya semua berjalan dgn lancar..
    amin.!

  42. 42 nazim said at 3:04 pm on January 9th, 2009:

    assalamualaikum klau cm tu banyak la pompuan andartu hahaha kos kui naik payah nak turun……..

  43. 43 ~zam~ said at 10:15 am on January 26th, 2009:

    aku pun nak kawen minggu depan.. huhu, belanjanya?? lebey kurang apa yg PakDi tulis.. selamat la tahun ni bonus tinggi, tak yah berhutang dengan bank.. alhamdulillah

  44. 44 Kenapa Anda Perlu Pandai Membezakan Sesuatu ? | Pakdi.my said at 11:47 am on February 3rd, 2009:

    [...] kahwin kena ada duit. (Paling sedikit pun kena ada maskahwin dan menghidangkan seekor [...]

  45. 45 peruzz said at 1:53 pm on February 3rd, 2009:

    ayoyo.. kene ade rm36k ker kalo nk kawen.. kalo itew macam.. lambat lg la kawen jawabnye….
    byk lagi yg buleh cut cost ni…kene try cut cost yg mane patut nihh

  46. 46 dude said at 3:02 pm on February 24th, 2009:

    X abis2 kt nak salahkan keluarga…sampai bile pun x kan pernah selesai. mcm ayam dgn telur, mana dlu.

    salah satu kelemahan dlm sistem pembelajaran kt adalah, pengurusan kewangan. chinese learn how to manage their own expenses @ school. kt yg amik perdagangan ade touch psl bab2 ni? (sy amik sc stream). if ade skalipun, kami yg bidang2 lain ni sah2 x blaja.

    So, lesson learn is start semai ilmu2 ini time kecik lagi. jgn dimanjakan anak2 dgn kemewahan, blanje skolah yg sampai 3-4ringgit. walaupun kt mampu utk beri.

    kalau kt x mampu utk berkahwin, buat akad dlu…then go for majlis later. sy percaya, korg2 disini bukan xde lulusan degree/dip n bukan xde mase depan. cuma, its not your time utk berkemampuan. thats y, org slalu kate life begin @40. time tu, sure dari segi monetary i’Allah da stabil.

    slalu2 berdoa, yakin pada apa yg anda buat…anda pasti boleh melakukan.

  47. 47 pakdi said at 3:19 pm on February 24th, 2009:

    dude, buat majlis itu sunnah dude. dah kahwin kena announce. jangan sorok-sorok. itu hadis Nabi saw.

    cuma realiti masyarakat yang berlaku, majlis itu perlu besar. sedangkan kalau tidak mampu boleh je buat majlis sekadarnya.

    kalau keluarga dude boleh terima apa yang dude tulis tu, bagus.

    tapi masalahnya, bukan semua keluarga seperti itu.

  48. 48 amin petra said at 5:12 pm on March 3rd, 2009:

    ni pakdi.. yang roommate aku ke dulu?

  49. 49 KdE said at 1:54 am on April 13th, 2009:

    Erm..Kawin, belakang umah la nampaknya. RM 100 pon x luak. Tapi malu la dapat :)

  50. 50 sal said at 3:23 pm on June 10th, 2009:

    beri kan saya tips…….
    i nak kwen thun dpn….
    mcm mana nak bajet ni…

  51. 51 sal said at 3:24 pm on June 10th, 2009:

    pakdi bantu sye……

  52. 52 firdaus said at 10:16 pm on June 14th, 2009:

    aduh….ni la yg wat aku pening n stress sampai skang.
    hantaran da la kena rm10000,herm…
    patut la maksiat kat malaysia ni makin menjadi2, ni sume sebab orang tua punye pasal nak menunjuk masa kenduri kahwin, at last anak sendiri jadi mangsa, lepas kahwin hidup dalam hutang, anak dah 3 hutang kawen x abis2 lagi.pastu pinjam along, pastu kluarge tunggang langgang pastu becerai?sape yg susah? bakal mak mertua aku x leh diajak berbincang, dah le baru keje,gaji rm2500, komitmen rm1500.
    sanggup nyusahkan anak sendiri sebab nak jage air muka dengan sedare mare,bukan ke bersanding tu haram?pembaziran haram? kenapa mufti2 kat malaysia ni x fatwakan je, kurang la pembaziran seterusnya dapat kurang kan maksiat. mufti tido ke? or takut sedara mara sendiri terasa? ni la penyakit orang melayu, fikirkan sangat ape yg orang lain kate!!!dengan rm25000 tu mcam2 leh buat, leh beli rumah, leh settle hutang, leh beli perabot, leh saving untuk kecemasan.ni bukan masalah muda2 menggatal nak kahwin, kalau da jodoh nak sampai ape leh wat bro??? dulu memang la aku plan nak kawen umo 30, tapi bile dah sampai seru memang x leh elak dah…ni la punca2 maksiat sebenarnye, xtau la pe pemimpin kat atas tu pikir, leka cekik darah rakyat je, bukan nak menyenangkan rakyat :( , xkan aku nak abiskan saving sume semata2 untuk kawen? gile ke, tu ambik risiko namenye. kalau siap ade saving maknenye nak kena kumpul rm35000 dalam 2tahun? gilos gilos gilossss

  53. 53 firdaus said at 10:23 pm on June 14th, 2009:

    mak bapak skang macam nak jual anak, x pk kehidupan anak lepas kawen kot, anak jadi andartu baru tau

  54. 54 Amin007 said at 2:08 am on June 15th, 2009:

    firdaus, sebenarnya ada falsafah di sebalik perkahwinan.
    kalau ko taknak sanding pun, ko tetap kena jamu orang makan. sebagai menandakan yang ko dah kawin dengan anak orang.

    nak kata halal ker haram bersanding, ko berani ker nak tolak hajat seluruh orang kampung/taman nak tengok ko berkawin dengan anak dara orang.

    nak murah kawin dengan anak ustaz atau anak perempuan yang lulus spm aje kan kan kan.

    apa pun macam kata pakdi, pandai2 deal dengan keluarga 2 pihak. keluarga kita tak boleh pilih

  55. 55 suka torrentz said at 10:49 am on June 15th, 2009:

    deal or no deal ?
    apa boleh buat. nak kahwin susah, tak kahwin lagi susah.

    apa pun aku setuju birokrasi nak kahwin memang menyusahkan bakal pengantin. kalau kat johor lagi berganda-ganda birokrasinya. jabatan agama dgn peraturan yg menyusahkan, adat johor dgn berbagai tol.

    ada satu siri tape ceramah ‘anak yg soleh’ keluaran tahun 90an oleh pengarah pusat islam ketika itu. kalau tak salah hj abdul kadir. panjang lebar beliau cerita adat bersanding. kalau bagi belah mak mertua dengar bagus jugak.

  56. 56 firdaus said at 9:30 pm on June 17th, 2009:

    1)setakat jamu tu ok r, rm15,000 tak habis bro.
    leh ke nilaikan anak dgan sijil/diploma/ijazah? ingat ni barang dagangan ke?
    2)ni lah penyakit mentaliti orang melayu skang, nape x leh ubah?sebab takut pe yg orang lain cakap?memang haram sanding bro, dah lama kuar punye cite la.ni lah punca2 cerai berai n maksiat kat malaysia ni! lu xda otak ke bro?
    3)jgan pandang rendah orng yg ada spm n anak ustaz, anak sendiri tu sempurna ke? tiap2 orang ada lebih kurangye.ingat barang dagangan ke ada beza nilai harga base on sijil/diploma/ijazah?cakap x rasional langsung lu ni
    4) masalah skang dah xleh nak deal lu paham bahasa x! mentaliti nak menunjuk2 n bermegah2 kat sedara mara n jiran2 tu! aku pasti bukan aku sorang je ada masalah ni.yg jadi mangsa masa depa anak sendiri gak .

  57. 57 Amin007 said at 1:19 pm on June 18th, 2009:

    =====================================
    suka torrentz on 06.15.09 at 10:49 am

    deal or no deal ?
    apa boleh buat. nak kahwin susah, tak kahwin lagi susah.

    apa pun aku setuju birokrasi nak kahwin memang menyusahkan bakal pengantin. kalau kat johor lagi berganda-ganda birokrasinya. jabatan agama dgn peraturan yg menyusahkan, adat johor dgn berbagai tol.

    ada satu siri tape ceramah ‘anak yg soleh’ keluaran tahun 90an oleh pengarah pusat islam ketika itu. kalau tak salah hj abdul kadir. panjang lebar beliau cerita adat bersanding. kalau bagi belah mak mertua dengar bagus jugak.
    =====================================

    ini pakdi tulis
    =====================================
    Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

    Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?

    Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

    Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.

    Ia berbeza mengikut lokasi.

    Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.
    =====================================

    rasanya pakdi cerita pasal tol lebuh raya, bukan tol masa nak tadang ke rumah pengantin.
    tapi pakdi tak bagi anggaran laa berapa kos untuk tol kat rumah pengantin hehehe :D

    susah nak buat anggaran laa pakdi hohoho

  58. 58 treec00l said at 1:31 pm on January 18th, 2010:

    utk yg baru keje dan blur nak mule dari mane utk simpan duit kawin, boleh klik name aku.

    aku kongsi “ilmu purba cara simpan duit utk kawin”.

    p/s: mintak kebenaran ya pakdi :D

  59. 59 Liabiliti Menyebabkan Perbelanjaan Anda Bertambah | Pakdi.my said at 1:45 pm on January 18th, 2010:

    [...] 1900 adalah gaji bersih atau gaji kasar? 2. Baki RM 150 adakah mencukupi untuk persediaan berkahwin ? 3. Baki RM 150 adakah mencukupi untuk persediaan naik haji ? 4. Bagaimana dengan perlindungan [...]

  60. 60 Keranda-7 said at 3:19 pm on January 18th, 2010:

    aku penah gi kenduri kawen member aku. due2 doktor. parents diorang plak bole tahan kaya la gak. tp majlis kenduri buat biase2 jer. xde pon nk tunjuk2 megah.

  61. 61 Lawolf said at 11:27 am on January 19th, 2010:

    dah adat melayu,
    “biar mati anak,jgn mati adat”
    sendiri mau ingat

    kesimpulan :
    org melayu lebih rela anak die mati
    atau pon merelakan anak die buang bayi kelongkang

    kawen je dah riban2,harap2 first hand,haru je habis riban2 dpn second hand

  62. 62 wann said at 11:34 pm on January 31st, 2010:

    website ni bagus.. cume sy takut org bujang kat luar sane ble bace kne ade 36K utk lansungkan perkahwinan, diorang rase takut utk berumahtangga… sy cume nk ingatkan jgn la terlalu risau pasal duit smpai kerisauan tu masuk ke dlm hati… sbb kte xkan tenang nt.. sedangkan islam itu mudah. Betulkan niat yg kte berkahwin utk menutup pintu maksiat dan utk menggembirakan hati rasulullah.. klau kte dah ingat, xde 20K keatas kte x blh kahwen, itu bermaksud kte dah letakkan duit sbagai penentu segalanya.Kita ade hak memilih utk jd sederhana… Sebab tu memilih pasangan tu adalah perkara utama.Yang penting org muda jgn tggu2 utk kahwen, rase bersedia dan ckup utk tanggung nafkah, jln terus.. Yg paling utama dpat hindari maksiat.

  63. 63 afetri said at 7:24 pm on February 1st, 2010:

    Hmm.. memang realiti.. kahwin skang bukan murah macam dulu.. macam2 kene dibelanjakan untuk satu majlis yg perfecto.. yelah.. bukan selalu kawen kan.. huhu..

  64. 64 ros said at 8:39 pm on February 9th, 2010:

    takutnya bila baca..tapi itu la hakikat bila sebut tentang nak kahwin ni..pening kepala fikir mana nak cari duit..

    even saya seorang perempuan..tapi saya xnak la susahkan bakal suami saya..sebab lepas tue saya nak hidup dengan dia gak..kalau sampai nak kene pinjam meminjam ni..kesannya memang panjang..dan x berbaloi pun..

    doa2 la kami dapat kumpul duit secepat mungkin ek.. =)

  65. 65 shauq said at 6:22 am on February 10th, 2010:

    banyak aku boleh potong dalam ni.anggaran atas ni mcm orang kaya punya je.

  66. 66 hairulnizam_razali said at 9:06 am on February 10th, 2010:

    uhuk…uhuk,terbatuk aku nengok kos kawin tuuuu….

  67. 67 ceriterahamba said at 12:39 am on February 11th, 2010:

    hehehe… ok lagi kalo setakat batuk-batuk je… kawan ni dah sampai tahap kena Parkinson dah…..

  68. 68 Rahman said at 8:44 pm on February 13th, 2010:

    Salam,
    bagi saya yang perlu kena sedar akan isu ini adalah pihak keluarga, gadis2 dan jejaka2..

    Kenapalah redha anak buat maksiat dari buat pahala.

  69. 69 atuk said at 11:27 pm on February 14th, 2010:

    uih..mahalnya kos kahwin nih.. 30k..? ish… gerun tengok angka camtuh.. kalo camni mintak dijauhkan la bercinta sebelum kawen… lagi bertambah2 kos kalo bercinta sebelum kawen.. hemmm… camne nak simpan 30k..? memang susah giler.. adess.. memang lambat la aku kawen nampak gaya nyer nih…

  70. 70 titan said at 9:32 pm on February 16th, 2010:

    adeh..kena cari duit banyak-banyak la nih..dan kena cepat jugak nih..

  71. 71 ain said at 2:45 am on March 3rd, 2010:

    salam.

    saya rancang nak kawen awal tahun depan walaupun saya masih ada 2 tahun untuk habiskan degree.pasal kos saya tak risau sebab perancangannya kami nak buat 1 majlis untuk 2 pihak.

    1.hiasan hantaran: pinjam abang yang dah kahwin dulu.

    2.kenduri: abang saya memang ternak kambing.so,xperlu risau sangat + makcik saya cheff kat istana pahang lagi.

    3.doorgift memang saya buat sendiri nanti untuk pihak saya dan bakal suami.

    4.kami akan ajak saudara mara dan teman rapat sahaja(tapi ramai jugak).

    5.sekarang pun kami da mula menabung.

    6.prinsip kami, “yang habis duit itu kami,so buat biasa-biasa sudah”.

    —>thanks pakdi for the article.u really help me. :)

  72. 72 NURUL said at 11:52 am on March 5th, 2010:

    MAHAL TAU BELANJA SKRANG NI..KITER YG NK KHWIN HJG THUN NI PUN TGH BAJET2..G KEJE PUN BW BEKAL TAU..HUHU..XKN NK WT CINCAI JER..TMBHAN ANK 1ST PLAK..ADOI PINING2..

  73. 73 baby gurl said at 12:04 pm on March 5th, 2010:

    skrg ni mmg kos khwin tinggi mlambung..kna ler jmat2..nnt wt biase2 kne umpat plak..sushkan..khwin slah..xkhwin pun slh..ape2pn depend kt diri masing2la..ikut kemampuan..yg pntg mjlis brjalan lncar..jdoh berpnjangan..insyaallah..amin..


Leave a Reply