Apa Yang Anda Boleh Buat Untuk Bantu Palestin ?
Posted: January 7th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Semasa | 23 Comments »
Secara fizikalnya kita terlalu jauh untuk ke sana. Tetapi anda masih boleh membantu mereka melalui pendekatan ekonomi.
Sejarah Perang Badr menujukkan Nabi Muhammad saw ada membuat sekatan ekonomi dengan menyekat rombongan dagang Arab Quraisy.
Malah sebelum itu juga, Nabi Muhammad saw dan kaum Bani Hasyim juga pernah dihalang secara ekonomi sehingga mereka kehabisan makanan.
Cara # 1 Boikot Barangan Israel – Syarikat Pro Israel
Senang untuk disebut tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana kebergantungan kita terhadap barangan mereka masih tinggi.
Buatlah apa yang termampu.
Cara # 2 Tidak Berurusniaga Dalam USD
Sebaik-baiknya ia dilakukan oleh semua negara Islam. Seharusnya sudah ada satu matawang khas untuk membolehkan negara Islam berdagang sesama mereka tanpa menggunakan USD. Tetapi pemimpin umat Islam hari ini tidak mahu melakukannya.
Dan untuk mereka yang berjual beli di internet, apa kata kita pakat-pakat menggunakan matawang lain sekiranya ia tiada masalah untuk dilakukan.
Ebay. Paypal. Adsense. Clickbank. Dan lain-lain.
Kenapa perlu tolak USD ?
Seperti mana yang telah saya sebut dalam beberapa artikel lepas, Amerika kaya dengan mencetak duit. Sistem riba dan matawang fiat. Selagi mana ada permintaan terhadap USD, maka Amerika akan terus berduit. Apabila Amerika terus berduit, maka pelobi Israel di Rumah Putih, Kongres dan sebagainya akan terus mendapat duit untuk disalurkan ke Israel.
Walaupun anda tidak menjual minyak mentah seperti Pak Arab yang duduk berhampiran dengan Palestin, tetapi kalau anda yang berurusniaga di internet ini boleh berpakat secara beramai-ramai pun sudah cukup baik.
Cara # 3 Berniaga
Cara # 1 hanya akan betul-betul berkesan sekiranya umat Islam majoritinya berniaga dan mempunyai pelbagai servis dan produk untuk ditawarkan di pasaran.
Kawan saya kata, “Mai pakat makan Radix Fried Chicken (RFC) , tak payah la makan KFC.”
Tapi masalahnya bukan semua tempat ada RFC. Dan seharusnya tak payah la tunggu francais RFC mai tempat kita. Siapa yang ada kemampuan boleh buat RFC sendiri buatlah.
Sesungguhnya antara perkara terawal yang Nabi Muhammad saw buat selepas Hijrah dahulu pun adalah menyediakan pasar yang baru untuk memecahkan monopoli pasar Yahudi yang ada di Madinah.
Cara # 4 Menyumbang kepada Pihak yang Tepat
Demonstrasi UMNO di hadapan Kedutaan Palestin tempoh hari memperlihatkan situasi tersendiri apabila Duta “haram” Palestin dari pihak Fatah meminta gambar-gambar pemimpin kerajaan Palestin yang sah dari pihak Hamas diturunkan.
Jadi sila pastikan sumbangan anda pergi ke pihak yang tepat, yang terus boleh membantu pihak yang dizalimi.
Sekiranya anda tidak berapa pasti, terus beri sumbangan kepada pihak sukarelawan kemanusiaan yang ingin memberikan bantuan seperti MERCY Malaysia.
Ulang Tayang
Share23 Comments »
Kumpul semua wang yang ada.. dan beli senjata … hantar kepada pejuang palestine…
Kalo ader lebih komisyen jual Sukhoi dan Kapal Selam tue… hulur-hulur la buat beli senjata dan peluru dan antor kat pejuang palestine… hehehe
hehe… tak abis pun nak makan komisyen tu. mmg confirm boleh punya. mahu tidak mahu je bagi tu. hehe
buat le santau kat zionis tu
alamak aku pun baru je post pasal palestin kat blog aku…maksud post lebih kurang cuma stail beza…
betul tu pakdi..dengan apa cara pun kita kena bantu palestin dan sambil2 tu kalau boleh hapuskan terus israel…
biasalah tu kumb. isu semasa mmg banyak yang ulas. lagi-lagi isu palestin yang tengah hangat ni.
kadang2 saya tulis blog pun ikut permintaan pembaca yang bagi emel dan kawan2.
Palestin … YNWA!
datang la hendaknya burung2 ababil bawak batu2 berapi kasi hentam itu tank2 israel, mcm tentera bergajah zaman nabi kita dulu..
hahaha…. apa lagie… mana dier semua pengamal santau…. takkan santau korang tue cuma berkesan dengan orang melayu jer…. hahaha…
kasi santau sama itu BUSH ker…. Ehud Olmert ker…
santau? ilmu hitam?
rasanya tahap ilmu hitam orang melayu tak setanding dengan
ilmu israel kot hehehe
last-last pelancar roket hamas aje yang mampu gegarkan israel
kita kan ada meriam buluh, tak boleh ker hantar ke gaza
Ridzz_n menulis
“datang la hendaknya burung2 ababil bawak batu2 berapi kasi hentam itu tank2 israel, mcm tentera bergajah zaman nabi kita dulu..”
apa daa, kita kasi traning burung-burung kat zoo negara.
lepas tu hantar bom kat israel, kira burung berani mati laa
antara burung yang disyorkan adalah burung layang-layang
kat muar banyak hehehe
Pakdi, saya tau Pakdi tidak lagi mengfokuskan pemikiran & penulisan tentang sosio-politik atau agama, walaupun ada diselitkan di dalam perbincangan kewangan Pakdi. Tapi, saya rasa ada bagusnya kalau sebagai tanda sokongan, kesedihan, simpati dan penghargaan kita kepada perjuangan rakyat Palestin yang bukan sahaja mempertahankan negara dan keluarga mereka, tetapi ada ramai antara mereka yang lebih kepada mempertahankan tanah suci kedua umat Islam, saya harap Pakdi boleh mengdedikasikan satu slot khas dalam blog Pakdi untuk Pakdi memberi sedikit analisis ringkas dan padat mengenai isu Palestin. Saya mengharapkan analisis Pakdi satu analisis yang kritis dan meng’address’ salah faham orang awam macam saya tentang isu Palestin. Address lah tentang Hosni Mubarak Mesir, Hizbullah Lebanon, Fatah dan Hamas. Siapakah mereka? Tak ramai yang mengetahui fakta dan realiti sebenar, terutamanya orang awam macam saya. Saya suka buah pandangan Pakdi selama membaca blog Pakdi, maka, saya specifically mintak jasa baik Pakdi utk menulis tentang Palestin ini. Pembaca blog Pakdi semua is potential cash-rich in Malaysia. Kita tak nak pool of cash-rich ini bila dah materialize cita2 mereka, mereka tidak tahu siapa kaca siapa permata. Sia2lah kita memperjuangkan kewangan org Melayu, Islam, mendukung perbankan & pelaburan Islam jika akhirnya org yg kita perjuangkan ini tidak menyalurkan mempunyai misconception tentang perjuangan Islam itu sendiri. Sekian, thanks in advance to Pakdi. Salute Pakdi!
pelawat baru, rasanya blog pakdi ni lebih fokus kepada ekonomi
jadi pakdi akan ulas keadaan palestin dari sudut ekonomi laaa
jadi sekarang dunia tak boleh nak buat apa-apa kat israel pasal US sokong dia. jadi mahu tak mahu kita kena atasi US dulu sebelum atasi israel
salah satu cara, kurangkan guna USD dalam urusniaga.
atau baca doa qunut nazilah
atau bagi bantuan
kalau nak pergi berperang dengan israel pun boleh
tu pu kalau kerajaan Malaysia bagi hehehe
pinjam kapal selam, syukoi,
Pak Di,
Kalau boleh tolong senaraikan nama produk yang perlu diboikot.
Kadang-kadang saya keliru tentang boikot barangan AS/Israel.
Contoh terbesarnya KFC. Ia memang datang dari AS tetapi kat Malaysia ni, franchisenya dipegang oleh anak syarikat JCorp, milik kerajaan Johor dan pekerjanya ramai yang beragama Islam. Kalau franchisenya milik orang bukan Islam, memang patut boikot.
Malah dalam laman web PPIM tu,
tak de nama KFC pun dalam senarai tu.
Kalau boleh, kita gesa Jcorp lepaskan franchise terhadap KFC tu walaupun ia menguntungkan.
[...] Dalam post sebelum ini saya ada sebut agar sama-sama mengurangkan penggunaan USD. [...]
Layari website untuk details barangan apa yang mesti diboikot.
http://www.inminds.com/boycott-israel.html
Ingat… Micheal Dell adalah salah seorang yang banyak menyalurkan bantuan ke Israel… jadi… boleh boikot Dell Computer…
begitu jugak dengan Symantec Antivirus… HQ dier kat Israel la…. kat Malaysia banyak orang pakai antivirus nie…. boikot Symantec Antivirus..
assalamualaikum saya harap semua kat sini yg trlpas rancangan halaqah smlam bleh tgk kat tv9.com.my pasai rancangan sebenar zionis keparat nak hancurkan masjid al aqsa
Sumbangan untuk Hamas – Palestin. Direct.
Muslim Care : RHB 26-2120-0000-4747 (resit disediakan jika mahu, rasmi)
Lajnah Antarabangsa : Maybank 5640-7070-3248 (Parti Islam SeMalaysia), di bawah kelolaan Al-Quds Institute Malaysia Chapter.
Panjangkan kepada semua.
[...] 1. Sejauh mana syarikat-syarikat yang disebut itu terbukti mempunyai kaitan dengan Israel ? (Seperti kes KFC dan ia ada disebut oleh salah seorang pembaca di sini) [...]
hm..artikel yg bernas. mnnjuk jln buat smua.thniah pakdi:D
Dah tgk klip youtube tu .. bengong betul la wakil Palestine tu …
pada pandangan saya liga arab supaya haruslah bergabung dan bersatu.. dan semua yang declare sebagai negara islam juga turut bersatu.. insyaallah…
kalau dapat gaji dlm usd camane pulak?
bukan awie, buatlah apa yang termampu.