Apa itu Pasaran?

Posted: October 22nd, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perniagaan | 29 Comments »

Hari ini saya lihat ramai daripada kita keliru dengan subjek-subjek sekitar ekonomi.

Macam pasaran.

Macam kekayaan.

Macam harta.

Macam perniagaan.

Macam pelaburan.

Sedangkan perkara-perkara seperti keusahawanan sebenarnya ada dalam diri setiap daripada anda. Ia sebenarnya ada dalam diri anda. Ia adalah perkara semulajadi yang anda boleh faham dan boleh buat dengan mudah. Hanya sedikit latihan diperlukan pada peringkat awal.

Macam anda makan nasi.

Macam anda tidur.

Macam anda berjalan.

Macam anda berseronok-seronok dengan isteri / suami. Hihi …

Tahu-tahu je dah kenyang. Tahu-tahu je dah hilang penat. Tahu-tahu je dah boleh berlari. Tahu-tahu je dah kena mandi hadas besar. Hihi …

Tetapi perkara mudah ini telah disusahkan dengan pelbagai perkembangan ekonomi yang kompleks, kewujudan istilah, adanya teori yang anda fikir anda perlu tahu dulu untuk jadi seorang yang mempunyai harta. Yang anda fikir anda perlu tahu itulah macam-macam istilah ekonomi Islam. Yang anda rasa anda mesti ada ilmu yang banyak dulu baru anda boleh buat.

There seems to be some perverse human characteristic that likes to make easy things difficult. (Warren Buffett)

Patutlah dulu, mentor saya cakap, “Di, kau buat je bisnes dulu. Berniaga. Jangan fikir sangat pasal teori buku teks yang kau belajar dekat universiti dulu. Tak guna. Menyusahkan. Just do it.”

Pada zaman dahulu.

Ali seorang penggembala kambing. Dia ada banyak kambing. Kambing boer, jampari, kampung, biri-biri. Semua ada.

Abu seorang penanam gandum. Ladang gandum Abu sangat besar.

Satu hari, Ali rasa dia nak sangat makan kebab. Dia sudah ada kambing. Jadi dia boleh sembelih mana-mana kambing yang dia suka untuk dipanggang dijadikan daging kebab.

Tapi, Ali takde gandum untuk dibuat roti. Tetapi Ali tahu Abu banyak tanam gandum. Setakat secupak dua, takkanlah Abu tak mahu bagi. Ali pun berjumpa dengan Abu:

Ali: Abu, bolehkah hamba mendapat secupak dua gandum dari tuan?

Abu: Saudaraku Ali, jangankan secupak dua. Satu pikul pun hamba boleh bagi. Tetapi hamba mahu seekor kambing kampung sebagai pertukaran (exchange).

Ali: Wah, itu sudah bagus. Nanti bukan sekadar isteri hamba buatkan hamba kebab, tapi lempeng, roti, mi semuanya boleh dibuat. Hamba setuju, seekor kambing kampung ditukarkan dengan sepikul gandum.

Abu: Alhamdulillah. Dapat makan kari kambing jugak hari ini.

Pertukaran barangan itu berlaku.

Maka perniagaan sebenarnya telah berlaku.

Pasaran telah bergerak.

Adakah Abu dan Ali perlu tahu apakah itu akad kontrak yang sah di sisi Islam? Tetapi tanpa diajar pun, Abu dan Ali semula jadi akan tahu, sekiranya ada diantara mereka dipaksa menerima tanpa sukarela, atau kambing yang diberi cacat, gandum yang diberinya banyak yang rosak, maka ia akan menimbulkan konflik dan pergaduhan sesama mereka.

Maka selepas itu, Ali dan Abu pun berusaha mencari orang lain yang ada banyak rempah ratus, macam daun kari, jintan, cili, garam, gula dan sebagainya untuk membolehkan mereka makan kebab dan kari kambing.

Ali mempunyai harta, iaitu kambing-kambing.

Abu juga mempunyai harta, iaitu gandum.

Ali dan Abu tahu, lagi banyak dia membela kambing dan mengusahakan gandum, lebih banyak barang yang boleh ditukarkan untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Sekiranya pada zaman itu sudah ada kereta Kancil, barangkali Ali mungkin tidak ada masalah untuk menukarkan 100 ekor kambing dengan sebiji kereta Kancil. Sekiranya itu adalah penilaian yang boleh diterima suka sama suka pada masa itu.

Tetapi zaman berubah. Ali, Abu dan rakan-rakan mula mencari penyelesaian yang lebih mudah.

Penat tu nak memikul gandum ke sana ke mari. Lagi pun bukan semua orang mahu menerima gandum untuk ditukar dengan kayu, contohnya. Tukang kayu mungkin pada masa itu lebih berkehendakkan kambing.

Lalu muncullah bahan pertukaran (medium of exchange) yang dinamakan duit.

Duit ini pada awal-awal dulu sehingga pada tahun 1970, sebenarnya adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang sebenar. Macam ada yang disandarkan dengan perak. Disandarkan dengan emas. Atau disandarkan dengan apa-apa barangan bernilai yang lain macam sutera, gangsa, tembaga dan seterusnya.

Cuma hari ini selepas 15 Ogos 1971, Presiden Nixon telah membuatkan duit yang ada ditangan anda itu hanyalah kertas kosong yang dilukis dengan gambar Agong atau gambar lainnya. Ia tidak bernilai lagi. Jaminan wang ini sah diperlakukan dengan nilai itu boleh tinggal jaminan sekiranya berlaku krisis tertentu. Tiada lagi sandaran kepada emas dan barang berharga lainnya.

Tetapi apabila wujudnya wang, baik wang yang masih ada nilai atau tidak bernilai seperti sekarang, manusia sedikit demi sedikit sudah mula tak berapa nak menjadi usahawan. Sebabnya dia tak berapa suka nak menjual. Tak berapa suka untuk buat pemasaran. Tak berapa suka nak jumpa orang dan bagitahu apa harta yang dia ada.

Sekarang kalau ada kambing pun, kena cari dulu pembeli kambing. Dah la bukan senang nak cari pembeli kambing. Dah dapat duit, baru boleh boleh beli sebiji handset terbaru yang canggih manggih.

Tapi, kalau kambing itu boleh ditukar terus dengan sebiji handset, mungkin hari ini ramai orang suka dan rela nak bela kambing. Sebab dia nampak terus, yang kambing itu adalah aset dan harta yang bernilai. Yang boleh ditukar dengan benda lain.

Orang yang tiada harta seperti kambing dan gandum pula, dia menawarkan sesuatu perkhidmatan yang boleh ditukarkan. Mungkin dia mahir mengayam tikar. Menjahit. Menukang besi. Mengurut dan seterusnya.

Barangkali, Sultan mahu tikar istana yang baru. Untung orang yang mahir menganyam tikar. Sehampar tikar nilainya sama dengan bekalan gula dan garam selama satu tahun, atau 10 ekor ayam dan seterusnya.

Tetapi hari ini, orang yang ada kemahiran tertentu, tidak boleh lagi membuat pertukaran barter seperti itu. Dia kena berusala lebih sikit. Dia kena buat marketing dan menjual kemahiran dirinya kepada ramai orang. Baru dia dapat duit. Dan tak ramai yang suka berniaga sebab menjual ini banyak rejection. Dan manusia tidak suka kepada rejection.

Kalaulah dengan mahir menjahit hari ini, kita boleh terus-terus tukar dengan apa-apa barang yang kita mahu, mungkin hari ini ramai orang hari ini akan jadi tukang jahit. Lebih ramai dari yang kerja bank. Sebab sepasang baju dapat 5 kilo daging. Sepasang baju lain pula dapat peti sejuk. Dapat pula projek jahit baju perkahwinan Mawi Ikin, lagi macam-macam boleh dapat.

Bila ramai yang mula melihat duit semata-mata sebagai harta, maka mulalah kita merungut beli kita membuat sesuatu pembelian.

Kuih tu mahal.

Nasi lemak tu mahal.

Sedangkan sebelum wujudnya duit, barangkali kita suka dan rela menukarkan sepinggan kuih dengan tali. Kita dapat makan kuih. Pembuat kuih dapat gunakan tali yang dia mahu.

Tetapi selepas adanya duit, kita rasa “harta” kita hilang apabila harga kuih menjadi 50 sen sebiji. Kita terasa kita rugi, dan peniaga sahaja yang untung. Kita rasa tiada win-win situation lagi.

Sedangkan duit itu hanyalah medium of exchange. Pandai-pandai kita lah untuk membina harta dan aset dari duit yang kita ada.

Sedangkan kita tidak pernah fikir makcik yang jual kuih tu pukul 3 pagi lagi dah bangkit tidur nak siapkan kuih muih. Kena pergi pasar dapatkan tepung, kelapa, gula, garam. Kena beli oven. Untung tidak seberapa itulah untuk membesarkan anak-anak.

Kita ni dok tidur sakan masa pukul 3 pagi tu, bangun pukul 7, lepas punch di pejabat, pergi kantin, dapat tahu makcik tu jual 50 sen, kita komplen dan bising-bising sahaja yang tahu.

Cuba lah buat kuih sendiri kalau ingat senang nak buat karipap, kaswi, tepung pelita semua tu?

Kemudian kita marah peniaga tamak. Inilah hasil kapitalis. Cekik darah. Tidak membantu pekerja. Tidak membantu golongan buruh. Kita buat surat bantahan hantar kepada PM, mintak kawalan harga dikenakan kepada penjual-penjual kuih. Kita kata makcik kuih tu jahat, tamak dan haloba sebab jual kuih 50 sen sebiji. Inilah peniaga. Semua tamak-tamak. Mata duitan.

Sedangkan kita yang tamak. 50 sen tu murah kalau dibandingkan pengorbanan makcik tu bangun sejak pukul 3 pagi untuk siapkan kuih untuk kita, cari bahan di kedai, penat lagi. Kita tahu-tahu pagi nak makan pergi kafe kemudian cari skim duduk diam-diam dapat duit.

“Biar kuih tu dijual 5 biji sehengget. Puas hati aku. Kerajaan kena kawal harga. Nanti peniaga tamak!”

Jadi sekarang anda sudah mula nak faham apa itu pasaran? Dan tahu siapa yang membentuk pasaran? Apa itu harta dan kekayaan ? Apa itu duit ? Adakah duit itu aset ?

Share
29 Comments »


29 Comments on “Apa itu Pasaran?”

  1. 1 cencurut said at 12:09 pm on October 22nd, 2008:

    hua…. makin tak paham gua tentang pemasaran nie… tapi kalau penasaran … hehehe tau la gua… hehehe

  2. 2 pakdi said at 12:11 pm on October 22nd, 2008:

    ini bukan topik pemasaran (marketing).

    tapi pasaran (market)

    tapi kalau dah buat bisnes, benda ni akan paham secara semulajadi. sikit demi sedikit kita akan nampak macam mana bisnes bergerak.

  3. 3 cencurut said at 12:16 pm on October 22nd, 2008:

    hehehe… sajer jer…. bukan tak paham.. tapi terlebih paham… hehehe

  4. 4 mohsein said at 3:51 pm on October 22nd, 2008:

    aku nak keluar dr topik
    Atletico Madrid striker Diego Forlan has promised to score against Liverpool in the Champions League on Wednesday – and dedicate the goal to his former club Manchester United. (Daily Mirror)

    ooohh ahhhh forlan

  5. 5 pakdi said at 3:55 pm on October 22nd, 2008:

    takpa. bagi ah. pastu kuyt, gerrard, riera ngan caragher sumbat. sedekah amalan mulia. ahahahaha

  6. 6 cencurut said at 4:37 pm on October 22nd, 2008:

    biasala gol sendiri tue… aper der hal…

  7. 7 mahyudin said at 5:14 pm on October 22nd, 2008:

    ish ish pakdi… analogi sikit punya panjang… nak bagi paham….tahniah, bagus usaha sebegini.

    cuma, bila sampai part ni yg tak tahan ni, nak tergelak pun ada…hahahaa

    Kemudian kita marah peniaga tamak. Inilah hasil kapitalis. Cekik darah. Tidak membantu pekerja. Tidak membantu golongan buruh. Kita buat surat bantahan hantar kepada PM, mintak kawalan harga dikenakan kepada penjual-penjual kuih. Kita kata makcik kuih tu jahat, tamak dan haloba sebab jual kuih 50 sen sebiji. Inilah peniaga. Semua tamak-tamak. Mata duitan.

    Sedangkan kita yang tamak. 50 sen tu murah kalau dibandingkan pengorbanan makcik tu bangun sejak pukul 3 pagi untuk siapkan kuih untuk kita, cari bahan di kedai, penat lagi. Kita tahu-tahu pagi nak makan pergi kafe kemudian cari skim duduk diam-diam dapat duit.

    “Biar kuih tu dijual 5 biji sehengget. Puas hati aku. Kerajaan kena kawal harga. Nanti peniaga tamak!”

    hahhaaa…!!! sori gelak belum abis lagi..

    agaknya pakdi lupa, bukan makcik tu sorang yg jual kuih, kan… katakanlah makcik dalam cerita pakdi makcik A…

    rupanya ada makcik B, C dan D, semua pakat jual kuih tepung pelita,kaswi dgn karipap, semua makcik tu pun bangun pukul 3 jugak, susah-susah buat kuih macam makcik A tu jugak…

    alih2 kenapa makcik B, C, dan D boleh jual 30 sen sebiji… ohh, ini sudah menghairankan…. kuih nya sama, saiznya lebih kurang sama, rasanya pun lebih kurang sama…. tp kenapa makcik A jual lebih mahal…???

    ini sudah tidak adill!!!

    sebenarnya pakdi, kita sebagai pembeli tak perlu buat memo untuk kawalan harga hantar pada PM pun… pasaran free market tu sendiri aku naturally eliminate makcik A sebab menjual berdasarkan tamak… naik harga tak tentu pasal, kan?

    atas sifat semulajadi manusia juga pembeli akan pegi beli pada makcik B, C, D sebab kuih sama jugak, tp harga lebih murah…

    lama2 makcik A rugi, bangun pukul 3 pagi teruk2 buat kuih semua tak terjual, orang tak beli asyik mahal, maka sama ada dia giveup jual kuih atau dia turunkan harga kepada 30 sen, itu aja…

    oh ya, itulah kebaikan free market, dan saya sememangnya akui kebolehan free market seperti ini, menggalakkan persaingan yg sihat..

    tp andai kata Makcik A tu sorang2 saja kat situ, dia monopoli habis kawasan tempat jual tu… makcik2 yang lain yg nak buka gerai kuih dekat dgn kedai dia abis dia halau, macamana tu…???

    kan makcik2 lain dah kena ngadu kat majlis daerah/perbandaran kat tempat tu… apsal plak makcik A ni nak bolot dia sorang??

    bila majlis daerah/bandaran siasat, ohh, rupanya makcik A tu sebenarnya sewa satu tapak aja, tapak lain yg kosong orang lain yg punya, so apa kes makcik tu nak monopoli, kan…??

    so pegawai bandaran datang ler beri amaran pada makcik tu, esoknya dia takde la halau makcik B, C dan D nak berniaga…

    still, kita masih perlukan peranan sebuah institusi yg lebih besar dari makcik peniaga tu sendiri…

    cerita pakdi ni kes kuih, takde hal besar sangat…

    tp kalau dah masuk barang keperluan rakyat, macam beras, maka sememangnya kerajaan perlu berbuat sesuatu… kerajaan takleh biarkan monopoli oleh satu pihak ja, macam sekarang ni, bernas aja monopoli…kan kan?

  8. 8 pakdi said at 5:21 pm on October 22nd, 2008:

    tuan mahyudin, bukankah saya sudah sebut banyak kali, monopoli bukan prinsip free market?

    saya tidak pernah nafikan peranan kerajaan dalam pasaran terbuka, cumanya, cukuplah sekadar “minimum intervention.”

    sebab itu ekonomi Islam datang sekali dengan undang-undang hudud sebagai contoh, undang2 hudud ini hak kerajaan untuk execute the law. ia nak pastikan agar perampok, pencuri, semua tu tidak mengacau market.

    sebab bila jenayah tinggi, pasaran juga akan terhenti dan tidak bergerak kerana ramai takut nak berniaga.

    kalau isu semudah jual kuih pun tidak boleh faham, macam mana nak cerita isu yang lebih kompleks ?

    kita pun bermula dari A,B,C sebelum kita boleh mengarang sebuah buku bukan?

  9. 9 mahyudin said at 5:31 pm on October 22nd, 2008:

    ia, maknanya kita serupa laa.. kerajaan masih lagi ada peranan…

    nak tentukan banyak sikit peranan kerajaan, kena tengok situasi, masa, jenis barang, dan keadaan rakyat…tak buleh la sentiasa sikit, tak boleh terlalu banyak… di ala-ala wasatiyah gitu…

    sistem ekonomi kapitalis maknanya tiada peranan kerajaan langsung or very limited intervention… back to square one…definisi kapitalis

    agaknya saya kata gajah mesti telinga besar, sebab saya kenal gajah dengan memegang telinga dulu….

    pakdi kata gajah mesti hidung panjang, sebab pakdi kenal gajah dengan belalai dulu…

    haha, kita akui menda yg sama rupanya….

    kan kan, hahaa…

  10. 10 pakdi said at 5:43 pm on October 22nd, 2008:

    saya mengambil definisi yang tuan bagi dalam blog tuan:

    “amat sedikit atau hampir tiada langsung keputusan/gangguan/kawalan daripada kerajaan.”

    kan ada perkataan ATAU di situ.

    saya bersetuju dengan amat sedikit (little intervention). bukan tiada langsung. apatah lagi terlalu banyak.

    tuan yang buat assumption yang saya mahukan tiada langsung kawalan.

    sebab saya ini background law. dulu saya belajar mengenai perdebatan orang Barat antara private morality (kerajaan tiada hak tentukan moral) vs public morality (kerajaan boleh tentukan moral).

    dan dalam Islam sudah tentu kita maklum, doktrin public morality itu lebih hampir dengan Islam sebab kita ada undang2 hadd. walaupun begitu, kita tidak boleh mencari kesalahan orang lain, mengintai-intai dalam kediaman dsb masa nak enforce hadd.

    begitu juga halnya dengan isu ekonomi. kerajaan ada hak untuk campur tangan dalam perkara seperti pengharaman riba, menghalang penipuan, tangani rasuah, hapuskan monopoli, isu human trafficking, drugs business dll tetapi apabila sampai isu pricing, supply demand, kerajaan tidak wajar untuk masuk campur tangan. biarlah market yang menentukan.

  11. 11 treec00l said at 5:59 pm on October 22nd, 2008:

    i am a buyer. i will try to get a best buy.
    -
    i am a seller. i will try to get the best price.
    -
    saye penah jaja hotdog mase belajar dulu. persaingan agak sengit, sebab ade penjual hotdog yg lain, ade jugak yg niage nasik lemak, karipap, dll.
    -
    biase lah, peniage akan cube dptkan harge terbaik bile ade persaingan, supaye laku dan dapat untung.
    -
    pembeli pulak, mestilah akan beli sesuatu yg berbaloi dgn wangnye, supaye dpt makanan terbaik pada harge terbaik, bukan termurah.
    -
    itu je lah yg aku paham. tq. hehehe

  12. 12 kumb@ng said at 6:40 pm on October 22nd, 2008:

    masa dah time untuk pakdi tulis buku pasal kewangan,pelaburan… :)

  13. 13 taza said at 8:18 am on October 23rd, 2008:

    setuju boleh saya beli …ha sapa yang tak tahu pasaran tu apa Pak Di dah terang nga secara santai nyer :smile:

  14. 14 Amin Ahmad said at 8:59 am on October 23rd, 2008:

    Salam.

    Sdr, mahukah jika saya tawarkan ruang untuk sdr menulis isu-isu berkaitan pasaran bebas di WauBebas.Org?

  15. 15 harisz said at 9:22 am on October 23rd, 2008:

    terima kasih atas kesudian pakdi kunjung ke Diskopi.wordpress.com. kami di diskopi memang berhasrat merancakkan perbincangan mengenai ekonomi khususnya makro ekonomi. kami juga membawa pemikiran – pemikiran utama ekonomi untuk dibahaskan. hal ini kerna tidak banyak tulisan dalam bahasa melayu (sebagiamana yang pakdi katakan) tentang ekonomi ini. maka kami berhasrat pakdi boleh links kan diskopi ini di laman pakdi. moga ia beri manfaat untuk semua.

  16. 16 hayyi said at 10:34 am on October 23rd, 2008:

    Orang tua2 cakap..

    “dulu kalau ada 10sen, boleh beli nasik lemak, air kop!i”

    atau dalam versi yang lain…

    “bapak dulu pergi sekolah bawak 5sen je. Cukup untuk makan & minum.”

    Sekarang ni RM3 pun belum tentu cukup untuk beli sepinggan nasi dengan lauknya sekali.

    Kenapa perkara ni boleh berlaku?

    Adakaha sebab nilai RM kita menyusut?

    Atau harga barang makin meningkat naik?

    Kalaulah kita masih lagi pakai sistem barter sekarang ni…adakah nilai pertukaran antara satu barang dengan barang yang lain akan berubah disebabkan nilai barang tu sendiri yang meningkat?

    Saya tak paham…huhu…

  17. 17 treec00l said at 11:11 am on October 23rd, 2008:

    dulu2 bdak skolah xbeli mknan dgn lauk. diorg beli ala kadar. bdak2 skrg kalo tgk, mesti xnak mkn mknan tu :)

  18. 18 faridfadhly said at 12:44 pm on October 23rd, 2008:

    salam pakdi..lama tak menyinggah sini

    cayalah artikel pakdi ni..

    money dicipta sebagai medium of exchange, store of value dan unit of account – to avoid inconvenience of pure barter system.

    tapi sekarang, orang dah berniaga duit. macam enty chedet pasal financial turmoil in malaysia ; what is happening in the world today is the total collpase of financial system – this has been brought by greedy people. Instead of doing business in goods & services they now do business in money, in ficticous money.

    money dah tak hold ketiga2 function ni sekarang.

    kalau nak tau apa benda yang medium of exchange, store of value and unit of account, kita boleh tengok bonuslink punya points, funfair punya token atau chip dekat kasino. – setiap unit will determine apa yang kita boleh dapat for exchange, store of value (value tak fluctuate) dan unit of account.

    tapi sekarang orang kerja sebab nak kumpul point ni, trade on it and even pledge their wealth kat bank in order nak kumpul ‘money’. kita taknak kumpul token dan bonus link points kan? dulu2 semua tanah dekat kl orang melayu yang punya..tapi diorang pergi cagar kat bank untuk dapat ‘money’ n akhir skali kena lelong kat tangan orang lain.

    ada satu positive sign, orang dah start exchange pakai topup punya credit, bayar parking pakai touch n go..new form of ‘money’?

    ta!

  19. 19 cencurut said at 12:49 pm on October 23rd, 2008:

    Dulu nilai 10 sen kita bersamaan dengan 10 Syilling Pound UK … sebab tue la ader harga…

  20. 20 Thinkerich said at 2:07 pm on October 23rd, 2008:

    Mahyudin,

    Makcik tu jual karipap 50 sen sebab nak cover kos operasinya..

    mungkin sewa kantin atau kafetaria tu tinggi…

    sbb itulah harga karipapnya tinggi…

    yang makcik jual kuih di gerai kat luar tu mungkin kos operasinya lebih rendah maka dapatlah dijual dengan harga lebih murah 30 sen…

    Tetapi jika kita sebagai pengguna kena pandai-pandai dan bijak membuat keputusan dengan wang yang kita ada untuk ditukarkan dengan karipap 50 sen atau 30 sen…

    macam pakdi kata dalam sistem barter…dan juga sebagai alat pertukaran…

    Hayyi,

    Itu namanya INFLASI atau Future Value of Money….

    Pakdi,

    kah..kah.. kah…haa..haa..

    Memang lawak punya huraian dan penjelasan tentang pasaran…mudah untuk difahami..

    Lawak kewangan yang menarik…hi..hi..hi.

    Salam Kekayaan,

    THINKERICH

  21. 21 Amin007 said at 2:50 pm on October 23rd, 2008:

    seingat akulah, masa belajar ekonomi spm tahun 1997
    malaysia mengamalkan ekonomi campuran bukan ekonomi islam

    tapi bukan ker ekonomi campuran & ekonomi islam lebih kurang sama
    aje kan kan kan

    tapi bagi aku tak setuju duit diniagakan sebab duit adalah sebagai alat penukaran
    serupa juga sekarang bayar pakai popup handset dan juga touch&go

    berniaga pakai barter??? ada ker orang nak buat sekarang???
    tukar handset dengan lembu???
    bukan ker harga lebih kurang sama aje
    lebih-lebih lagi tukang jaga lembu nak beli handset
    tauke handset pulak nak buat korban

  22. 22 cencurut said at 4:19 pm on October 23rd, 2008:

    hahahaha… lawak la ko punya idea Amin007 ooi… tukar handset ngan lembu… hahaha

  23. 23 Amin007 said at 10:17 pm on October 23rd, 2008:

    harga handset kan ribu2
    harga lembu pun sama
    sama ada nak dan tak nak aje

    aku pun rasa nak caj kadar belajar programming php
    macam kat bawah ni
    http://www.amin007.org/melayu/?link=kursus%20php
    ikut emas juga laa

    bayar 1 gm emas untuk satu hari belajar
    ok tak pakdi, rasanya kena tengok harga emas
    hari-hari juga laa yer

    Ust Zaharuddin pun dah ulas pasal pelaburan emas

  24. 24 pakdi said at 10:57 pm on October 23rd, 2008:

    er.. waubebas dan diskopi tu lain-lain grup kan?

    dah buat sambungan cerita makcik jual kuih 50 sen sebiji. Pasaran ada musuh-musuh tersendiri yang menyebabkan pasaran jadi terencat dan pelik.

  25. 25 Robotys said at 12:51 pm on October 24th, 2008:

    Patik paham, comprende!

    I envision that there will be a day where barter system will be back. Serayes, sistem barter kalau pandai gune lebih banyak kebaikan. Me myself: I get free hosting forever in exchage of huge discount for this company to do web design with me. Best!

    Servis adalah yang terbaik untuk di barter, sebab ia takder physical cost. Only time. :)

  26. 26 Free Market Sedang Menghukum Sistem Riba | Pakdi.my said at 2:24 pm on October 26th, 2008:

    [...] Market Sedang Menghukum Sistem RibaMaklumat oh MaklumatMusuh-musuh PasaranApa itu Pasaran?Najib Pinjam Duit KWSP AndaMawi Ikin KahwinKenapa Budak Sekolah Tak Suka Baju Sukan Sekolah? [...]

  27. 27 nazim said at 11:59 am on October 28th, 2008:

    assalamualiakum kalau ada sistem barter balik baguih gak baru byk yg buat keja tak payah ada skim cepat kaya ……yang ada kemahiran tu pun bleh rasa barang lain kualiti pun baguih……baguih2 pak di hang punya topik ni

  28. 28 Duit Duit! | Pakdi.my said at 12:54 pm on November 22nd, 2008:

    [...] Pada zaman dahulu, a long long long long long long time ago. Pertukaran barang berlaku dengan sistem barter. Saya ada cerita di post yang lepas. [...]

  29. 29 hez said at 12:12 pm on January 6th, 2010:

    hi..aku budak baru kat sini. Ayah aku suruh aku buat marketing, tapi aku tak ade ilmu pemasaran.so,sory lah kalau aku terkasar bahasa. Hasil daripada kesimpulan cerita itu, inilah dinamakan pesaingan dalam perniagaan. Sebagai pengguna,kau ada kuasa untuk beli atau tidak. kalau kau rase 50sen itu mahal,baik kau simpan buat duit tabung, sekurang-kurangnya masa depan kau terjamin daripada kau beli kuih lepas itu, marah kat makcik, kan dah dapat dosa. lagi satu,macam mana peniaga macam makcik itu nak maju,kalau setakat kuih 50sen pun kata mahal, sedangkan handset.yang beratus-ratus kau boleh beli. tak ade pulak,kau nak marah kat tauke handset itu.


Leave a Reply