Anda Rakyat, Ikut Sahaja ?

Posted: February 13th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Pelaburan, Perniagaan, Semasa | 10 Comments »

Jual beli yang mengandungi gharar, tidak dibenarkan dalam Islam.

Antara contoh gharar yang boleh berlaku dalam jual beli biasa adalah, penjual menyembunyikan harga barangan yang menyebabkan pembeli menjadi keliru.

Apabila maklumat-maklumat penting yang mesti diketahui dari awal tidak diberitahu, maka disitulah gharar boleh berlaku.

Transparent. Telus.

Sebab itu syarikat awam berhad, diwajibkan mengemukakan penyata kewangan untuk dibaca dan diteliti oleh para pelabur.

Anda sebagai pelabur berhak mengetahui apa yang telah dan akan dilakukan oleh syarikat tersebut kerana anda mempunyai pegangan saham di dalam syarikat tersebut.

Malaysia, hanya mendapat 35/100 dan mendapat kedudukan ke 53/85 negara dalam Open Budget Index 2008. Tan Sri Dr Ramon Navaratnam,  Pengerusi Centre for Public Policy Studies menyatakan ia sesuatu yang mengejutkan dan memalukan.

Ia menunjukkan kerajaan Malaysia tidak berapa telus dalam maklumat belanjawan menyebabkan, anda (pembayar cukai) tidak begitu mengetahui apa yang dilakukan dengan duit cukai yang anda bayar dan siapa yang mendapat keuntungan dari duit cukai tersebut.

Ketelusan sebegini penting untuk membolehkan pelabur luar tidak rasa ragu-ragu untuk membuat pelaburan kerana mereka boleh melihat track record kerajaan dalam menguruskan wang awam.

Malah anda selaku pembayar cukai pun boleh tahu kemana duit anda dibelanjakan.

Maka, apabila ketelusan sebegini tidak wujud, seperti tiba-tiba duit KWSP dipinjamkan kepada ValueCap Sdn Bhd sebanyak RM 5 bilion, ramai yang sangsi apa sebenarnya akan dibuat dengan duit tersebut.

RM 5 bilion yang dipinjamkan itu hanya kurang RM 2 bilion sahaja dari pakej rangsangan ekonomi yang pertama. Besar. Banyak. Satu syarikat fund management boleh dapat sejumlah duit yang boleh merangsang ekonomi sesebuah negara dengan begitu mudah.

Jadi tidak hairanlah kenapa ada lawak yang muncul dalam Krisis Politik Perak.

Soal : Kenapa Tok Jib datang ke Istana Kinta 2 kali ?

Jawab : Tok Jib terlupa bawa buku cek.

Itulah konsep ketelusan yang Islam sudah ajar. Penting sangat.

Jadi, jangan anda anggap isu gharar ini adalah isu berkaitan takaful dan insurans sahaja. Ia lebih dari itu.

Bacaan Lanjut:

1. Malaysia’s budget transparency: ‘Surprised and embarassed’

Share
10 Comments »


10 Comments on “Anda Rakyat, Ikut Sahaja ?”

  1. 1 taza said at 8:53 am on February 14th, 2009:

    Ada benda yang boleh di ikut ada benda yang tak boleh…masalahnya saya rasa ramai rakyat yang tak tau dan diberitahu perkara sebenar…tu jer

  2. 2 amin007 said at 5:06 pm on February 14th, 2009:

    dalam banyak perkara, maklumat tentang kerajaan adalah sulit. hanya orang-orang tertentu aje dibenarkan ambil tahu atau access kepada maklumat tersebut.

    kalau orang awam dapat tahu, negara akan jadi huru-hara. tu pasal dia orang taknak bagitahu (rasanya laa)

    alangkan aku yang kerja kat perangkaan pun kebanyakan data sulit. kalau nak, kena ada surat rasmi. tu pun ada sesetengah data aje boleh bagi. yang lain sorry, kalau tak boleh diambil tindakan bawah akujanji.

    pakdi tulis “Sebab itu syarikat awam berhad, diwajibkan mengemukakan penyata kewangan untuk dibaca dan diteliti oleh para pelabur.”

    ikutkan dalam perangkaan, kia orang kutip semua maklumat syarikat berbentuk persendirian, perkongsian, sdn bhd , koperasi dan sebagainya

    tapi tak semua yang suka bagi sebab dia orang anggap maklumat syarikat adalah rahsia, mana boleh bagi kerajaan tengok kan kan kan.

    tapi kalau perangkaan tak kutip, macam mana kita orang nak kira indeks2 dan kdnk? macam mana epu nak rancang ekonomi negara kalau perangkaan susah nak dapat data dari syarikat2 serta orang2 perseorangan ???

    mungkin ada orang cakap, ini mana adil. kerajaan nak data dari kita orang, tapi kita orang tak boleh ambil tahu macam mana kerajaan kutip duit dan belanjakan

    ko orang mesti faham, dasar negara ditentukan oleh orang politik. kementerian dipimpin oleh orang politik. kakitangan kerajaan hanya menurut perintah. siapa pun di atas, kita hanya menjalankan tugas.

    kalau nak kata orang kerajaan sokong bn, macam mana bn boleh kalah dalam pilihanraya yang lepas???

    jadi macam mana rakyat boleh access maklumat tertentu? caranya kena wujudkan permintaan aje laa. dalam ekonomi, kalau barang tu orang ramai yang nak, mesti ada orang buat barang tu. kalau taknak, maka tiadalah orang nak buat barang tu.

    jadi apa pilihan anda? nak ikut atau?????

  3. 3 affuan said at 5:30 pm on February 14th, 2009:

    gharar. malaysia? awal2 lagi dah lingkup. pendokong kedekut, rakyat yang lingkup. eh, terpantun dua kerat pulak aku.

  4. 4 pakdi said at 8:37 pm on February 14th, 2009:

    amin, ini bukan suruh dedah rahsia negara. tapi cuma isu transparency yang membabitkan wang awam.

    itu sahaja.

  5. 5 amin007 said at 3:22 am on February 15th, 2009:

    pakdi, bagi aku terdapat satu garisan kecil diantara rahsia negara dan juga ketelusan dalam pengurusan wang awam.

    dalam pengurusan fail2 kerajaan, ada banyak fail dikategori sulit. takut bab pengurusan wang awam diletakkan dalam fail berkenaan

    jadi bergantung kepada pemimpin nak isytihar ke taknak. mungkin dia orang anggap ni rahsia kerajaan. jadi rakyat tak perlu tahu.

    macam yang aku kata sebelum ni, kalau nak tahu juga, kena mintak laa ramai2. hantar mou. wujudkan permintaan. tu belum lagi buat laporan pada sprm lagi

    jadi kalau ramai yang mintak, kurang2 dia bagi signal kenapa kerajaan sekarang akan kepentingan telus dalam wang awam.

    tu cuma pendapat aku laa. aku bukan nak bela kerajaan cuma bagitahu macam mana cara kerajaan sekarang menjalankan fungsinya. kalau ada yang tak puas hati, susah nak cakap laa. dah tu peraturannya kan kan kan

  6. 6 weber said at 5:37 am on February 15th, 2009:

    saya pun berasa terkejut dengan TS Dr Ramon yang terkejut dengan kedudukan Malaysia dalam Open Budget Index… patutnya kita dah boleh expect ranking Malaysia dalam mana2 indeks antarabangsa ni… kalau TI pun kita menjunam.. camne plak OBI boleh OK kan..kan

  7. 7 pakdi said at 11:22 am on February 15th, 2009:

    amin, ada satu akta yang dikenali sebagai akta rahsia rasmi. masalahnya, benda yang seharusnya tidak menjadi “rahsia rasmi” pun dijadikan rahsia rasmi. apa masalahnya ? nak selamatkan seseorang ? nak jadikan ia file sulit untuk mengugut pihak tertentu ?

    contoh mudah, wang KWSP RM 5b tu. pencarum KWSP berhak mengetahui syarikat yang mendapat keuntungan / bantuan / injection dll kerana duit 5b itu adalah duit hampir semua orang di Malaysia yang bekerja.

    peraturan tu semua manusia yang buat. boleh diubah. yang penting bersikap jujur. dah guna duit awam, beritahulah duit tu ke mana perginya.

    prinsip tetap prinsip. itu yang tidak berubah.

    Kalau amin ada 20 bilion, saya pinjam 5bilion, agak-agak amin taknak tau ke apa saya nak buat dengan 5 bilion tu ?

    apatah lagi soal bajet yang lebih besar jumlahnya.

    ini bukan soal duit RM 5.

    walaupun di akhirat akan dipersoalkan juga walaupun satu sen.

    weber, saya tidak pasti isu sebegini disebut di main stream media berbahasa Melayu.

  8. 8 cencurut said at 12:14 pm on February 15th, 2009:

    mana ader ketelusan dalam financial di Malaysia nie… banyak yang p&c…..

  9. 9 amin007 said at 5:39 pm on February 15th, 2009:

    pakdi menulis “amin, ada satu akta yang dikenali sebagai akta rahsia rasmi. masalahnya, benda yang seharusnya tidak menjadi “rahsia rasmi” pun dijadikan rahsia rasmi. apa masalahnya ? nak selamatkan seseorang ? nak jadikan ia file sulit untuk mengugut pihak tertentu ?”

    aku pun perasan masalah ni. ada benda yang tak sepatutnya dijadikan rahsia rasmi. macam isu toll laa. satu persoalan kenapa toll harus naik? sebab dah ada perjanjian antara kerajaan dan pihak terlibat. tapi rasanya sekarang dah tak jadi rahsia rasmi. betulkan kalau silap.

    masa dalam kursus induksi, aku pun pernah tanya soalan ni. masa tu BPR a.k.a SPRM bagi ceramah. tapi tu isu rasuah. untuk selamat bagi surat layang aje hehehe. tapi kalau bab wang awam, kena fikir cara kreatif macam mana nak buat kerajaan dedahkan dari mana dapat dan juga ke mana dibelanjakan

    pakdi juga menulis “Kalau amin ada 20 bilion, saya pinjam 5bilion, agak-agak amin taknak tau ke apa saya nak buat dengan 5 bilion tu ?”

    apa yang pakdi nak buat dengan5 bilion tu??? naklah. tapi kalau pakdi taknak bagitau, terpaksalah saya guna kaedah lain.

    setiap pemimpin ada rahsianya yang tersendiri. mereka beruntung sebab ada akta rahsia rasmi :D kalau artis, jangan harap akta dapat lindung rahsia peribadi.

    doalah lepas bulan 3 ni, moga-moga banyak benda yang patut rakyat tahu didedahkan.bukan ker pm nak bertukar kan kan kan :D

  10. 10 treec00l said at 10:50 am on February 18th, 2009:

    doa saya,

    bertukar menjadi lebih baik, bukan lebih buruk :)

    amin Ya Allah.


Leave a Reply