Money Talks

Sekarang ni musim bola sepak di Eropah cuti. Tapi ada banyak perkembangan menarik sekarang. Cristiano Ronaldo, Kaka, Benzema masuk Real Madrid dengan yuran perpindahan yang besar dan pakej yang sangat sangat sangat lumayan.

Kalau kita yang cuma gaji 2,000 kemudian ada tempat baru offer cuma 2,500 pun dah pindah, ini kan pula pemain bola yang dapat pendapatan 60,000 seminggu di kelab lama kepada 100,000 seminggu di kelab baru.

Saya bukan nak bercerita pasal gaji besar pemain bola di Eropah. Tetapi cerita dalam pasaran perpindahan sekarang.

Ada 2 pihak yang sedang cuba buat untung besar.

1. Media

2. Ejen

Media akan laporkan transfer gosip seperti Nemanja Vidic pun akan keluar Manchester.

Ejen pula akan menghasut-hasut Xabi Alonso untuk keluar dari Liverpool.

Akhirnya, money talks.

Itulah yang dibimbangi oleh lagenda bolasepak seperti Platini yang sekarang mengetuai UEFA.

Dan, anda hari-hari sebenarnya berhadapan dengan media dan ejen yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil duit anda.

Kad kredit. Insurans. Takaful. Saham amanah. Hartanah. Saham. Pasaran hadapan. Pembiayaan rumah. Re-financing. Pembiayaan peribadi. Pembiayaan kereta. Dan macam-macam lagi.

Betul, anda memerlukan sebahagian daripada produk-produk ini, tetapi bukan semua.

Bagaimana anda membuat pertimbangan ?


Cadangan PAS untuk Perbankan Islam

Kepada yang berminat untuk membaca hansard Parlimen dalam isu ini, sila download di sini: Hansard 1 Julai 2009

***

Nampaknya PAS kelihatan semakin bersedia untuk menjadi government-in-waiting bersama rakan Pakatan Rakyat apabila Timbalan Presiden PAS mencadangkan idea-idea yang baik dalam membangunkan sistem perbankan Islam ke fasa seterusnya di Parlimen semalam.

Selama ini PAS kelihatan hanya menyebut ekonomi Islam secara umum, dan nampaknya sekarang mereka sudah memperincikan lebih sedikit kepada hal ehwal yang lebih kepada isu semasa dan berkaitan dengan keperluan industri. Tahniah PAS!

Berikut adalah laporan Harakahdaily, dan saya akan postkan hansard parlimen pula untuk memaparkan ucapan penuh Ustaz Nasharudin di Dewan Rakyat pada 1 Julai 2009.

Isu perbankan Islam perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) – Nasharudin Mat Isa (PAS- Bachok) mengharapkan isu-isu berkaitan perbankan Islam dapat diselesaikan di mahkamah syariah atau pakar-pakarnya supaya ia mampu difahami dan ditafsirkan dengan lebih tepat khususnya berkaitan dengan kontrak pembiayaan al-Bai Bithaman Ajil (BBA) yang dibatalkan oleh mahkamah sivil .

Continue reading →

Cerita Liberalisasi Ekonomi (3)

Datuk Seri Najib Razak terus mengumumkan langkah liberalisasi ekonomi. Antaranya keperluan 30% ekuiti bumiputera untuk IPO tidak lagi diperlukan.

Kerajaan juga mengeluh kerana ekuiti Bumiputera cuma 19% sahaja walaupun pelbagai usaha dibuat. Bagi saham hari ini, esok sudah jual.

Orang Melayu di Singapura tiada perlindungan seperti di Malaysia. Mereka tahu mereka perlu hidup sendiri tanpa banyak bantuan. Jadi, apa yang ada pada mereka seperti tanah waqaf dibangunkan dengan sebaik mungkin melalui Warees Investment Pte Ltd dengan pelbagai pembangunan hartanah yang boleh memberikan manfaat berterusan.

Orang Melayu di Malaysia sudah hidup dalam perlindungan sebegitu lama. Tetapi banyak peluang dipersiakan sebegitu sahaja untuk mencari keuntungan singkat.

Adakah kita terlalu selesa atau tertipu dengan janji politik selama ini?

Pelaburan Emas

Sebenarnya ramai yang bertanya kepada saya melalui emel tentang pelaburan emas.

Berikut adalah pandangan saya:

1. Emas adalah sejenis komoditi.

2. Sebagai komoditi, harganya tetap ada turun naiknya.

3. Ia adalah pembelian untuk capital gain.

Continue reading →

Circle of Competence

Warren Buffett berjaya dalam hidupnya sehingga menjadi fund manager paling kaya di atas planet ini adalah disebabkan dia sentiasa membuat keputusan pelaburannya berdasarkan circle of competence.

Circle of competence ini adalah ruang lingkup bidang yang kita mahir.

Kepada anda yang pernah hadir ke bengkel Cashflow 101 atau hadir dalam siri seminar lain yang saya kendalikan lainnya barangkali akan diberitahu pelbagai peluang pelaburan yang wujud di sekeliling anda.

Continue reading →

Sleeping Partner vs Active Partner atau …

Oklah. Saya tidak menulis dengan maklumat yang lebih banyak dalam post sebelum ini. Terima kasih kepada yang bagi respon.

Situasi yang sama. Anda ada satu peluang bisnes yang 90% sudah pasti untungnya. Cuma anda tidak cukup modal. Tapi projek  sudah awarded.

Yang bakal memeningkan, nanti peluh dah kering pun, 3 bulan lepas tu baru masuk payment. Maklumlah, projek kerajaan.

Continue reading →

Saya boleh bagi modal, tapi …

Situasi:

Anda ada projek baik punya. Boleh untung besar punya lah. Tapi masalahnya modal tak cukup.

Kemudian anda tahu ada pihak boleh bagi modal. Tapi dia cakap …

Bro, untung kita bagi ikut nisbah modal.

Kalau modal nak RM 100k, lu cuma ada RM 10k. Takde masalah. Wa inject RM 90k.

Tapi kalau untung dapat RM 1 juta, lu ambik 100k, gua ambik 900k gua.

Apakah pandangan anda ?

 Page 1 of 66  1  2  3  4  5 » ...  Last » 


© Pakdi.my — Copyblogger theme design by Chris Pearson