Apa Itu Riba ? (2)

Posted: September 15th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 26 Comments »

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Esok lusa dah nak raya, mahu juga melaram dengan kereta baru. Kalian baru sahaja berkenan dengan sebuah kereta berharga RM 50,000. Ada pelbagai pakej ditawarkan. Satu hari semua lulus pun boleh dapat maaa… Lalu kalian pun bertanyalah apa yang patut dan berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pihak-pihak berkenaan.

a. “Sekiranya tuan ingin membeli kereta ini secara tunai, maka harga kesemuanya on the road berjumlah RM 50,000.”

b. “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami membenarkan pembayaran ansuran dibuat selama 5 tahun, dan harga kesemuanya on the road akan menjadi RM 60,000.”

c. “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami boleh memberikan pinjaman 100% dengan kadar faedah 4% untuk tempoh 5 tahun.”

d. “Dan sekiranya tuan tidak dapat melangsaikan hutang kereta ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan, kami boleh memanjangkan tempoh hutang tuan dengan tambahan sebanyak 8% sebulan sehinggalah hutang habis dibayar.”

Mengikut kefahaman kalian, yang mana satu dari dialog di atas adalah transaksi riba ?

p.s. Jangan malu untuk cuba menjawab. Ini adalah sebahagian proses pembelajaran. Kalau mahu belajar subjek sebegini dari kursus-kursus professional berkaitan mau makan ribu-ribu jugak.

Share
26 Comments »


26 Comments on “Apa Itu Riba ? (2)”

  1. 1 Hasbullah Pit said at 5:41 am on September 15th, 2009:

    d

  2. 2 topeq said at 8:37 am on September 15th, 2009:

    c ngan d..

  3. 3 meowgeram said at 8:44 am on September 15th, 2009:

    dan mcm mana pula kalau dialog di atas adalah yg ditawarkan oleh institusi perbankan Islam di sini. :)

  4. 4 Abu Iqbal said at 8:45 am on September 15th, 2009:

    c & d confirm riba’

    a & b jangan digabungkan semasa akad nanti boleh jadi riba’. Cth :

    ” Aku jual kereta ini dengan harga 50K tunai atau 60K ansuran selama 5 tahun”

  5. 5 eezone said at 10:26 am on September 15th, 2009:

    b,c dan d. betul ke?

  6. 6 hamba said at 2:08 am on September 16th, 2009:

    c dan d… betul x pakdi?

  7. 7 ipannapi said at 7:36 am on September 16th, 2009:

    pakdi..
    next year nak blajo cashflow 202 plak..
    takpun ape2la yg advanced cket utk powerkan financial iq.. heheh..
    c dan d! btol x?

    ipan moscow

  8. 8 Remy said at 8:08 am on September 16th, 2009:

    C & D…

  9. 9 Dr Azwan said at 9:10 am on September 16th, 2009:

    Rasanya B, C dan D….
    tunai jer yang takder riba tu kat A tuh..
    Yang B tu ada unsur riba sebab ada tambahan RM 10k yang dibayar sekiranya secara ansuran.

    Wallahu Alam..

    *** Kena dapat jawapan sebelum raya. kalau tak tak sempurna raya ni sebab terfikir2 jawapan!!

  10. 10 Mur said at 10:52 am on September 16th, 2009:

    kalo mengikut klue yg diberi.saya pilih B C dan D pakdi,hehehhe.

  11. 11 arin said at 12:18 pm on September 16th, 2009:

    aku rasa semua..

  12. 12 zul^a said at 2:52 pm on September 16th, 2009:

    :-D

  13. 13 hawa said at 3:31 pm on September 16th, 2009:

    b, c dan d! a’ah, nak main cashflow 202 plak!

  14. 14 sal said at 6:50 pm on September 16th, 2009:

    Kalau Ahmad pinjam pd Ali RM 100….
    Ahmad kena bayar RM 100 jugak…
    baru namenya Ali tak makan riba…
    Kalau Ali mintk RM200 tu namanya riba….
    Kalau Ali mintak RM 110 je mungkin itu caj perkhidmatan….

  15. 15 shuth said at 7:59 am on September 17th, 2009:

    ya.. saya pun rasa B,C, & D.
    Hanya A je yg takder riba.

  16. 16 Afyan said at 8:52 am on September 17th, 2009:

    C dan D

  17. 17 treec00l said at 10:11 am on September 17th, 2009:

    c dan d kompom riba.

    A insyaAllah xde riba.

    B tu, saye xbrape pasti. xboleh ke? xde hidden @ xtra charge kan? cume die naikkan harga sebab ansuran, tp die dah nyatakan dgn jelas. betulkan kalo saye silap.

    wallahu’alam.

  18. 18 Acik fosilmitra said at 11:19 am on September 17th, 2009:

    Acik pilih d.

    Taknak bukak topik ucap selamat hari raya ke pakdi?…

    Selamat menyambut hari raya aidilfitri… maaf zahir batin jikalau ada..

    Wassalam.

  19. 19 ashrafcifp said at 12:52 pm on September 17th, 2009:

    a dan b – bai’ musawamah (a spot, b installment)
    c – untung dengan memberi pinjaman, riba
    d – untung dengan memanjamkan tempoh pinjaman, riba juga.

    jadi, yang riba ialah c dan d

  20. 20 ahsue said at 2:47 am on September 18th, 2009:

    c and d maa!!

  21. 21 Amin007 said at 7:20 am on September 18th, 2009:

    c & d adalah riba. b dikira halal sebab beli ansuran kan kan kan. tapi aku lebih suka pilih e

    e. “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami membenarkan pembayaran ansuran dibuat selama 5 tahun, dan harga kesemuanya on the road akan menjadi RM 60,000.

    Dan sekiranya tuan tidak dapat melangsaikan hutang kereta ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan, kami boleh memanjangkan tempoh hutang tuan sehinggalah hutang habis dibayar.”

    ok tak pakdi hehehe

    apa pun saya dengan ini ingin mengucapkan
    selamat hari raya maaf zahir dan batin

  22. 22 pokmam said at 11:23 pm on September 18th, 2009:

    saya rasa semua except A..

  23. 23 lil said at 11:12 am on September 21st, 2009:

    jual beli x sah.. cos ada banyak harga..

  24. 24 nazim said at 2:20 pm on September 25th, 2009:

    assalamualaikum
    aku rasa b,c,d riba……….

  25. 25 Dr Azwan said at 12:29 am on September 28th, 2009:

    Raya dah abih.. jawapan belum dapat lagi……

  26. 26 Apa Itu Riba (3) ? | Pakdi.my said at 11:04 pm on September 28th, 2009:

    [...] soalan yang saya beri dalam post yang lepas, maka riba berlaku dalam transaksi C dan D sahaja. Berikut adalah ulasan [...]


Leave a Reply