Apa itu Pengurusan Kewangan?

Posted: July 24th, 2007 | Author: pakdi | Filed under: Perancangan Kewangan | 9 Comments »

Apabila disebut maudu’ pengurusan kewangan, ini lah yang perlu anda tahu:

1. Pengurusan Cashflow
2. Perancangan Cukai
3. Pelan Insurans
4. Pelan Pelaburan
5. Pelan Persaraan
6. Estate Planning

Asasnya adalah pengurusan cashflow. Sebab ia akan memberi kesan besar kepada hal-hal lain. Kalau anda gagal melakukan active savings dan tidak mengawal perbelanjaan, sebenarnya anda sendiri mencipta barah kewangan sendiri yang anda akan rasai 20-30 tahun akan datang. Malah, salah guna kad kredit boleh menyebabkan barah itu merebak dalam masa 5-10 tahun sahaja.

Kesilapan seterusnya adalah apabila anda menyamakan pelan insurans, pelan pelaburan dan pelan persaraan dalam satu produk. Baik dalam unit amanah, investment-link insurance dan lain-lain. Pelan-pelan ini sebenarnya adalah lebih dari sekadar anda membeli produk-produk daripada ejen yang mendekati anda.

Perkara yang selalu dilupakan adalah pengurusan cukai dan estate planning. Berapa ramai orang tidak tahu cara tidak membayar cukai dengan cara yang sah dan berapa banyak aset yang tidak dapat dicairkan kerana tidak merancang pembahagian harta.

Dan selaku orang Islam, ada 2 pelan tambahan yang mesti anda masukkan:

1. Pelan Fardhu Haji
2. Pengurusan Zakat

Ingat, perancangan kewangan adalah pelan yang komprehensif dan ia bersifat personal. Pelan anda dan pasangan anda pun pasti ada perbezaan. Perancangan kewangan bukan sekadar membeli produk ABC dan dana XYZ. Itu bukan merancang kewangan, itu namanya anda tolong bayarkan installment kereta mewah ejen tersebut.

Share
9 Comments »


9 Comments on “Apa itu Pengurusan Kewangan?”

  1. 1 Robotys said at 11:38 am on July 25th, 2007:

    betul2 harap agar pakdi dapat kupas pelan2 tersebut satu persatu. Antara mender yg saya ingin sgt tahu ialah taktik2 dan juga “core” idea sesuatu pelan tersebut. Dapat wat 1 post for each plan pon best gak rasanya… ;)

    yg berharap

  2. 2 pakdi said at 11:45 am on July 25th, 2007:

    in general boleh la kot tulis-tulis, tapi utk spesific advice kena refer licensed financial planner ;)

  3. 3 azwanhadzree said at 1:20 pm on July 25th, 2007:

    Pakdi,
    I think, in Malaysia, terutamanya orang melayu ni, masih kurang faham dan arif dalam perancagan kewangan, lebih2 lagi debt management. Tengok sahaja pelanggan courts mamoth, siapa ramai.

    Topik ni sahaja kalau buat betul2 boleh buat buku kan :)

  4. 4 Alyani said at 1:23 pm on July 25th, 2007:

    dalam FP pekara paling penting adalah DIRI SENDIRI & DISPLIN..
    memang ramai yg tahu tentang asas perancangan kewangan..tapi yang dah berjaya mengimplementasi plan yg dibuat boleh dikira…

    RISIKO terbesar dalam FP dan susah dielak adalah DIRI anda kita SENDIRI

  5. 5 pakdi said at 1:35 pm on July 25th, 2007:

    buku? Tak mau ah, orang nanti label gua buat duit tru buku. kiki… ;)

  6. 6 pakdi said at 1:36 pm on July 25th, 2007:

    DISIPLIN tu kena ada cikgu. itu pun ramai budak tak makan saman lagi. hehe… ;)

  7. 7 Putri said at 2:25 pm on February 24th, 2008:

    I think this is a very useful blog! I tried to leave comments on the Amanah Saham posts tapi cam x boleh je. Anyway, Keep on writing. I have a suggestion though, since there are blog-readers who do not have a financial background (kirenye, tidak berapa faham term2 kewangan), but would really love to know the basics of finance, harap agar pakdi dapat memberikan contoh2/analogi2 supaya kami senang faham. Thanks.

  8. 8 pakdi said at 10:41 pm on February 25th, 2008:

    saya cuba yang terbaik untuk membantu putri dan pembaca lainnya apa yang terdaya :) terima kasih kerana mengunjung,

  9. 9 Khasiat Susu Ibu Untuk Kaum Bapa | Pakdi.my said at 10:07 pm on November 1st, 2009:

    [...] kata susu ibu tidak ada khasiat untuk perancangan kewangan kaum bapa? nuffnang_bid = "7ba8bd6e53699bf5facc4ddff6a2ccb3"; Entri lain yang menarik: 2 [...]


Leave a Reply