Apa Itu Bank (2)
Posted: August 21st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat | 12 Comments »Sambungan dari artikel ini …
Perbankan Islam di Malaysia ini adalah perbankan Islam yang dikongkong dalam kerangka sistem riba’. Menyebabkan …
Saya memang lebih suka kerajaan minima kan campur tangan mereka. Tetapi orang kata itu hanya pemikiran orang kapitalis dan liberal sahaja. Mana boleh… mana ada free market dalam Islam. Semua mesti kerajaan kawal. Tetapi suka atau tidak, itulah kesan kepada perbankan Islam di Malaysia. Menyebabkan …
Lepas tu orang yang sama (yang suruh kerajaan kawal semua benda) kondem macam-macam pasal perbankan Islam. Sedangkan …
Hahaha …
Siapa tak setuju sila beri komen anda.
Apa pun, selamat menyambut Ramadhan!
p.s. Terima kasih kepada yang beri komen dalam artikel yang lepas itu, dan saya mendapat input terbaru ini selepas satu diskusi dengan orang yang faham bagaimana sistem bank beroperasi di Malaysia.
Share12 Comments »
Tags: model bank
banyak ayat tak habis …
ini macam dah tiru cara saya buat ayat tak habis hehehe …
apa pun bank-bank di malaysia dikawal boleh bank negara
bank negara dikawal oleh …
tapi kalau bank pun politik masuk campur …
mmm …
petikan dari pemgomen shamsul
1. Konsep simpanan semata-mata – akaun simpanan (bank berperanan sbg tempat simpanan (wang kertas,emas dll) sahaja dimana kos upah simpan merupakan salah satu cara bank menjana keuntungan. Bank juga secara tidak langsung menjamin keselamatan duit penyimpan krn berfungsi sbg penyimpan wang shj dan bank tidak dibenarkan menggunakan wang di akaun simpanan untuk perniagaan bank)
masalah kat sini kalau bank sebagai pemegang amanah duit kita dan upah bank sebagai duit, dari mana bank nak kutip duit tersebut?
dari akaun simpanan atau …
kalau kita benarkan bank ambil upah dari simpanan kita dan kita pulak jenis tak suka simpan 30% dari gaji kita setiap bulan, pasti simpanan kita merosot.
tapi bank tak boleh nak tambah apa-apa dalam akaun kita sebab akadnya “tolong simpan yer”. cuma dia memudahkan urusan kita dari pegang duit banyak-banyak.
lagi satu, sekarang ini isu nak promosi kad touch-n-go. aku rasa ni bentuk bank di masa hadapan. daripada payah-payah nak buat kad baru, baiklah touch-n-go bekerjasama dengan bank-bank di malaysia buat kad atm tu boleh digunakan.
sebelum terlupa, bukan ker mycard ada touch-n-go???
tu belum kita guna nilai kredit dalam handset kita sebagai duit lagi. jadi aku punya teori laa sekarang ni bank ada 3 bentuk
1) kad debit & kredit biasa
2) kad touch-n-go
3) telefon
ada cerita lagi ni di http://jangkaan.name.my
ini blog orang kan kan kan
Salam Pakdi,
Saya pernah terbaca, tapi tak ingat di mana. Ada sarjana islam di timur tengah tak berapa bersetuju dengan sesetengah aliran perbankan Islam di Malaysia dan sesetengah negara Arab. walau pun operasi tanpa riba, tapi masih ada “backdoor interest” kata mereka.
Mungkin Pakdi boleh komen, atau mungkin ada pendapar scholar islam yang lain
kalau salah tolong betulkan.
apa yang saya faham tentang perbankan islam di malaysia sama sahaja dengan perbankan tidak islamik. contohnya personal loan. dalam akad ada mengatakan bank akad atas pembelian barang tetapi kita dapat duit bukan dapat barang!
huhu… tak faham tang ni.
zamri, kalau pinjam dengan bank rakyat, kita secara teori beli saham dalam bank rakyat. jadi memanglah kita beli barang tapi barangnya saham bank laa
namun …
namun…. tambah le lagi amin007…
balas ikut emali boleh maa….
zamri04 at gmail.com
Sistem perbankan seperti yang ada pada masa ini tidak pernah wujud didalam Islam. Sistem kewangan Islam adlah berlandaskan emas dinar dan perak dirham sebagai alat tukaran. Sistem Islam ini telah hancur selepas pemerintahan kerajaan Ottoman di turki. Selepas kejatuhan ottoman diturki orang yahudi mula menjahanamkan sistem dinar dan dirham ketika itu dan ditukar dengan wang kertas. Sistem wang kertas adalah sistem kapitalis yahudi yang diperkenalkan selari dengan konsep demokrasi. Itu sebab di dunia sekarang ini semua negara yang mengamalkan demokrasi menggunakan wang kertas yang melambangkan sistem kewangan kapitalis ciptaan yahudi. Sistem kapitalis inilah yang mula memperkenalkan sistem perbankkan berpusat di negara eropah dan U.S. kemudian ditubuhkan IMF dan lain agensi bagi menyebarkan sistemnya.
Kemudian malaysia ambil demokrasi dan sistem kewangan kapitalis ini pakai. Kemudian wujud bank pusat dan lain-lain bank lepas tu bila bank ni dah beranak pinak cuba nak islamkannya pula. MANA BOLEH! mana boleh kita islamkan sistem kapitalis? Mana boleh bank Islam wujud dalam sistem kapitalis? Mana boleh sistem kapitalis yang menggunakan wang kertas yang tidak diikat dengan nilai emas mahu menubuhkan bank-bank islam??? tak faham ke? Sistam Islam adalah matawang yang diikat dengan emas dan perak sebagai tukaran manakala dalam sistem kapitalis nilai wang kertas tidak diikat oleh nilai emas, itu saja sudah tidak Islamik. kemudian kita buat bank islam guna nama Islam (sebut pun tak betul), pakah itu tindakan yang betul dari sisi Islam?
NAbi kita s.a.w. suruh kita buat berlainan dari yahudi dalam setiap perkara bukan suruh kita Islamkan sistem yahudi. Penubuhan Bank Islam sekarang adalah usaha untuk mengislamkan sistem yahudi, kita tak akan berjaya sebab cengkaman sistem kapitalis ini semua ditangan yahudi. Senjata mereka wang kertas. Kalau kita nak buat sistem kewangan Islam kita kena guna dinar dan dirham bukan wang kertas. Selagi sistem kita guna wang kertas tak yahlah nak kata bank Islam itu Islam. Tak yah lah nak pakai kopiah masa kerja kat bank Islam.
Semua yang kerja kat bank Islam tu sebenarnya lagi mengukuhkan sistem kapitalis ada la. Tak paham-paham.
Kita kena tukar sistem kewangan baru boleh bank yang ada sekarang ini boleh jadi Islam. itu pun kalau dalam Isloam ada bank la. Dalam Islam tak pernah wujud bank, malah sistem bank yang ada sekarang adalah unsur-unsur utama dalam sistem kapitalis. Sistem kapitalis tak akan wujud tanpa bank, wang kertas dan demokrasi.
Tu sebab pejuang Islam sejati tak nak pun sistem demokrasi kerana sistem demokrasi tulah tunjang utama sistem kapitalis. Tak paham paham.
nak tukar sistem ekonomi islam, tunggu team PM kita buat kajian tentang konsep ekonomi baru
bukan ker DSN kata dia nak buat satu sistem ekonomi baru. tapi sampai sekarang tak tahu apa cerita???
salam..saya tertarik dengan hujah en reza, saya ada satu soalan kenapa pula kalu duit kertas ditukar dengan emas dan perak?tu saya tak faham emas tu kan dibuat perhiasan wanita..leh terangkan tak …
dah kalau semua bank tak jalankan sistem yang islam nak saudara semua simpan duit kat mana…tabung haji tak islamik ke?ASB tu semua islamik tak?
[...] juga tidak menafikan, orang bisnes (seperti pengeluar kereta, pemaju) malah dari pihak regulatory pun belum faham sepenuhnya bagaimana perbankan Islam seharusnya beroperasi. Maka dalam [...]
[...] Ada masalah perundangan. Saya sudah sebut dalam post ini. Tapi nak bercerita secara teknikal nya di blog ni macam susah untuk difahami oleh orang awam. [...]