Al-Awfar Bank Islam

Posted: March 27th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Pelaburan, Perancangan Kewangan | 24 Comments »

Sewaktu memandu menghantar awek cun ke tempat kerja, masuk satu sms. Dari salah seorang partnerĀ in crime yang kini bertugas di Bank Islam.

Kawan: Dah tahu pasal produk al-Awfar Bank Islam ? Bagi pendapat.

Pakdi: Ntah. Tak baca lagi pasal produk tu. Nape ?

Kawan: Baca aa. Pastu bagi pendapat.

Pakdi: Kau nak suruh aku baca kat mana? Bagi link la.

Kawan: Dalam paper semalam ada produk intro. Hari ni Berita Harian ada orang komplen. Tengok website Bank Islam.

Pakdi: Semalam paper apa ? Surat khabar aku dah kena ban.


Tengok punya tengok …

Al-Awfar ini adalah satu produk inovatif kerana menggabungkan savings + pelaburan berlandaskan prinsip mudharabah.

Saya pun tak pasti secara details. Bukan saya yang buat produk tu. Tapi itu lah pemahaman saya.

Nak details, kena tanya orang Bank Islam.

Dari sudut bank, ini bertujuan menambahkan deposit base mereka. Kalau deposit base kecil, susah la mau buat bisnes maa.

Salah satu cara marketing mereka adalah siapa simpan dalam Awfar boleh memenangi wang tunai sehingga RM 100,000 setiap tiga bulan.

Macam kalau ada orang isi minyak di stesen minyak Sebol, boleh dapat kereta sebiji. Gitulah.

Itulah yang menjadi persoalan dalam satu surat pembaca dalam Berita Harian.

Boleh ke?

Tak macam berjudi ke ?

Cabutan bertuah ni tak haram ke ?

Itulah lebih kurang persoalannya.

Pandangan saya pasal produk, inovatif tu takde masalah. Cumanya apa benchmark keuntungan yang diguna pakai ?

FD ? Money market ? Bon ? Ekuiti ? Hartanah ? KLIBOR ? dll.

Kurang jelas sikit tang tu. Kalau jelas benchmark nya, boleh lah agak-agak return yang bakal diberikan. Dari situ baru boleh buat strategi kewangan tertentu. Sape tahu kot-kot boleh jadi alternatif ASB. Seronoklah teman.

Pandangan saya pasal “peluang menang wang tunai tu”, kalau Bank Islam sudah tentu lah setiap satu produk mereka akan diselia oleh Jabatan Syariah dan Majlis Pengawasan Syariah mereka.

Saya lihat, persoalan itu semua ada disebut dalam website mereka di sini.

Jadi, kalau sudah BOLEH hukumnya, maka saya ikut jelah pandangan mereka.

Kalau ada yang tidak puas hati bab tu, saya tidak boleh bantu. Kena tanya dan mintak penjelasan dari pihak yang tepat.

Share
24 Comments »

Tags: ,

24 Comments on “Al-Awfar Bank Islam”

  1. 1 ridhwan said at 3:26 pm on March 27th, 2009:

    saya bukanlah tahu sangat, tapi setakat yang saya tahu, cabutan bertuah dibenarkan kalau tiada bayaran tambahan atau bayaran semata-mata untuk menyertai, dan tujuan utama bukan akaun untuk simpan/labur duit, bukan sebab cabutan bertuah tu..

  2. 2 khalil said at 4:45 pm on March 27th, 2009:

    pelik product ni.. lebih tekankan cabutan bertuah daripada bab keuntungan dari investment. habis yang tak dapat cabutan bertuah camner..?

    kalau macam ni gayanya lagi baik join cimb islamic max invest save.

    pendapat saya la..

  3. 3 Thinkerich said at 10:38 pm on March 27th, 2009:

    Apa yang dikatakan berjudi atau judi konsepnya lebih kurang begini…

    Jika hadiah atau ganjaran tu dikutip hasil daripada modal yang dikumpul oleh para peserta, itu namanya judi.

    Tetapi jika hadiah dan ganjaran itu datangnya bukan daripada modal yang dikumpulkan oleh para peserta sebaliknya disediakan lebih awal atau telah diadakan terlebih dahulu sebelum tawaran dibuat maka ianya tidaklah pula dipanggil judi..

    Waallahualam..

    THINKERICH

  4. 4 rizal said at 1:14 am on March 28th, 2009:

    Semalam baru email bank islam sal Al-Awfar ni. Tanya mengenai Investment Account-i.
    Bagi cabutan bertuah tu cam pakdi cakap bank ni ada Jabatan Syariah dan Majlis Pengawasan Syariah sendiri. Jadi mereka mesti dah selidik semuanya.

  5. 5 Hasbullah Pit said at 2:37 am on March 28th, 2009:

    Susah aku nak huraikan.

    Ianya bukan judi kerana pendeposit tidak mempertaruhkan apa-apa.

    Kalau Aminah memang mahu depositkan wang kertasnya di dalam bank, dia hanya boleh memilih bank mana, dan produk mana.

    Maka hadiah itu hanya sekadar kelebihan.

    Namun kena kaji juga sistem itu.
    sekiranya deposit sudah dapat hibah, daripada mana hibah itu datang?

    Dan paling pelik sekali, dari sumber mana pula hadiah itu datang?

    Andai kata Ahmad ada RM 10,000 dan dia perlukan duit itu untuk membeli keperluan asas, akan tetapi dia tertarik skim itu dan mencuba nasib. Rasanya ia dikira judi untuk kes Ahmad sahaja.

  6. 6 mohd said at 7:54 am on March 28th, 2009:

    Bank Islam sudah tentulah semua produk mereka Islam jugak. Mereka ada pakar perundangan Islam. Ustaz Ustazah Tok Guru Lebai Prof semua ada.

    Sudah tentu bukan macam Celcom satu bulan satu kereta.

  7. 7 Razif Yusof said at 7:59 am on March 28th, 2009:

    Aku tak tahu tentang pihak pengurusan Bank Islam kini.

    But dah ada panel syariah semua… so.. rasanya semuanya telah dikaji dengan teliti.

    Kecuali ada kepentingan tertentu..

    Jangan sampai kes lama laman web Bank Islam terpapar logo yahudi…

  8. 8 dins said at 10:10 am on March 28th, 2009:

    kalau yg nak melabur tu..fahamkan prinsip saving dan pelaburan yg ditawarkan bukan disebab nakkan RM100K tu..aku rasa yg tu lagi selamat.

  9. 9 sal said at 11:41 am on March 28th, 2009:

    aku rase xde masalah halam sebab mcm kita beli Sijil Simpanan Premium SSP BSN yang memungkinkan kita menang sebuah kereta mercedes atau hatta sebuah periuk nasik sekalipun…dan duit kita tak hilang…so bukan pertaruhan judi…sori la kalo silap faham ataupun out of topic.. =]

  10. 10 cencurut said at 8:35 am on March 29th, 2009:

    err….

    susah nak terangkan benda nie… karang kalu gua story… ramai yang bantai gua….

    ….. errr…. islam ker “Bank Islam” tue?

  11. 11 weber said at 9:05 pm on March 29th, 2009:

    eh..tak islam ke bank islam ni?

    bank ape yang islam…?

  12. 12 mohd said at 10:50 pm on March 29th, 2009:

    Bank Muamalat kot ? Pening kepala.

  13. 13 hamba said at 8:18 am on March 30th, 2009:

    BANK RAKYAT ??

    xpun BIB .. Bukan BIMB tau..

    BIB = BANK IBU DAN BAPA ..

    haha… tanye student mesti diorg penah dengar.

    Berkat lebih ckit. JK.

  14. 14 Ridzz said at 8:38 am on March 30th, 2009:

    ”The cash prizes are provided by the Bank and are not specifically derived from profits of Al-Awfar Savings and Investment Account-i.”

    byk duit bank islam ni yek

  15. 15 Razif Yusof said at 8:41 am on March 31st, 2009:

    The best bank… PAMA Bank.. :)

  16. 16 Bro Is said at 11:34 am on March 31st, 2009:

    Salam semua Bro kat sini,

    Al-Awfar ni dari pengamatan saya adalah merupakan produk baru dari Bank Islam. Al-Awfar membawa maksud ‘prosperous’ atau dalam bahasa Melayu ‘yang beruntung’.

    Kalau hangpa perasan, Al-Awfar ni mai dalam bentuk dua jenis. Satu dalam bentuk Akaun Simpanan yang dikenali sebagai Al-Awfar Savings Account-i dan satu lagi di dalam bentuk Akaun Pelaburan yang dikenali sebagai Al-Awfar Investment Account-i.

    Nama pun ‘Akaun’ dan berkonsepkan kontrak Mudharabah….(atau dalam bahasa mudah perkongsian keuntungan), Al-Awfar ini sama sahaja dengan akaun-akaun simpanan dan pelaburan Islamik yang lain. Cumanya apa yang kita tengok ada elemen undian hadiah dilakukan.

    Dari kajian saya, hadiah ni mai dari Bank Islam sendiri. Depa dah peruntukkan hadiah untuk pemenang. Dalam kata mudah dari ‘poket’ bank tu sendiri. Jadi bukan nya mai dari pertaruhan pendeposit.

    Kalau ada unsur pertaruhan inilah yang akan membawa kepada perjudian atau (maysir) contoh mudah saya bagi macam ni….
    Ada Si A, Si B dan Si C. Setiap sorang saya ambik RM50.00 jumlahnya RM150.00, lepas tu saya undi untuk bagi hadiah sebanyak RM150.00 kepada sorang saja. Katalah saya undi dapat Si B, maka Si A dan Si C tadi tak dapat malah menanggung kerugian. Maka ini lah dikatakan JUDI. Ada satu pihak dapat untung dan ada satu pihak dapat rugi.

    Tapi, kalau saya sendiri yang nak bagi hadiah kepada salah seorang (samada Si A, Si B atau Si C) berupa duit RM150.00, yang mana duit tu mai dari saya sendiri (sebagai 3rd party) dan kalau selepas undian dibuat Si B menang maka itu tidak dikira sebagai JUDI itu dikira sebagai Hibah (Hadiah) dari saya. Si A dan Si C tak menanggung apa2 kerugian kan??…

    Undian Hadiah ni cuma sebagai satu mekanisma saja untuk memilih……kalau lihat dari website http://bankislam.com.my/promo/al-awfar-quick_look.htm pun ada depa masukkan nas Al-Quran dari Surah Al’Imran ayat 44 berkaitan undian yang dilakukan untuk menentukan sapa yang layak untuk menjaga Maryam.

    Satu lagi, apa yang saya tengok dengan produk Al-Awfar ni Bank Islam bagi kita profit juga atas pelaburan yang dilakukan. Hadiah tu sebagai bonus jer….

    Itu pandangan dan pendapat saya la…….tapi dari sudut positifnya…elok juga ada produk Islamik yang macam ni….jadi tak lagi kita nak pi simpan kat dalam produk-produk konventional yang terang-terangan berunsurkan RIBA.

    Marilah kita sokong semua produk Islamik…….

  17. 17 cencurut said at 6:31 pm on March 31st, 2009:

    Masalahnyer… nampak macam produk Islamik… tapi sebenarnya ubahsuai dari produk konvensional…. taktik dan teknik sama… cuma tukar nama jer….

    Sekarang nie banyak bank yang kuarkan produk Islamik (kununnyer)… walhal… cuma nama jer tukar….

    errr.. sebab tue ler… gua tanya sekali lagi…. errrr… Islam ker “Bank Islam” tue…???

  18. 18 jawamuar37 said at 9:16 pm on April 4th, 2009:

    labur jer seratus kat bank islam…..mana tau kot kot nama kita terpilih…untung batu tenggelam untung sabut timbul

  19. 19 pakdi said at 10:40 am on April 8th, 2009:

    Surat pembaca lain:
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Surat/20090405230450/Article/

    Jawapan Bank Islam:
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20090408014434/Article/index_html

  20. 20 ya abdul said at 12:47 pm on April 8th, 2009:

    pada saya, bank islam boleh memberi hadiah (hiba) atas deposit yg dibuat oleh pelanggan. itu hak bank, bukan harta kita, selagi mana harta yg diperoleh bank islam adalah dari sumber yg hala, wallahu a’lam

  21. 21 syed said at 12:18 am on July 12th, 2009:

    salam

    sahabat-sahabat , saya ingin bertanya pada yg arif ttg sistem al awfar ni . selain hadiah 100k rm setiap 3 bulan . ape lagi yg mereka beri ya ?

    maksud saya hasil pelaburan kita tu , misalnya cukup setahun dapat interest 12% ke atau berape ke ?

    atau hanya 100k rm je setiap 3 bulan . sebab saya tengah buat kajian ttg islamic finance sekarnag ni .

  22. 22 Hasbullah Pit said at 2:44 am on September 30th, 2009:

    Tadi aku baru buka akaun awfar.
    Tapi niat aku bukan untuk menang hadiah, tapi memang aku nak buka akaun supaya pembayaran tertentu boleh dimasukkan ke Bank Islam.

    Saya tanya pegawai bank tu, mana datang duit tu.
    dia jawap memang daripada bank Islam.
    Maksudnya tiada kaitan dengan duit yang didepositkan.

  23. 23 grand_speed said at 10:55 pm on November 21st, 2009:

    the best bank…”bawah bantal”

  24. 24 Ali Abu said at 2:05 pm on January 13th, 2010:

    Bagaimana dgn Sijil Simpanan Premium? Ramai org islam beli & ramai yg menang. Ada Pengawasan syariah ke ? Ada cop perbankan islam ke ? Kalau makanan tgk ada logo halal atau tidak, jadi kalau perbankan tgk la ada logo perbankan islam atau tidak.


Leave a Reply