Apa Itu Riba (3) ?

Posted: September 28th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 15 Comments »

Berdasarkan soalan yang saya beri dalam post yang lepas, maka riba berlaku dalam transaksi C dan D sahaja. Berikut adalah ulasan lanjut.

a. “Sekiranya tuan ingin membeli kereta ini secara tunai, maka harga kesemuanya on the road berjumlah RM 50,000.”

Ini adalah jual beli secara tunai. Kalau penjual beritahu harga kos + untung, ia dinamakan bai’ murabahah. Kalau penjual tak beritahu, ia adalah bai’ musawamah.

b. “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami membenarkan pembayaran ansuran dibuat selama 5 tahun, dan harga kesemuanya on the road akan menjadi RM 60,000.”

Ini adalah jual beli secara tertangguh. Dikenali sebagai bai’ bithaman ajil atau bai’ muajjal. Malah, jual beli murabahah dan musawamah juga boleh dibuat secara tertangguh. Jual beli tertangguh adalah salah satu kaedah muamalat yang halal.

c. “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami boleh memberikan pinjaman 100% dengan kadar faedah 4% untuk tempoh 5 tahun.”

Ini adalah riba al-qard. Riba disebabkan hutang.

d. “Dan sekiranya tuan tidak dapat melangsaikan hutang kereta ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan, kami boleh memanjangkan tempoh hutang tuan dengan tambah

Ini adalah riba jahiliyyah. Riba disebabkan penghutang tidak dapat membayar hutang mengikut masa yang ditetapkan, lalu pemiutang tambah jumlah bayar balik.

Perbankan Islam banyak menggunakan cara B.

Manakala perbankan konvensional menggunakan cara C dan D , atau gabungan kedua-duanya sekali dalam kebanyakan majoriti urusniaga mereka. Kad kredit adalah salah satu contoh aplikasi riba jahiliyyah. Kalau anda gagal bayar balik selepas tamat tempoh grace period, anda akan dikenakan riba.

Terima kasih kepada anda yang telah memberikan jawapan. Terima kasih sekali lagi kerana sabar menunggu saya memberikan jawapan. Kalau anda tersalah bagi jawapan pun tidak mengapa, sebab ini sebahagian dari proses pembelajaran.

Barangkali anda ada persoalan tambahan untuk dilontarkan, maka sila buat demikina dalam ruangan komen. Apa yang boleh saya jawab, saya akan tulis dalam post akan datang.

Share
15 Comments »


15 Comments on “Apa Itu Riba (3) ?”

  1. 1 Afyan said at 1:58 pm on September 29th, 2009:

    Hmmm… nampaknya jawapan saya menepati kehendak soalan. Kalau masuk peperiksaan, tentu saya dapat markah 100%.

    :)

  2. 2 Afyan said at 2:03 pm on September 29th, 2009:

    Selalunya, apabila kita berjumpa dengan pegawai bank yang menawarkan perbankan Islam dan konvesional serentak, mereka akan memberikan tawaran;

    “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami boleh memberikan pinjaman 100% untuk tempoh 5 tahun. Kalau yang konvesional, jumlah faedah 5% akan dikenakan. Kalau yang Islamik pun sama, tapi dengan harga jualan sebanyak RM 50,000.00″

    Hmmm…

  3. 3 n12am said at 4:14 pm on September 29th, 2009:

    کوڤسن يڠ ساڠت مناريق لاݢي برمنفعة د دالم منچاري اوروسن معاملة يڠ حلال د سيسي شريعة

  4. 4 gerbert said at 10:44 am on September 30th, 2009:

    pakdi.. saya difahamkan konsep BBA hanya diterima di malaysia. kat negara arab tak pakai. boleh komen on this? kat sana diorang banyak pakai konsep musyarakah. kat malaysia pon bank dah banyak bertukar ke konsep musyarakah.

  5. 5 sal said at 6:56 pm on September 30th, 2009:

    peninglah…kena baca 10x bru faham nih….

  6. 6 Dr Azwan said at 8:48 am on October 1st, 2009:

    Ye… akhirnya. Pembayaran tertunggak melalui BBA. Macam Gerbert tulis, Pakdi atau Ust Zaharudin pernah komen pasal fatwa luar negara yang tidak mengiktiraf BBA. Namun mengharuskan musyarakah mutanakisah.

    pls give your expert komen…

  7. 7 Amin007 said at 1:29 pm on October 1st, 2009:

    kalau nak pinjam duit untuk beli rumah atau kereta,
    yang aku faham bank akan beli dulu dari orang yang jual rumah atau kereta, kemudian jual kat kita dengan harga yang mahal sikit laa

    cuma bab nak buat pinjaman peribadi sikit laa aku kurang faham konsepnya. yang aku faham kita beli sijil bank dengan hutang, dan bank beli sijil tu dengan harga tertentu. tapi …

  8. 8 Imram Malik said at 4:48 am on October 2nd, 2009:

    Pakdi, bila nak diadakan lagi bengkel pasaran hadapan ?

  9. 9 zamri said at 7:39 am on October 3rd, 2009:

    aduh…. amin007 …. ada tapi2 la pulak…

    hehe…

  10. 10 Amin007 said at 8:02 pm on October 3rd, 2009:

    zamri kata ”

    aduh…. amin007 …. ada tapi2 la pulak…

    hehe…

    hehehe … maksudnya ada makna tersirat di sebalik yang tersurat yang tak dapat diucap oleh kata-kata

    apa pun aku suka riba kucing atas peha aku semasa bersila hehehe

    nak tunggu isteri duduk atas pangkuan lama lagi hohoho

  11. 11 mrbapak said at 12:23 am on October 7th, 2009:

    hahaha.dah betul tekaan ku,tapi tak sempat nak bagi jawapan,dah kuar jwpannye.konsep c dgn d tu mmg diamalkan secara meluas oleh bank2 konvensional kat sini.Tapi,biase la.itu cara mereka nak berniaga.dapatkan untung.yang penting,kite sebagai pengguna kena tau memilih yang mane ‘halalan toyyiba’.Terima kasih pada padi, sebab memberikan penjelasan panjang lebar.Kami yang tidak tahu langsung ttg perbankan islam ni, akhirnye paham serba sedikit.Tapi pening sket dgn istilah tu.mcm cerita p.ramlee ‘bulat2, taik unta’..hehehe

  12. 12 Amin007 said at 10:36 am on October 7th, 2009:

    bulat2, taik unta maksudnya … :D

  13. 13 najib said at 11:55 am on October 14th, 2009:

    Saya da beberapa kali berusaha mendapatkan e-book Pakdi bertajuk “Mari Belajar Cashflow” tp tidak berjaya…?? kenapa ?? adakah skrg ia sudah dijual??

  14. 14 Apa Itu Riba (4) ? | Pakdi.my said at 1:21 pm on October 31st, 2009:

    [...] ini adalah huraian lanjut tentang post yang bertajuk Apa Itu Riba (3) [...]

  15. 15 zman said at 4:58 pm on January 15th, 2010:

    nk tanya la…
    kalau perjanjian diberi 2 tahun utk bayar hutang. Tapi penghutang tak mau bayar. Tempoh hutang dah sampai 5 tahun dh. kes ni..mcmn. sapa nk tanggung kerugian pemiutang.t.kasih


Leave a Reply